Pernah atau tidak kamu rasa gatal, berdenyut dan sakit pada bahagian kaki? Apabila lihat pada bahagian tersebut, urat menjadi timbul dan bengkak sehingga berwarna biru atau ungu.
Keadaan ini dipanggil sebagai varicose veins, iaitu urat menjadi bengkak disebabkan oleh kelemahan pada dinding saluran darah. Varicose veins ini boleh terjadi di mana-mana bahagian badan terutamanya bahagian kaki dan pelvis.
Boleh terjadi pada semua orang tetapi hampir 25% golongan dewasa dan wanita mempunyai varicose veins ini dan ia terjadi pada bahagian kaki mereka.
Sangat gerun kalau melihat keadaan ini, jadi kamu mesti tertanya-tanya macam mana varicose veins ini boleh terjadi?
Penyebab
Untuk pengetahuan kamu, urat mempunyai valve sehala yang membuatkan darah bergerak dalam satu arah sahaja.
Sekiranya dinding urat menjadi tegang dan tidak lentur, valve akan menjadi lemah. Keadaan ini akan menyebabkan valve boleh menjadi bocor dan darah mula mengalir ke arah yang bertentangan serta berkumpul di urat dan membuatkan ia makin besar dan bengkak.
Seperti di kaki, varicose veins sering terjadi pada bahagian tersebut kerana tarikan graviti menghalang darah daripada mengalir ke bahagian atas.
Simptom
Untuk permulaannya, kamu akan mendapati varicose veins ini kelihatan sangat ketara dan selalunya ia berlaku pada bahagian kaki.
Dalam pada masa yang sama, kamu boleh mengalami kesakitan dan bengkak di sekitar urat yang membesar sehingga menyebabkan perubahan warna. Jika keadaan menjadi lebih teruk, urat boleh berdarah dengan dan menyebabkan bisul terjadi.
Sekirnya kamu dalam golongan ini, kamu juga berpotensi untuk mempunyai varicose veins:
- menopause
- hamil
- usia melebihi 50 tahun
- berdiri dalam tempoh yang lama
- sejarah keluarga
- obesiti
- jantina
Pencegahan Dan Rawatan
Untuk mengelakkan varicose veins ini terjadi, kamu boleh mencegah beberapa perkara yang dilakukan dalam rutin harian kamu seperti:
- Tidak berdiri atau duduk dalam tempoh jangka masa yang panjang tanpa berehat.
- Mengawal berat badan untuk meningkatkan aliran darah dan mengurangkan tekanan pada urat.
- Tidak memakai pakaian ketat pada bahagian pinggang, paha dan kaki.
- Tidak memakai kasut tumit tinggi dalam jangka masa yang lama.
- Meninggikan kaki semasa duduk, berehat atau tidur dengan menyamakannya pada paras hati.
Sekiranya penampakan varicose veins semakin ketara dan membuatkan kamu tidak selesa, khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor boleh membantu kamu mengatasi masalah ini.
Sclerotheraphy
Menggunakan ultrasound untuk mengesan keberadaan varicose veins, suntikan bahan kimia secara terus dilakukan ke urat tersebut, di mana ia akan membuatkan urat menjadi melecet dan dengan sendirinya ia akan menutup tempat luka tersebut.
Suntikan ini menghalang urat daripada makin membesar dan membengkak. Dalam hanya beberapa bulan sahaja, varicose veins ini akan menjadi pudar.
Terapi Laser & Light
Terapi ini bertujuan untuk memanaskan salurah darah bagi mengecilkan dan memudarkan varicose veins dan ianya dikatakan sangat berkesan untuk merawatnya.
Hanya memerlukan beberapa sesi sahaja, terapi ini berupaya menghalang urat daripada menjadi bengkak seperti sebelum ini.
Terapi Endovenous Ablation
Untuk situasi ini, doktor akan menggunakan laser atau gelombang radio yang berfrekuensi tinggi ke dalam urat bagi mewujudkan haba panas yang sangat tinggi melalui luka kecil yang dibuat pada urat.
Walaupun hasilnya sama seperti rawatan yang lain, tetapi rawatan ini mengurangkan kesakitan dan seseorang individu dapat melakukan aktiviti harian dengan normal.
Pembedahan Endoscopic Vein
Apabila varicose veins menjadi teruk sehingga berubah menjadi ulser dan luka pada kulit, doktor akan membuat luka kecil yang berdekatan dengan urat.
Menggunakan kamera kecil yang terletak pada hujung tiub yang nipis, ia akan bergerak di dalam urat tersebut. Kemudian doktor akan menggunakan alat pembedahan yang terletak pada hujung kamera bagi menutup urat.
Ambulatory Phlebectomy
Melalui slit-like incisions, ambulatory phlebectomy ini akan membuang varicose veins yang berada paling dekat dengan permukaan kulit.
Vein Stripping & Ligation
Prosedur ini melibatkan varicose veins yang diikat dan dikeluarkan melalui luka kecil yang dibuat pada kulit. Kebiasaannya, prosedur ini hanya dilakukan pada varicose veins yang telah menjadi teruk.
Kesan sampingan yang bakal dihadapi oleh pesakit selepas pembedahan ini adalah lebam, jangkitkan di tempat luka atau kerengsaan saraf pada urat yang dibuang.
Walaupun varicose veins ini tidak memberikan apa-apa bahaya kepada kamu, jika kamu ingin membuangnya, jangan lakukan sendiri tetapi dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.