Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Bahaya Beri Kanak-Kanak Mainan Itik Getah Kuning Yang Comel Ini

by Lisa Aina
December 8, 2020
Foto - Insider

Foto - Insider

Share on FacebookShare on Twitter

Tengok comelnya itik kuning ini? Sayangnya mainan mandian ini boleh merosakkan kesihatan anda.

Itik getah kuning yang comel ini mungkin merupakan salah satu mainan mandi paling popular untuk kanak-kanak. Dan sukar untuk mempercayai bahayanya pada kanak-kanak, di luar nampak comel tetapi dalamnya…

Itik ini boleh menjadi mainan yang jelek yang boleh menimbulkan ancaman kepada anak-anak kita. Sisi gelap itik getah kuning yang selama ini tidak kita ketahui.

IKLAN

Bila potong itik, nescaya anda terkejut

Apa sebenarnya berlaku bila air masuk ke dalam mainan getah? Bilik mandi yang hangat dan lembap telah menyebabkan tumbuhnya bakteria dan kulat, dan mainan mandi tidak terkecuali.

Foto – Brightside

Seperti yang dilaporkan oleh Time, itik getah ini ternyata menjadi ‘syurga’ atau tempat untuk bakteria jahat bersarang.

Jangkitan pada kanak-kanak

Didapati bahawa itik getah terdapat banyak mikroba. Bakteria jahat ini menyebabkan jangkitan pada kanak-kanak.

Bila dipotong itik getah, ditemui cecair yang dijangkiti bakteria patogen yang berpotensi. Ini termasuk legionella dan pseudomonas aeruginosa, sejenis bakteria yang sering dijumpai pada pesakit yang dijangkiti di hospital.

Foto – Brightside

Sejumlah bakteria dilaporkan dapat menguatkan sistem imun pada kanak-kanak. Namun, jenis bakteria yang terdapat dalam mainan getah ini sebenarnya boleh menyebabkan jangkitan pada mata, telinga dan usus.

Mempunyai 5 hingga 7.5 juta kulat dan bakteria

Mainan terapung itu memiliki lubang di dalamaya dan anak-anak suka mengeluarkan air, yang tanpa kita tahu mudah untuknya diserang bakteria.

Kajian penyelidikan telah menguji 19 mainan getal yang berbeza. Penyelidikan mendapati bahawa terdapat 5 hingga 75 juta sel bakteria per sentimeter persegi serta kulat pada itik getah.

Bagaimana bakteria membiak

Mengapa bakteria ini dapat membiak, sebabnya adalah bahan polimer yang dibuat dari itik getah. Bakteria mampu bertahan kerana bahan polimer dapat melepaskan karbon, yang menyediakan nutrien untuk bakteria.

IKLAN

Bakteria semakin banyak berkembang pada itik getah berkualiti rendah dan cecair tambahan seperti peluh atau sabun yang digunakan untuk mandi boleh menjadi sumber makanan bagi bakteria.

Foto – AOL

Penemuan lain juga menunjukkan bahawa bahan itik getah berkualiti tinggi dapat mengekang pertumbuhan bakteria dan kulat.

Mulai sekarang, perhatikan mainan getah anak anda, siapa tahu jika ada bakteria yang boleh menjadi sumber penyakit di dalamnya.

RUJUKAN : 1, 2

Tags: bahaya itik kuningbakteria itik getahitikitik getahitik kuningitik kuning dan kanak-kanakmainan itik getahyellow duck
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan