Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Kenapa Kalau Rasa Nervous Mesti Nak Muntah?

by Sofie Azizlan
December 8, 2020
7
SHARES
68
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Jika berada dalam situasi yang tertekan atau gelisah, mesti rasa nak termuntah atau loya. Kenapa situasi ini sering berlaku dan adakah ianya normal? Jawapannya adalah ya!

Simptom secara fizikal seperti rasa loya yang disebabkan oleh kegelisahan boleh mengganggu rutin harian seseorang. Tetapi tidak semua orang akan mengalami rasa loya ini.

Bergantung kepada tahap tertekan atau seberapa parah kegelisahan, setiap orang bertindak balas terhadap kegelisahan dalam cara yang berbeza. Jadi rasa loya disebabkan oleh kegelisahan itu tidak perlu dibimbangkan kecuali ia berterusan.

Foto - Pinterest

Alami Anxiety Waktu Pagi, Ini Yang Perlu Kamu Tahu

February 3, 2021

Penemuan Baru, Pesakit Covid-19 Yang Terselamat Potensi Kena Penyakit Mental

November 11, 2020

Perkaitan Antara Kegelisahan Dan Rasa Loya 

Apabila kamu rasa tertekan atau gelisah, badan akan mengeluarkan pelbagai jenis hormon. Dalam pada masa yang sama, neurotransmitter di otak akan bertindak balas dengan menghantar mesej ke seluruh badan.

Kegelisahan juga boleh mempengaruhi hampir setiap sistem badan seperti sistem kardiovaskular, endokrin, saraf dan juga pernafasan kamu.

Foto – Shutter Stock

Dalam sedar tak sedar, kamu akan merasakan jantung berdegup dengan kencang akibat pengepaman yang berlaku dengan laju, kadar pernafasan yang tidak teratur, otot sentiasa menjadi tegang dan darah bergerak laju ke otak.

Jika kamu sering merasakan situasi ini terjadi tanpa sebab yang jelas, ia boleh memberi kesan yang negatif terhadap kualiti hidup kamu. Sekiranya ia sukar ditangani, tidak mustahil kamu boleh menghadapi kemurungan.

Cara Mengatasi

Apa yang badan kamu rasa, ia sebenarnya terjadi disebabkan oleh kegelisahan. Tubuh kamu bertindak balas terhadap ancaman yang dirasakan.

Foto – Sunshine Community Health Center

Sekiranya kamu sering merasakan perkara ini, ada beberapa cara yang boleh membantu kamu atasi dan kawal daripada kegelisahan dan loya.

#1 Kegelisahan 

Apabila kamu berasa gelisah, cuba unuk fokus tentang apa yang berlaku pada ketika itu berbanding dengan risau dengan apa yang bakal berlaku kemudian.

Foto – Pinterest / Elite Daily

Cuba untuk tarik nafas secara panjang dan dalam. Alihkan perhatian kamu dengan mendengar lagu atau menonton rancangan kegemaran di televisyen.

Jika langkah tersebut tidak berjaya, cuba untuk bergerak dan lakukan beberapa senaman bagi menenangkan otot yang tegang disebabkan oleh stress yang terjadi dalam badan.

#2 Loya 

Sekiranya kamu berasa loya, cuba untuk mengambil beberapa makanan yang dapat mengelakkan kamu daripada muntah.

IKLAN

Jangan makan makanan berminyak dan pedas serta cuba elakkan daripada minum minuman berkafein dan berasid seperti air oren.

Foto – Pexels

Cuba untuk duduk atau baring dalam keadaan yang selesa dan elakkan daripada lakukan aktiviti fizikal. Kemudian, praktikkan cara pernafasan yang betul supaya badan kamu menjadi tenang.

#3 Tidur 

Ketika berasa gelisah dan loya, sebenarnya badan memerlukan rehat yang lebih. Jadi, cuba untuk tidur sebentar bagi menenangkan sistem dalam badan dan otot.

Foto – wtol.com

Jika tidak, kamu akan terus rasa stress dan kesannya badan akan menjadi sangat letih disebabkan oleh kegelisahan yang mempengaruhi hampir keseluruhan sistem dalam badan.

#4 Doktor

Sekiranya kegelisahan dan loya ini kerap terjadi dalam jangka masa yang lama, Jangan cuba untuk lakukan rawatan terhadap diri sendiri tanpa pengawasan doktor.

Foto – 9Coach Nine

Sebaliknya, kamu perlu berjumpa dengan doktor segera. Dari situlah kamu akan mendapat pemeriksaan yang lebih terperinci berkaitan dengan masalah kamu.

#5 Makan Makanan Berkhasiat 

Rasa loya disebabkan oleh kegelisahan boleh membuatkan perut kamu menjadi kosong dan lebih teruk. Jadi sangat penting kenapa beberapa makanan seperti makanan berminyak perlu dielakkan.

Foto – Food.com

Sebaliknya cuba untuk makan makanan yang berkhasiat seperti pisang atau roti kerana makanan ini tidak cenderung untuk membuatkan kamu berasa loya.

Bagi sesiapa yang sering berasa nervous atau gelisah sehingga menjadi loya, lihat semula penyebab yang membuatkan situasi kamu jadi seperti itu.

Tetapi jika ia terjadi tanpa penyebab, jangan lupa untuk berjumpa dengan doktor bagi mengatasi masalah kamu.

RUJUKAN: 1, 2

Tags: Anxietymuntah sebab anxietymuntah sebab stressnausea anxietynervous sehingga muntahstress
Share3Tweet2Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.