Apabila bercakap tentang kondom, ramai yang tahu ianya adalah salah satu alternatif untuk pasangan yang melakukan hubungan seks.
Kondom digunakan untuk mengelak pasangan daripada mengandung dan terkena penyakit kelamin (STD) ketika berhubungan seks.
Kondom adalah tiub yang nipis dan dipakai pada zakar lelaki. Fungsinya adalah untuk menghalang air mani atau cecair daripada tubuh daripada memasuki vagina, rektum dan mulut.
Bagi lelaki dan wanita, tidak digalakkan untuk memakai kondom pada waktu yang sama kerana ia boleh melekat antara satu sama lain dan ditarik sehingga terkoyak.
Keberkesanan Kondom
Untuk satu penggunaan kondom, keberkesanannya bergantung kepada cara pemakaian seseorang individu. Jika dipakai dengan betul, ia boleh mencegah kehamilan.
Keberkesanan kondom lelaki adalah sebanyak 98% manakala bagi kondom wanita 95%. Dalam masa setahun, sebanyak 18 daripada 100 wanita akan mengandung disebabkan oleh pemakaian kondom yang tidak betul.
Pemakaian kondom boleh menghalang penularan STD yang boleh berlaku di antara pasangan.
Tetapi bagi STD yang biasa seperti human papillomavirus (HPV) iaitu penyakit yang tidak berbahaya boleh menjangkiti kawasan yang tak dilindungi oleh kondom seperti skrotum.
Jenis Kondom
Kondom Wanita
Untuk wanita, golongan ini juga mempunyai kondom yang khas bagi mencegah daripada kehamilan dan STD. Jika dipakai dengan betul, keberkesanan kondom wanita ini adalah sebanyak 95%.
Bagi menghalang kehamilan dengan lebih efektif, Dr.Streicher, MD di Northwestern University menyarankan untuk memakan pil kawalan kelahiran semasa memakainya.
Getah, Plastik dan Kulit Kambing
Kebanyakkan lelaki menggunakan kondom yang getah. Jika kamu sensitif atau alah kepada getah, kamu boleh menggunakan kondom jenis plastik yang diperbuat daripada polyurethane atau polyisoprene.
Kondom getah dan platik boleh menghindari penyakit STD semasa melakukan hubungan seks sama ada melalui vagina, oral dan anal.
Manakala kondom kulit kambing yang diperbuat daripada usus juga boleh mengelakkan kehamilan tetapi seperti kulit manusia, ia mempunyai liang-liang roma. Jadi melalui liang roma inilah, penyakit STD boleh tersebar.
Lubricated
Lubrication atau lube adalah lapisan cecair nipis yang terletak pada kondom. Fungsinya adalah untuk mencegah kesakitan, kerengsaan dan menjaga keadaan kondom semasa melakukan hubungan seks.
Jika kondom yang dibeli tiada lube, pastikan kamu meletakkan sedikit pelincir bagi menjadikan hubungan seks kamu lebih selesa.
Paling penting kamu perlu ingat, jangan sesekali menggunakan pelincir berasaskan minyak seperti petroleum jelly kerana ia boleh merosakkan kondom.
Spermicide
Kondom jenis spermicide ini adalah bahan kimia yang membunuh sperma. Jika kamu perhatikan di farmasi atau mana-mana kedai yang menjual kondom, beberapa kondom sudah dilapisi dengannya.
Tetapi jumlah spermicide yang ada pada kondom mungkin tidak cukup untuk membuatkan sperma dibunuh. Jadi kamu boleh dapatkan produk tambahan secara berasingan.
Kamu boleh mencari produk yang mengandungi bahan seperti octoxynol-9 atau nonoxynol-9. Tetapi nonoxynol-9 boleh memberikan kerengasaan pada zakar dan lebih cenderung untuk mendapat HIV.
Bertekstur
Kondom bertekstur ini termasuk dalam jenis ribbed dan studded. Tujuan kondom bertekstur ini meningkatkan pleasure diantara kamu dan pasangan dalam hubungan seks.
Dalam masa yang sama kamu boleh membuatkan kondom bertekstur ini sebahagian daripada foreplay.
Glow In The Dark
Mendapat kelulusan daripada Food and Drug Administration (FDA), kondom jenis ini juga boleh membantu dalam mengelakkan kehamilan dan penularan STD.
Untuk membuatkan kondom ini glow in the dark, kamu perlu biarkan kondom ini selama 30 saat untuk bercahaya sebelum memakainya.
Kondom ini tidak beracun dan dibuat dalam tiga lapisan. Lapisan dalam dan luaran diperbuat daripada getah manakala lapisan kedua mengandungi pigmen yang selamat digunakan dan ditutup di antara dua lapisan getah.
Jika kamu ingin membeli kondom, pastikan ianya selamat digunakan untuk keselamatan kamu dan pasangan.
Semak dahulu sama ada ia mendapat kelulusan FDA untuk perlindungan terhadap kehamilan dan STD.