Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Anak Steve Jobs Sekarang Jadi Model Kosmetik Glossier

by Malisa Aina
December 8, 2020
Foto - Insider

Foto - Insider

Share on FacebookShare on Twitter

Seksi betul anak mendiang Steve Jobs.

Tak sangka anak perempuan Steve Jobs, Eve Jobs sekarang bergelar model. Di usia 22 tahun, Eve Jobs debut untuk kempen kosmetik Glossier bersama Sydney Sweeney dan Naomi Smalls.

Berendam Dalam Bubble Bath

Untuk shoot ini, Eve Jobs berendam dalam bubble bath tanpa sehelai benang, hanya mengenakan perhiasan emas.

IKLAN

Sesuai dengan jenama kecantikan, dia dilihat menggunakan lip gloss berkilauan dari Glossier sambil mata diletak mask dan menghirup segelas wain.

Dan kerana ini untuk Glossier, dia hanya tampil solekan minimal tetapi kekal bercahaya, dan kuku dicat warna merah menyerlahkan lagi penampilannya.

View this post on Instagram

A post shared by Eve Jobs (@evecjobs)

Berkongsi shoot di Instagram, Eve mengucapkan terima kasih kepada jenama dan pengasasnya, Emily Weiss dengan kapsyen;

“Biggest thanks to @emilyweiss & everyone at @glossier ! Go check out the collection 🖤.”

IKLAN

Handal Dalam Sukan Berkuda

Wanita muda ini jarang menjadi tumpuan dunia, terakhir setelah ayahnya pengasas Apple meninggal dunia pada tahun 2011 kerana kanser barah pankreas.

Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namanya mula mencuri tumpuan untuk kemahiran equestrian. Eve Jobs yang merupakan anak bongsu dari CEO Apple dan dermawan Laurene Powell Jobs ini telah menjadi salah satu pelumba terkemuka dunia di bawah usia 25 tahun.

Foto – Pinterest

Pelajar Stanford University mula berkuda sejak dia berusia 6 tahun lagi.

“Saya mula-mula tunggang kuda masa dua tahun, tetapi saya benar-benar belajar dan mahir sehingga saya berusia enam tahun.

“Saya sentiasa rasa kasih dan sayang serta penghargaan terhadap haiwan. Saya rasa bersemangat bila bersama mereka.”

Foto – Insider

Nak tahu, Eve Jobs memasuki Stanford University, universiti yang sama di mana ibu bapanya bertemu. Dilaporkan, keluarganya bernilai lebih dari $20 bilion, menurut Forbes.

RUJUKAN : 1, 2

Tags: anak perempuan steve jobsanak steve jobsceo appleeve jobsgambar eve jobssteve jobssteve jobs apple
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan