Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Jom Ke Zoo Negara Bersama Lazada Melalui Lawatan Maya LazLive 12.12

by Sofie Azizlan
December 9, 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama lagi, Lazada akan menganjurkan lawatan maya yang pertama di Zoo Negara melalui Jualan Akhir Tahun Terhebat Lazada 12.12.

Bersiaran secara langsung di aplikasi Lazada, para penonton boleh menderma sebanyak RM25 kepada Zoo Negara akan disubsidikan rebat sebanyak RM25 daripada LazadaForGood.

Bagi 5 penderma yang bertuah, mereka berpeluang beramah mesra dengan selebriti kegemaran melalui peraduan 12.12 Make-Your-Wish di Facebook Lazada.

IKLAN

Lawatan Maya LazLive Bersama Pelawak Dr.Jason Leong

Bagi pencinta haiwan yang gemar mengunjungi Zoo Negara sebelum ini, mereka berpeluang menikmati suasana tersebut dari kediaman masing-masing.

Lawatan maya Zoo Negara yang percuma itu akan berlangsung di aplikasi Lazada yang akan diacarakan oleh pelawak terkenal Malaysia iaitu Dr.Jason Leong.

Foto – Traveloka

Melalui siaran langsung tersebut, bagi 50 penderma pertama yang menyumbang sebanyak RM25 akan mendapat rebat melalui Lazada Wallet bagi menikmati penjimatan pada 12.12 ini iaitu ‘Beli 1 Dapat 2’.

Untuk penderma yang menderma melebihi RM50 akan menerima sijil dalam bentuk elektronik iaitu ‘Haiwan Angkat’ daripada Zoo Negara berserta dengan baucer milik zoo tersebut.

Pengacara Pelawak Malaysia, Dr.Jason Leong 

Pada 11 Disember, bermula 10.30 pagi – 11.30 pagi, penonton akan dapat mengunjungi Zoo Negara bersama dengan Dr. Jason.

Foto – Arkib Wanista

Dr.Jason akan melawat dan mempamerkan sesi makan bersama haiwan seperti Samba (singa), Vani (harimau putih), Flash (cheetah), Choki (orangutan Sumatera) dan banyak lagi.

Peraduan Facebook Make-Your-Wish LazadaForGood 

Bagi penderma yang menderma di mana-mana NGO di LazadaForGood bermula hari ini sehingga malam 11 Disember akan berpeluang untuk menjadi salah satu penderma yang bertuah.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Pemenang yang bertuah akan mempunyai peluang untuk beramah mesara dengan selebriti tempatan dan melakukan aktiviti maya yang menyeronokkan seperti duet TikTok, konsert peribadi, persembahan peribadi dan makan malam.

Para peserta hanya perlu lakukan tiga langkah mudah ini sahaja:

Foto – Arkib Wanista
  1. Kongsi gambar skrin sumbangan dengan nombor pesanan di bahagian komen peraduan Make-Your-Wish di Facebook Lazada Malaysia.
  2. Pilih selebriti kegemaran yang ingin beramah mesra menggunakan emoji.
  3. Tunggu pengumuman pada 11 Disember (9 malam-11 malam) semasa 12.12 Chief Discount Offer Show menerusi LazLive.

Jangan lepaskan peluang keemasan anda! Untuk maklumat lanjut, sila kunjungii LazadaForGood dan Jualan Besar Akhir Tahun 12.12 Lazada.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. 

Tags: jualan besar akhir tahun 12.12jualan besar akhir tahun lazada 12.12jualan lazada malaysia 12.12lazadalazada 12.12.lazada malaysialazlive
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan