Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Ini Sebab Orang Kulit Sensitif Dan Kering Kena Rajin Pakai Losyen

by Mas Idayu
December 9, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

Share on FacebookShare on Twitter

Wanita yang mempunyai kulit jenis sensitif dan kering perlu beri perhatian lebih dalam penjagaan kulit masing-masing, ini adalah kerana dua jenis kulit ini amat mudah mengalami masalah kulit.

Bukan itu saja, masalah kulit yang dialami boleh melarat hingga menjadi satu masalah serius jika tidak dijaga dari awal, sebab itu individu yang mempunyai jenis kulit sensitif dan kering perlu rajin dalam menjaga kulit dengan kerap memakai losyen.

Pasti ramai yang bertanya kenapa kena rajin pakai losyen?

IKLAN

Cegah Masalah Kulit Merekah Dan Mengelupas

Foto – 100% Pure

Bagi wanita yang memiliki jenis kulit sensitif atau kering sangat mudah mengalami masalah kulit merekah dan mengelupas dari masa ke semasa, meski dah minum banyak air untuk kekalkan kelembapan tetapi masalah ini tetap berlaku.

Oleh itu, pemakaian losyen selepas mandi adalah sangat penting untuk wanita bagi mengelak masalah kulit merekah dan mengelupas dari terus berlaku.

Elakkan Potensi Kena Ekzema

Foto – L’Oreal Paris

Salah satu masalah kulit yang serius adalah ekzema, wanita perlu tahu bahawa sesiapa saja boleh menghidapi masalah kulit ekzema jika kulit terlampau kering, sensitif terhadap haba dan permukaan kasar.

Tetapi dengan penggunaan losyen yang kerap, ia boleh dicegah dari awal dan untuk itu wanita perlu rajin meluangkan masa memakai losyen setiap hari.

Lawan Kedutan Dan Tanda Penuaan Awal

Foto – Allure

Tiada apa yang pelik jika lihat wanita jenis kulit sensitif dan kering mempunyai garis halus dan kedutan meski diri masih muda, kerana jenis kulit sebegini memang mudah mengalami tanda penuaan lebih awal dari wanita yang memiliki kulit jenis normal.

Oleh itu, untuk menangani musuh ketat seperti ini penggunaan losyen secara kerap amat diperlukan dan untuk itu wanita kena rajin kalau nak jaga kulit.

Melembutkan Permukaan Kulit

Foto – Top 10 Geeks

Memiliki kulit sensitif dan kering mudah membuatkan permukaan kulit mudah menjadi kasar, merekah, mengelupas dan banyak masalah kulit yang lain.

Tetapi dengan penggunaan losyen, ia dapat melembutkan permukaan kulit dan menyeimbangkan kulit jika terlalu berminyak atau terlalu sensitif.

IKLAN

Mengekalkan Kelembapan Kulit

Foto – Google

Wanita yang memiliki kulit jenis sensitif dan kering sangat perlu menjaga kulit masing-masing agar sentiasa kekal hidrat sepanjang masa, oleh itu penggunaan losyen secara kerap dapat mengunci kelembapan kulit jika kerap memakai losyen.

Wanita yang memiliki kulit jenis sensitif dan kering memang perlu rajin menjaga kulit,  jika tidak mahu mengalami masalah kulit yang dinyatakan di atas.

Apa lagi lepas ini kenalah rajin pakai losyen hari-hari ya, selamat beramal♥

Rujukan: 1, 2,

Tags: Kenapa Kena Pakai LosyenKepentingan LosyenKulit Kering Kena Pakai LosyenKulit Sensitif Kena Pakai LosyenPenting Pakai LosyenPeranan Losyen
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan