Menurut pakar kesihatan, setiap wanita perlu memeriksa payudaranya sebulan sekali dan beberapa hari selepas datang haid.
Sekiranya secara tiba-tiba kamu memeriksa payudara dan ada benjolan, apa yang kamu perlu buat? Kamu tidak perlu menggelabah tetapi segera berjumpa dengan doktor untuk lakukan pemeriksaan selanjutnya.
Benjolan tersebut disebabkan oleh bengkak atau lebam pada payudara yang dirasakan berbeza daripada tisu sekelilingnya atau pada payudara yang lain.
Untuk pengetahuan kamu, benjolan yang terjadi tidak semestinya bahaya dan sel kanser. Jadi penting untuk kamu tahu, tentang jenis benjolan yang boleh terjadi pada payudara.
Penyebab Benjolan Berlaku
Payudara wanita terdiri daripada pelbagai jenis tisu. Antara tisu yang utama adalah kelenjar susu dan saluran susu di mana ia adalah tempat pembuatan susu dan tiub pada puting untuk laluan susu.
Setiap bahagian payudara dapat bertindak balas dengan cara yang berbeza terhadap perubahan kimia dalam tubuh. Perubahan ini boleh memberi kesan dan mempengaruhi perkembangan benjolan pada payudara.
Jenis Benjolan Pada Payudara
Benign Tumor (Bukan Kanser)
- Perubahan Fibrocystic
Hampir 50% sehingga 60% iaitu wanita (20 tahun-50 tahun) mempunyai benjolan ini. Perubahan fibrocystic ini terjadi disebabkan oleh tindak balas tisu payudara yang berlebihan terhadap perubahan hormon ovari.
Metilxanthin (bahan kimia) yang terdapat dalam kopi, teh, cola dan beberapa diet serta ubat boleh mendorong pembentukan benjolan tersebut. Dalam kajian yang dilakukan, wanita yang menjaga dietnya akan kehilangan benjolan ini secara beransur-ansur.
- Fibroadenomas
Tumor ini adalah ketulan daripada fibrous dan tisu glandular. Benjolan ini kerap berlaku pada wanita yang berusia di antara 18 tahun sehingga 35 tahun.
Fibroadenomas ini tidak lembut pada kebiasaannya tetapi sebelum datang haid, ia boleh menjadi lembut. Tumor ini juga boleh bergerak sekiranya disentuh.
- Papillomas
Berbentuk seperti ketuat kecil, benjolan ini terjadi di lapisan saluran susu yang berhampiran dengan puting. Benjolan ini boleh mengeluarkan cecair jernih mahupun darah melalui puting susu.
- Breast Cyst
Breast cyst ini berbentuk bulat di tisu payudara. Kamu boleh mempunyai satu atau lebih dan mempunyai saiz yang berbeza. Kebiasaannya, ia berlaku pada wanita yang berumur 35 tahun sehingga 50 tahun.
- Duct Estasia
Duct estasia ini boleh terjadi pada usia yang hampir menopaus jika saluran di bawah puting kamu tersumbat.
Situasi ini boleh menyebabkan puting kamu masuk ke dalam dan benjolan terjadi di bawahnya. Bagi sesetengah wanita, benjolan ini boleh mengeluarkan darah melalui puting.
Malignant Tumor (Kanser)
- Sarcoma
Sarcoma adalah kanser yang terjadi pada tulang dan tisu lembut termasuklah otot, lemak, saluran darah, saluran lymph dan fibrous tissue seperti tendon dan ligament.
Salah satunya adalah osteosarcoma yang terjadi disebabkan oleh sel kanser ini dan ianya barah tulang yang sering terjadi.
- Leukemia
Kanser ini terjadi apabila pembentukan darah di tulang sumsum yang dipanggil sebagai leukemia.
Leukemia tidak membentuk tumor dalam bentuk pepejal malah ia adalah sebilangan besar sel darah putih yang tidak normal yang terbentuk dalam darah dan sumsum tulang.
Tahap sel darah normal yang rendah menjadikan badan sukar untuk mendapatkan oksigen ke tisu, mengawal pendarahan atau mengawal jangkitan.
- Lymphoma
Lymphoma adalah sejenis kanser darah yang berkembang dengan pesat apabila sel darah putih yang dipanggil sebagai lymphocytes terbentuk secara luar kawalan.
Lyphocytes adalah sebahagian daripada sistem imun badan. Ia akan bergerak di sekitar badan dalam sistem lymphatic yang membantu badan melawan jangkitan.
- Multiple Myeloma
Multiple myeloma adalah kanser yang terbentuk dalam sel darah putih yang disebut sebagai plasma. Sel plasma yang sihat dapat membantu badan melawan jangkitan dengan membuat antibodi yang mengenali dan menyerang kuman.
Sel-sel plasma dalam multiple myeloma akan berkumpul di bahagian tulang sumsum dan membuang sel-sel darah yang sihat dan menjadikannya sebagai kanser.
Cara Memeriksa Payudara
Ketika Mandi
- Berdiri dengan tegak dan letakkan tangan kanan di belakang kepala.
- Menggunakan tiga jari di tangan kiri, periksa di seluruh kawasan payudara kanan dan ketiak.
- Tekan dengan perlahan dan lembut.
- Ulang perbuatan (1) sehingga (3) dengan menukarkannya kepada payudara dan ketiak kiri.
Ketika Di Hadapan Cermin
- Berdiri dengan selesa di hadapan cermin dan angkat kedua-dua tangan ke atas.
- Lihat perubahan pada kontur, bengkak, kelembapan kulit atau perubahan pada puting.
- Kemudian, letakkan telapak tangan di pinggul dan tekan dengan kuat bagi meregangkan otot dada.
- Bagi kebanyakkan wanita, payudara kiri dan kanan akan kelihatan tidak sama dan ianya normal.
- Lihat sama ada payudara mempunyai bentuk seperti lesung pipit, puckering atau perubahan yang ketara pada salah satu payudara.
Ketika Baring
- Baring pada bahu kamu berada di atas bantal dan letak tangan kanan di belakang kepala.
- Menggunakan tangan kiri, gerakkan jari di sekitar payudara dan ketiak.
- Tekan secara perlahan-lahan untuk merasai ketulan.
- Picit puting secara perlahan dan lembut.
- Ulang perbuatan (1) sehingga (4) pada payudara kiri.
Kalau kamu memeriksa payudara dan merasai ketulan, jangan terus membuat andaian ianya kanser tetapi dapatkan pemeriksaan doktor untuk didiagnos tentangnya dengan lebih terperinci.