Sementara menunggu pihak imigresen stamp pada pasport, mesti kamu pernah lihat warna yang berbeza pada setiap pasport dan sebenarnya berapa banyak warna yang ada di dunia?
Setiap pasport yang mewakili negara hanya memiliki empat jenis warna sahaja dan tiada peraturan ketat dalam pemilihan warna pasport tetapi kebanyakkan negara hanya memilih antara warna ini bagi mewakili mereka.
Hanya beberapa peraturan perlu dipatuhi seperti ia perlu diperbuat dengan bahan yang boleh melengkung dan tidak kedut. Serta boleh dibaca oleh mesin pada suhu antara -10°C sehingga 50°C pada kelembapan udara relatif antara 5% sehingga 95%.
Kalau kamu nak tahu, terdapat beberapa faktor yang memainkan peranan dan mempengaruhi warna yang mewakili pasport bagi setiap negara.
Merah
Warna merah ini adalah warna yang sangat biasa dipilih oleh kebanyakkan negara. Pasport negara yang berwarna merah ini menunjukkan sebuah negara tersebut mempunyai sistem komunis yang bersejarah atau semasa.
Walaupun pasport ini dikategorikan sebagai warna merah, tetapi hanya beberapa negara sahaja yang menggunakan tona warna merah yang berbeza.
Negara Yang Memiliki Pasport Merah
- Slovenia
- China
- Serbia
- Rusia
- Latvia
- Malaysia
- Romania
- Poland
- Georgia
- Negara Kesatuan Eropah (kecuali Krosia)
Biru
Negara yang memiliki pasport yang berwarna biru ini melambangkan dunia yang baru.
Bagi 15 negara Caribbean, mereka mempunyai pasport berwarna biru. Manakala negara-negara Amerika Selatan, pasport mereka melambangkan hubungan kesatuan sekerja dengan Mercosur.
Negara Yang Memiliki Pasport Biru
- Amerika Syarikat
- Argentina
- Costa Rica
- El Savador Brazil
- Kanada
- Venezuela
- Guatemala
- Paraguay
- Uruguay
Hijau
Negara yang memiliki pasport yang berwarna hijau ini kebanyakkan negara-negara Islam.
Ini kerana warna hijau dianggap sebagai warna kegemaran Nabi Muhammad s.a.w dan dikatakan sebagai simbol semula jadi dan kehidupan.
Negara Yang Memiliki Pasport Hijau
- Morocco
- Saudi Arabia
- Pakistan
- Nigeria
- Ivory Coast
- Senegal
- Ghana
- Turki
Hitam
Warna pasport hitam adalah warna yang paling jarang ditemui.
Negara yang menggunakan warna hitam pada pasport mereka adalah disebabkan ia kelihatan rasmi, menyerlahkan simbol negara serta ianya tidak kotor.
Negara Yang Memiliki Pasport Hitam
- Botswana
- Zambia
- Burundi
- Gabon
- Angola
- Chad
- Congo
- Malawi
- New Zealand
Walaupun tiada kawalan ketat mengenai warna pasport, kebanyakkan negara hanya memilih warna berdasarkan empat jenis ini sahaja.
Selain tidak mempamerkan kekotoran, ianya membuatkan pasport yang mewakili setiap negara kelihatan sangat rasmi dan eksklusif.