Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Rihanna ‘Fenty Skin’ Akhirnya Mendarat Di Malaysia, Mula Jual Lepas Krismas

by Malisa Aina
December 10, 2020
Foto - Fenty Skin

Foto - Fenty Skin

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Fenty Beauty, Rihanna terus menguasai dunia kecantikan dengan rangkaian produk penjagaan kulit yang dinamakan Fenty Skin.

Kata Rihanna produknya lebih mudah dan tidak memerlukan banyak langkah untuk mendapatkan kulit wajah bersih dan sempurna.

Makeup remover dan cleanser dalam satu botol, ia sememangnya sangat mudah dan minimalis untuk wanita bekerjaya yang sibuk.

Skincare Fenty Skin Keluaran Rihanna Idaman Setiap Wanita

August 6, 2020

Akhirnya Tiba Di Sephora

Fenty Skin, jenama penjagaan kulit sulung Rihanna akan dilancarkan secara global di Sephora dan Sephora.com mulai 26 Disember 2020.

Foto – Arkib Wanista

Rihanna mengembangkan Fenty Skin dengan kerjasama Kendo Brands, pemaju kecantikan milik LVMH, awal tahun ini dengan misi untuk memberikan penyelesaian mudah untuk semua warna kulit dan jenis.

Dengan perkembangan ini, Fenty Skin akan lebih mudah diakses pengguna seluruh dunia dengan pengedaran di lokasi Sephora. Jadi, anda mudahlah nak mendapatkan produk yang sudah menjadi dambaan beberapa influencer kecantikan terkenal.

Fenty Skin Mimpi Indah Wanita Dan Lelaki

Diilhamkan oleh gaya hidup globalnya, Rihanna menyatukan ramuan dari seluruh dunia, seperti asid hyaluronik dan niacinamide, untuk hasil yang terbukti secara klinikal.

Wanita kelahiran Barbados ini mengutamakan formula bersih yang juga vegan, bebas kekejaman, bebas gluten dan peka dengan bumi.

IKLAN

Foto – Arkib Wanista

Setiap pembungkusan mengutamakan aspek bahan kita semula dan pek pintar yang boleh diisi semula yang masih terasa mewah.

Selain itu, dia meningkatkan seluruh pengalaman dengan tekstur yang lembut dan unik serta aroma hangat, lazat dan bersih yang diilhamkan oleh ramuan setiap produk.

Dengan Fenty Skin, Rihanna berkongsi rutin penjagaan kulit sebenar untuk mencapai kulit cerah dan sihat untuk pagi dan malam.

Empat Produk Untuk Kulit Yang Sihat Sempurna

Fenty Skin melahirkan empat produk, antaranya Total Cleanser, Fat Water, Hydra Vizor dan Instant Reset. 

Total Cleanser mengandungi Ginko Bilobaiaitu pokok yang sering digunakan dalam teknik penyembuhan pada zaman Cina Kuno untuk mengawal minyak dan membersihkan kulit.

Fat Water terdapat bahan menarik seperti ceri Barbados dan pokok kismis Jepun yang digunakan lebih daripada 1000 tahun di Asia sebagai rawatan pemulihan dan mempunyai faedah dalam menyahtoksin.

Hydra Vizor pula menggunakan aroma tembikai yang segar iaitu tembikai Kalahari. Produk ini didatangkan dengan pembungkusan yang boleh diisi semula.

Nak tahu lagi, baca sini – Skincare Fenty Skin Keluaran Rihanna Idaman Setiap Wanita

Fenty Skin oleh Rihanna akan mula berada di pasaran pada 26 Disember 2020 di Sephora.my dan di store Sephora Malaysia.

Tags: fenty skininfo fenty skinproduk rihannarangkaian fenty skinrihanna fenty skinskincare rihanna
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.