Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Nak Bersenam Boleh Tapi Jangan ‘Over’, Amira Othman Beri Nasihat

by Mas Idayu
December 10, 2020
Foto - Instagram Amira Othman

Foto - Instagram Amira Othman

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini pelakon dan juga penyanyi Amira Othman atau Nadia Amira Othman dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan otot gara-gara terlebih bersenam.

Amira mengikuti kelas berbasikal secara indoor sejak minggu lepas, bagi dirinya mengalami sakit-sakit otot dan sengal-sengal badan semasa baru memasuki kelas senaman adalah perkara biasa.

Bahana Terlebih Bersenam

Foto – Instagram Amira Othman

Dalam petikan Berita Harian, Amira menyatakan dirinya tetap meneruskan aktiviti senaman dengan mengayuh basikal meski dirinya merasakan otot lutut berasa sakit dan menggigil.

Jenama Bougas Beauty Dimantapkan Dengan Kehadiran Tiga Wanita Cantik

September 4, 2020

Waktu melakukan senaman tersebut, Amira menganggap kesakitan yang dialami adalah perkara biasa dan tidak merasakan aktiviti senaman tersebut keterlaluan.

Mengalami Simptom Rhabdomyolysis

Foto – Arkib Wanista

Tapi siapa sangka selepas melakukan aktiviti tersebut kesakitan yang dialami Amira tidak surut sebaliknya bertukar lain, di mana peha pelakon ini mula membengkak dan air kencingnya bertukar hitam.

Gejala yang dialami oleh Amira merupakan simptom rhabdomyolsis atau dalam erti kata lain ianya merupakan masalah kecederaan otot yang berlaku kerana rutin senaman yang berlebihan.a

Amira Nasihat Agar Orang Ramai Tidak Terlebih Bersenam

View this post on Instagram

IKLAN

A post shared by @amiraaothman

Dalam petikan New Straits Times, Amira memaklumkan bahawa doktor memantau organ hatinya kerana kecederaan yang dialami berkait dengan organ dalaman tersebut.

Manakala buah pinggannya dalam keadaan baik, berdasarkan apa yang menimpa dirinya Amira menasihati pada orang ramai dan juga memberi peringatan kepada dirinya sendiri bahawa terlebih bersenam boleh membawa mudarat kepada kesihatan diri.

Tahu Had Diri

Foto – Instagram Amira Othman

Amira yang kini beransur pulih berkongsi di Instagramnya agar menghargai kesihatan yang diberikan oleh Allah S.W.T dan tidak melakukan sesuatu luar dari kemampuan diri serta tahu had diri masing-masing.

Semoga Amira terus kekal sihat dan jadikan apa yang berlaku kepada Amira sebagai teladan, agar di masa akan datang orang ramai lebih peka terhadap kesan atau mudaratnya jika terlebih bersenam.

Rujukan: 1, 2,

Tags: amira othmanAmira Othman Cedera OtotAmira Othman Masuk HospitalAmira Othman Terlebih BersenamBahana Terlebih BersenamNadia Amira Othman
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.