Kamu sudah tengok koleksi terkini UNIQLO x Marimekko 20 FW yang telah dilancarkan baru-baru ini?
Marimekko sangat yang terkenal dengan cetakan dan warna yang lain daripada yang lain sejak 1951. Kini, kolaborasinya dengan UNIQLO telah mengeluarkan koleksi edisi terhad bagi musim luruh dan sejuk.
Keseluruhan koleksi ini sangat cantik dan kalau kamu perasan, UNIQLO x Marimekko 20 FW telah menggunakan sembilan jenis print yang mempunyai cerita mereka tersendiri.
Bagi kamu yang mengagumi dan tertanya-tanya tentang koleksi ini, teruskan membaca, okay?
Tema & Inspirasi
Koleksi pada kali ini diilhamkan oleh cuaca di kawasan utara dan kehidupan ketika musim sejuk serta digabungkan dengan cetakan ikonik pereka daripada Annika Rimala dan Maija Isola.
Pakaian yang melambangkan keringkasan dan cetakan yang bold membuatkan ianya sesuai untuk dipakai oleh golongan wanita dan kanak-kanak di samping meraikan kebersamaan dalam musim yang istimewa ini.
Koleksi yang istimewa ini boleh dilihat pada pakaian luar seperti kot Ultra Light Down Cocoon, gaun dan knits yang memberikan keselesaan dan rasa nyaman pada si pemakai.
Warna & Cetakan
Pada musim luruh dan sejuk ini, koleksi Marimekko diinspirasikan daripada kehidupan sejuk di negara-negara Nordic.
Palet warna dan corak yang digunakan digambarkan sebagai gabungan udara sejuk dalam musim sejuk dengan kehangatan daripada fireplace.
Jadi si pemakai boleh merasai kehangatan daripada api yang bercampur dengan kesejukan ketika musim sejuk walaupun berada di tempat yang berbeza.
Proses Keseluruhan Koleksi
UNIQLO x Marimekko ini adalah kolaborasi yang keempat dalam mengeluarkan koleksi terkini bagi para pelanggan setianya.
Bagi kumpulan pereka Marimekko, mereka akan sentiasa mencari mood secara keseluruhan bagi setiap musim. Ini kerana mereka akan menyesuaikan cetakan, warna dengan mesej yang ingin disampaikan kepada pengguna.
Dialog dan proses kolaboratif ini sangat penting bagi pengguna memahami secara keseluruhan tentang tema koleksi yang dikeluarkan melalui kefahaman budaya masing-masing.
Respons Pengguna
Walaupun dunia masih dilanda dengan wabak yang berbahaya dan membuatkan ramai yang berjaga-jaga, UNIQLO dan Marimekko tidak melepaskan peluang untuk membuatkan pelanggannya berasa selamat.
Setiap cetakan dan warna yang dikeluarkan oleh Marimekko dapat membuatkan pengguna rasa lebih dihargai dan selamat ketika musim luruh dan sejuk yang istimewa ini.
Pengguna juga dapat memakai koleksi ini dalam kehidupan seharian atau memberikannya sebagai hadiah bagi berkongsi rasa positif dan semangat dalam menghadapi situasi ini kepada orang lain.
Situasi Covid-19 & Seharian Di Rumah
Melihat kepada keadaan Covid-19 dan ramai orang menghabiskan masa di rumah sama ada bekerja atau bersama keluarga. Jadi, situasi ini membuatkan Marimekko mereka koleksi yang sesuai untuk memberi keselesaan walaupun berada di rumah.
Buat pertama kalinya, kain flannel digunakan dalam koleksi gaun, kemeja dan seluar. Material kain flannel ini memberikan kehangatan dan keselesaan yang disesuaikan dengan keadaan di rumah.
Buat kamu yang sering mempunyai perjumpaan melalui video dari rumah, Marimeno blend knitwear pasti memberikan penampilan yang lain dan segar walaupun hanya berada di rumah.
Bagi kamu yang belum mendapatkan koleksi edisi terhad ini, kamu boleh dapatkan di kedai-kedai UNIQLO dan secara dalam talian. Happy shopping!
UNIQLO x Marimekko 20FW [BELI]