Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

Singgah Melaka Wajib Terjah 7 Tempat Ini Untuk Makan!

by Mas Idayu
December 10, 2020
Foto - Facebook

Foto - Facebook

31
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi yang merancang nak bercuti di Melaka pada bulan ini, jangan lepaskan peluang untuk singgah makan di beberapa port best yang menyajikan pelbagai makanan lazat dan menyelerakan.

Selain Pulau Pinang, Melaka juga merupakan syurga makanan yang kaya dengan hidangan makanan tempatan yang lazat dan memukau selera.

Ini antara beberapa tempat makan popular yang wajib untuk kamu singgah tatkala berkunjung ke Melaka.

Foto - Bulletin Media

ECO Shop Mohon Maaf Isu Alas Kaki Mengandungi Ayat Al-Quran

December 3, 2016
Salah satu rakaman visual yang tersebar luas di laman sosial Facebook. Foto -Sinar Harian

Video Petugas Rumah Orang Tua Tampar Penghuni Viral

October 6, 2016

Roti Canai Kayu Arang

Foto – Facebook Roti Canai Kayu Arang

Menu roti canai terbaik, rasa roti yang gebu sambil di masak menggunakan kayu arang membuatkan pengunjung terpukau dengan bau keharumannya.

Lokasi: Lot 459, Kampung Bakar Batu, 75250 Bachang, Melaka.

Waktu Operasi: Setiap Hari, 7.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

Media Sosial: Facebook,

Cendol Jam Besar Bandar Hilir Melaka

Foto – Facebook Cendol Jam Besar

Hilangkan dahaga dengan cendol popular yang terletak di Jam Besar Bandar Hilir Melaka ini, rasa cendol asli bersama santan dan gula melaka pekat membuatkan hari kamu berasa serba manis!

Lokasi: Jam Besar Bangunan Merah, 75000 Bandar Hilir, Melaka. (Berhadapan Dengan Pejabat Pos Lama)

Waktu Operasi: Setiap Hari, 10.00 Pagi – 6.30 Petang

Media Sosial: Facebook,

Putu Piring Generasi Ke-3 Limbongan

Foto – Facebook Putu Piring Generasi Ke 3 Limbongan

Rasa putu piring yang lembut dengan inti gula melaka yang padu, membuatkan mulut tidak berhenti untuk mengunyah.

Lokasi: Lot 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Limbongan 75250, Melaka.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 1.30 Petang – 6.30 Petang

Media Sosial: Website, Facebook, Instagram,

Warung Hijau Rojak Sotong

Foto – Facebook Warung Hijau Rojak Sotong

Nak cari sotong besar dengan rasa yang segar dan menyelerakan, maka Warung Hijau Rojak Sotong ini adalah destinasi wajib untuk kamu kunjungi. Di warung ini juga menyajikan banyak menu tempatan untuk dicuba.

Lokasi: Batu 19 3/4, Kampung Durian Daun, Masjid Tanah 78300, Melaka.

IKLAN

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 2.30 Petang – 9.00 Malam

Media Sosial: Facebook, Instagram,

Nyonya Delight

Foto – Facebook Nyonya Delight

Masakan nyonya asli seperti nyonya laksa dan cendol merupakan menu utama di Nyonya Delight yang terletak di Batang Tiga Barat, Melaka ini.

Lokasi: Lot 2199-C, Batang Tiga Barat 76400, Melaka.

Waktu Operasi: Khamis – Ahad, 8.00 Pagi – 2.00 Petang

Media Sosial: Facebook,

Asam Pedas Pak Man

Foto – Facebook Asam Pedas Pak Man

Kalau dah sampai Melaka, tak sah rasanya kalau tidak singgah ke restoran asam pedas betul tak. Restoran Asam Pedas Pak Man yang terletak di Bukit Katil, Melaka.

Lokasi: No 51, Jalan KNMP 2A, Kompleks Niaga Melaka Perdana, Bukit Katil 75250, Melaka.

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (Rabu Tutup), 7.30 Pagi – 10.00 Malam

Media Sosial: Facebook,

Medan Ikan Bakar Haji Musa

Foto – Medan Ikan Bakar Haji Musa

Selain menu asam pedas, ikan bakar Melaka juga antara menu makanan wajib cuba jika dah berkunjung ke sana. Rasa ikan bakar segar yang dicicah dengan air asam pekat, membuatkan sesiapa saja akan kecur liur dibuatnya.

Lokasi: Kompleks Nelayan, Sungai Duyong 75050, Melaka.

Waktu Operasi: Setiap Hari, 5.00 Petang – 11.30 Malam

Media Sosial: Facebook,

Memang terliur betul tengok menu-menu sedap dan menarik yang terdapat di Melaka, jadi bagi yang berjalan-jalan ke bandar bersejarah ini jangan lepaskan peluang untuk singgah ke tempat makan yang penulis senaraikan di atas.

Comfirm berbaloi dan puas hati, selamat beramal♥

Tags: Jalan-Jalan Cari Makan MelakaKembara MakananLokasi Tempat Makan SedapMark WiensmelakaPort Makan MelakaTempat Makan Baik Di Melakatempat makan di melakaTerjah Cari Tempat Makan BestThe Food RangerYouTuber Makanan
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Baru Kahwin Dua Minggu Tapi Isteri Hamil Tiga Minggu, Suami Kena Tahu Sebabnya

Glamor Di Pagi Raya Dengan Koleksi Scha Alyahya Bersama Bonia, Memang Cun!

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.