Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Siapa Ada ‘Gigi Jarang’ Dialah Yang Paling Bertuah Sekali

by Malisa Aina
December 11, 2020
Foto - Insider

Foto - Insider

Share on FacebookShare on Twitter

Jurang pada gigi, siapa saja yang suka?

Ada yang sampai rasa insecure dan tidak menyukai jurang ini hingga menghabiskan sejumlah wang untuk rawatan pergigian bagi menutup serta memperbaikinya.

Tapi jangan tak tahu, ada juga yang ‘buat duit’ dengan gigi jurang ini. Supermodel terkenal seperti Georgia May Jagger, Lily Aldridge, Lara Stone, dan ramai lagi dalam dunia peragaan fesyen menganggap individu ini berpenampilan menarik hingga menjadi muka lembaran fesyen untuk jenama berprestij DKNY, Fendi, Chanel, Dior.

IKLAN

Kenapa Terjadinya Jurang Pada Gigi

Istilah perubatan untuk gigi jarang dikenali sebagai Diastema. Ia berlaku pada individu atau orang dewasa tanpa mengira usia. Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian paling menonjol di kedua gigi depan.

Foto – Dental Solutions

Doktor mengatakan bahawa ia biasanya turun-terumuun dan disebabkan apabila rahang terlalu besar.

Kecacatan Yang Membawa Tuah 

Astrologi pula menyimpulkan sebagai ciri bertuah. Bukan hanya di India tetapi negara-negara asing seperti Perancis ada frasa tentang ini yang disebut “dents du bonheur”, yang diterjemahkan “lucky teeth”.

Di Nigeria, gigi jarang menandakan kecantikan dan keuntungan. Di Afrika Barat pula adalah simbol kekayaan.

Foto – Insider

Gigi jarang juga mendedahkan beberapa faktor mengenai keperibadian seseorang. Orang yang mempunyai ciri ini dikatakan sangat kreatif dan intelektual. Sifat adventure dalam diri menyebabkan mereka selalu bersedia untuk sebarang pengalaman serta  ekspedisi.

Mereka umumnya petah berbicara dan bersedia dalam bersedia. Sifat daring mereka mendorong diri untuk tetap kuat dalam apa jua situasi yang berlaku.

Foto – Harper Bazaar

Mereka juga sangat bertanggungjawab, dan tidak pernah mengatakan tidak pada tugas yang sesuai dengan mereka. Lebih-lebih lagi, mereka handal dalam menguruskan hal kewangan. Pengurusan wang adalah sesuatu yang boleh dihadapinya dengan baik.

Memang ada baiknya, tapi jika anda rasa kurang keyakinan, tidak salah merubahnya. Pergigian kosmetik dapat memperbaiki semua perkara yang anda tidak suka mengenai gigi anda. Anda hanya perlu memutuskan apa yang anda sukadan apa yang tidak anda gemari.

IKLAN
Foto – Easysmile

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1, 2, 3

Tags: gap between teethgigi jaranggigi jurangjurang pada gigikenapa gigi jarangorang gigi jarang
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan