Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Hiburan

Nampak Happy, Tapi Sebenarnya 6 Selebriti Ini Paling Sunyi

by Sofie Azizlan
December 11, 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Nampak best sangat kehidupan selebriti apabila mereka kongsikan di media sosial seperti Instagram, Snapchat dan Twitter.

Daripada rutin harian, makanan yang dimakan sehinggalah hobi mereka, hampir kesemua perkara kamu boleh tahu dengan terperinci tentang selebriti-selebriti kegemaran kamu.

Selain mendapat perhatian daripada hampir keseluruhan peminat di serata negara, sebenarnya beberapa selebriti ini mengaku mereka sebenarnya mereka berasa sunyi.

IKLAN

Tahukah kamu, kajian ada mengatakan mereka yang sering berkongsi hampir keseluruhan hidupnya di media sosial sebenarnya ia tanda mereka sunyi. Jadi siapakah selebriti itu?

G-Dragon (BIGBANG)

Siapa sangka selebriti terkenal ini yang sering menggembirakan para peminatnya sebenarnya dia paling kesunyian dalam hidupnya?

Foto – Pinterest

Menerusi rancangan televisyen Happy Together, G-Dragon ada mengatakan dia berasa sangat sunyi setelah menamatkan konsert kerana kesemua ahli kumpulannya terus pulang ke bilik masing-masing.

Walaupun ramai yang menganggap mereka pasti berhibur dalam sebuah pesta selepas konsert, sebenarnya tiada perkara begitu.

Sung-kyu (INFINITE)

Kalau ada yang menganggap memilih jalan menjadi selebriti itu sebenarnya mempunyai masa depan yang cerah, sebenarnya tidak juga kerana ia bergantung pada seseorang individu itu.

Foto – Pinterest / Allkpop

Seperti Sung-kyu, dia sering berasa risau tentang masa depannya dan bertanya kepada diri sendiri sama ada peminatnya akan tetap ada atau tidak untuk setiap konsert yang diadakan.

“Setelah habis konsert, saya akan mula risau memikirkan tentang peminat. Adakah mereka akan menyokong saya di masa akan datang sama seperti sekarang? Saya rasa mereka tidak akan menyokong.”

Taeyeon (GIRLS GENERATION)

Sering mendapat perhatian dari setiap peminat di seluruh negara, tetapi Taeyeon mengatakan menjadi penyanyi sebenarnya satu pekerjaan yang paling sunyi dalam dunia.

IKLAN
Foto – Pinterest

Bagi Taeyeon dia sering berasa paling sunyi sebaik sahaja turun daripada pentas. Terutamanya apabila dia tidak sempat menunjukkan apa yang telah dia sediakan setelah beberapa bulan berlatih.

“Saya berasa sedih dan kosong apabila pulang ke bilik hotel dan melihat keadaan bilik yang kosong tidak seperti di konsert. Berada bersama ribuan orang membuatkan saya rasa gembira.”

IU 

Dalam salah satu episod rancangan televisyen Healing Camp, IU memberitahu dia sering berasa sunyi dan stress. Sejak daripada itu, dia sering rasa lapar dan makan secara berlebihan sehingga muntah.

Foto – Pinterest / Twitter

Akibat daripada situasi itu, dia mula tidak mempercayai dan membenci dirinya sehingga dia menjadi depression.

SUZY 

Rakan baik Suzy mula menyedari sebenarnya Suzy mengalami depression. Ini kerana apabila mereka sering keluar dan menghabiskan masa bersama, Suzy akan mula menangis untuk satu ketika.

Foto – Pinterest

“Rakan saya menjadi terkejut kerana kami sedang bergembira dan kemudiannya saya menangis secara tiba-tiba. Sejak daripada itu, saya dan rakan baru tahu sebenarnya ia adalah tanda depression.”

Sejak daripada itu, Suzy membuka apa yang disimpannya selama ini. Dari situlah dia mula berkongsi dan berasa lebih baik daripada sebelumnya.

BoA

Apabila menjadi penyanyi, sudah semestinya seseorang itu memerlukan latihan yang banyak sehingga tiada rehat.

Foto – Pinterest

Seperti BoA, disebabkan oleh banyak latihan yang dilakukan sebagai penyanyi membuatkannya tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup.

Adrenalin yang dia dapat daripada latihan yang dilakukannya hampir 24 jam sehari membuatkannya tidak boleh tidur pada waktu malam kerana kitaran tidur sudah terganggu.

“Sudah beberapa malam saya tidak tidur sehingga matahari mula keluar semula untuk hari yang baru. Setiap kali perkara begini terjadi, saya akan rasa pelik dan sangat sunyi.”

Walaupun selebriti-selebriti ini sering mengukir senyuman untuk para peminatnya, tiada siapa tahu sama ada mereka okay atau tidak.

RUJUKAN: 1, 2

Tags: k-pop idolk-pop idol sunyiselebriti paling sunyi di duniaselebriti sunyi
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan