Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

12 Jenis Hadiah Hari Krismas Ini Boleh Jadikan Kamu Santa Express!

by Sofie Azizlan
December 11, 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Ho! Ho! Merry Christmas!

Tidak lengkaplah hari Krismas jika tiada hadiah dan Santa. Walaupun kita tidak dapat menyambut hari Krismas seperti sebelum ini, kamu jangan risau!

Hari Krismas pada tahun ini pasti menjadi lebih istimewa kerana kamu akan mencari peluang untuk berkumpul dan bertukar hadiah selain menyambutnya bersama-sama.

IKLAN

Jadi kamu sudah beli hadiah atau belum? Jika belum, pertimbangkan 12 jenis hadiah di bawah sebagai hadiah hari Krismas yang paling bermakna buat kamu dan mereka.

A+P Luna Rossa 21 Sneaker [BELI]

Kolaborasi di antara Adidas dan Prada telah menghasilkan sepasang sneaker yang sangat menakjubkan!

Foto – Arkib Wanista

Mendapat perhatian seluruh dunia, A+P Luna Rossa 21 Sneaker adalah ultra-lightweight dan direka khas untuk fleksibiliti dan ketahan.

Harga: RM2,820 

Lokasi : Adidas Originals, Lot. 4.10.02, Level 4, Pavilion, KL

Diptyque Advent Calendar [BELI]

Siapa yang tidak mahukan advent calendar yang mempunyai hampir 25 kejutan di dalamnya?

Foto – Arkib Wanista

Kolaborasi antara Parfumerie Maison Diptyque dengan artis Paris iaitu Ugo Gattoni telah menghasilkan ilustri yang terperinci pada Diptyque Advent Calendar.

Antaranya kejutan yang boleh diperolehi melalui advent calendar ini adalah lilin wangi, hiasan natal serta minyak wangi.

IKLAN

Harga: RM 1725.32

Lokasi: Diptyque, Lot.3.04.00, Level 3, Pavilion KL 

Disney X Kate Spade New York Minnie Mouse Medium Satchel [BELI]

Klasik dan cantik, tidak pernah lapuk fesyen polka dots. Bagi peminat Disney, jangan lepaskan peluang kamu untuk mendapatkan handbag hasil kolaborasi Disney dan Kate Spade ini.

Foto – Arkib Wanista

Menampilkan signature style Minnie Mouse iaitu polka dots, semestinya Hari Krismas kamu akan sentiasa ceria sepanjang hari!

Harga: RM 797.93

Lokasi: Kate Spade, Lot 2.06.00, Level 2, Pavilion KL

Annual Edition Ornament Set 2020 [BELI]

Tidak lengkap pokok Krismas jika tiada perhiasan di atasnya. Bagi kamu yang menyukai hiasan, jangan lupa untuk dapatkan Anual Edition Ornament Set 2020 daripada Swarovski ini.

Foto – Arkib Wanista

Diilhamkan oleh kepingan salji, Swarovski telah mengeluarkan dua hiasan Little Snowflakes yang berkilauan dengan kilauan khas Swarovski.

Harga: RM 599

Lokasi: Swarovski, Lot.4.32.00, Level 4, Pavilion KL

Pod Amplifier By Royal Selangor [BELI]

Seronok bukan kalau mendengar lagu-lagu Krismas atau lagu pilihan kamu dengan menggunakan Pod Amplifier By Royal Selangor ini.

Foto – Arkib Wanista

Diinspirasikan daripada retro speaker mesh pada zaman kegemilangan radio dahulu, ia pasti menjadikan Hari Krismas kamu paling bermakna. Yang paling best, speaker ini boleh diukir dengan nama kamu!

Harga: RM 350

Lokasi: Royal Selangor, Lot 3.01.06 & C3.10.01A, Level 3, Pavilion KL

Limited Edition Harry Potter Collectibles [BELI]

Berita gembira untuk peminat Harry Potter! Kamu boleh memberi atau membeli Limited Edition Harry Potter Collectibles. 

Foto – Arkib Wanista

Patung-patung yang mempunyai ukiran terperinci sehingga ke replika tongkat sihit Harry Potter ini pasti dapat menggembirakan dan menjadikan hari Krismas sangat bermakna.

Harga: RM 120 – RM 590

Lokasi: Royal Selangor, Lot 3.01.06 & C3.10.01A, Level 3, Pavilion KL

DIVINE Dancing Diamond Snowflake By Minimalist Lab [BELI]

Kepingan salji sebagai simbol hari Krismas, kamu boleh dapatkan rantai leher yang berbentuk kepingan salji ini daripada Minimalist Lab.

Foto – Arkib Wanista

Rantai leher yang menampilkan kepingan salji ini kelihatan seperti menari ketika bergerak dan ianya memberikan sinaran dan kilauan yang sangat cantik. Kamu juga boleh padankan ia dengan pelbagai jenis pakaian pada hari Krismas.

Harga: RM 188

Lokasi: Minimalist Lab, Lot P6.24.00, Level 6, Pavilion KL 

Christmas Bath Set [BELI]

Tidak sempat untuk memanjakan diri sebelum hari Krismas tiba? Jangan risau, kamu boleh berehat dan bersantai dengan Wunderbath’s Christmas yang istimewa ini.

Foto – Arkib Wanista

Dari sabun yang bertemakan Krismas, bath bombs dan produk penjagaan kulit, kamu pasti berbau sangat harum dan kelihatan cantik sepanjang hari Krismas!

Harga: RM 13.90 – RM  120

Lokasi: Wunderbath, GF-12, Da Men USJ

Home-baked Christmas Goodies 

Jika lihat filem-filem hari Krismas, kamu boleh lihat pelbagai jenis makanan manis dihidangkan. Nampak sedap bukan?

Foto – Arkib Wanista

Sesuai untuk kamu yang sukakan manisan home-baked, dapatkan Home-Baked Christmas Goodies daripada Charity Christmas Bazaar yang dapat memberikan kegembiraan kepada sesiapa sahaja yang memakannya.

Lokasi: Charity Christmas Bazaar, Da Men USJ, 1st floor

Christmas Bundles 

Kenapa beli satu hadiah sedangkan kamu boleh beli dalam kuantiti banyak untuk harga yang menjimatkan?

Foto – Arkib Wanista

Jangan risau, kamu boleh dapatkan set hadiah A Day’s Christmas daripada artisan yang berbakat dalam menghasilkan hadiah yang sesuai untuk semua jenis orang.

Harga: RM 50 

Lokasi: A Day, Ground Floor, Intermark Mall

Handmade Soap [BELI]

Selain membeli, kamu dapat menjaga alam sekitar. Buat pencinta alam sekitar, kamu boleh dapatkan sabun buatan tangan ini.

Foto – Arkib Wanista

Diperbuat daripada zero waste, sabun buatan tangan ini bukan sahaja mesra alam malah lebih wangi daripada sabun-sabun di pasaran.

Harga: RM 22.80

Lokasi: The Hive, Concourse, Intermark Mall

Customisable Face Masks

Selain menyambut kedatangan hari Krismas, ramai orang tahu negara lagi masih dilanda dengan penularan wabak Covid-19 dan pemakaian face mask sangat wajib bagi mencegahnya.

Foto – Arkib Wanista

Buat kamu yang inginkan face mask yang lain daripada yang lain, kamu boleh dapatkan customisable face masks daripada Da Men’s Charity Christmas Bazaar.

Kamu boleh sesuaikan face mask tersebut dengan design yang disukai. Selain membeli kamu juga menderma di mana sebanyak 20% pembelian akan disumbangkan kepada Kiwanis Club Kota Kemuning.

Lokasi: Charity Christmas Bazaar, Da Men USJ, 1st floor 

Walaupun hari Krismas pada kali ini kelihatan sedikit berbeza daripada sebelum ini, tetapi ia tidak menghalang kamu untuk memberi dan menerima hadiah.

12 pilihan hadiah yang disenaraikan pasti dapat membantu kamu menceriakan hari Krismas pada tahun ini.

Tags: christmas dayHadiah Hari Krismashadiah santa claushari krismashari krismas dan santasanta claus
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan