Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kembara

Ada Apa Di Pantai Timur, Ini Destinasi Menarik Untuk Kamu Kunjungi

by Mas Idayu
December 12, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Syoknya dah boleh rentas negeri sekarang ini, ngam-ngam pula hujung tahun macam ini memang terbaik kalau pergi bercuti di sekitar kawasan Pantai Timur.

Tapi apa yang ada di kawasan Pantai Timur, ada ke tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi? Nah jom teroka bersama penulis di bawah, mungkin ada diantara destinasi ini bakal menjadi pilihan kamu untuk bercuti nanti.

Pahang

#1 Bukit Tinggi

Foto – Arkib Wanista

Tak dapat berjalan ke Perancis sebab Covid-19? Jangan risau kerana di Bukit Tinggi, Pahang ini akan buatkan kamu berada seperti di perkampungan Perancis dengan pelbagai tarikan menarik.

Memang tak rugi berjalan di sini, tidak kira kamu bergerak secara berkumpulan ataupun solo Bukit Tinggi, Pahang adalah destinasi terbaik untuk kamu kunjungi.

Destinasi: Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Media Sosial: Website,

#2 Natural Batik Village

Foto – Facebook Natural Batik Village

Nak cuba dan beli barangan yang diperbuat daripada batik seperti topi, baju, kain sarung, skarf, atau perhiasan dinding dengan harga yang murah dan beratutan.

Maka kamu perlu berkunjung ke Natural Batik Village ini, serius memang berbaloi untuk kamu teroka kampung ini apatah lagi kamu juga boleh membawa pulang hasil kraf batik buatan sendiri.

Destinasi: Lot 4898, Batu 9 1/2, Jalan Kemaman, Kampung Chengal Lempong, 26100 Balok, Kuantan, Pahang.

Media Sosial: Facebook,

Kelantan

#3 Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Foto – Arkib Wanista

Bagi yang bercuti di Kelantan, kamu perlu jejak ke Zon Bebas Cukai di Kompleks Rantau Panjang kerana ini adalah syurga buat kaki membeli-belah.

Boleh dikatakan banyak barang yang kamu nak beli di bandar tetapi harga mahal, nah di Zon Bebas Cukai Rantau panjang ini adalah lokasi terbaik untuk kamu dapatkan barangan dengan harga mudah dan rendah!

Destinasi: Jalan Hilir Pasar, Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan.

IKLAN

#4 Jambatan Keretapi Guillemard

Foto – Arkib Wanista

Bagi yang jenis kaki swafoto pastinya kamu ingin mencari lokasi yang bukan saja cantik untuk menangkap foto diri, tetapi juga dapat menikmati pemandangan yang menarik bukan.

Nah, di Jambatan Keretapi Guillemard ini merupakan latarbelakang terbaik untuk kamu ketika bersawafoto, apatah lagi jambatan ini juga kaya dengan sejarah zaman perang sememangnya antara destinasi yang berbaloi untuk kamu kunjungi tatkala bercuti di Kelantan.

Destinasi: Jalan Kampung Kursial, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

Terengganu

#5 Kampung Losong

Foto – Arkib Wanista

Kalau kamu bercuti ke Bandar Kuala Terengganu, jangan lupa singgah ke Kampung Losong yang hanya memakan masa 10 minit perjalanan untuk menikmatik keropok losong di perkampungan tersebut.

Keropok lekor losong yang dihasilkan di kampung ini pasti akan membuatkan kamu ingin memborong banyak-banyak keropok lekor losong tersebut!

Destinasi: Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu.

#6 Chinatown Terengganu

Foto – Arkib Wanista

Chinatown Terengganu juga dikenali sebagai World Heritage Lane ini kaya dengan bangunan sejarah zaman kolonial dahulu-kala yang masih kukuh, dan ia menjadi tarikan ramai pelancong tempatan dan juga luar negara.

Sememangnya destinasi yang wajib untuk kamu terokai tatkala berjalan di Kuala Terengganu, serta nikmati makanan lokal yang halal dan lazat di sini.

Destinasi: Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu.

#7 Pantai Teluk Bidara

Foto – William Harald

Sekali-sekali, cuti mata dan rehatkan minda dengan menghadap laut serta pasir pantai yang bersih di Pantai Teluk Bidara ini bagus juga.

Tenangkan jiwa raga dengan keindahan alam semulajadi di pantai ini, akan membuatkan percutian kamu jadi lebih bermakna.

Destinasi: Pantai Teluk Bidara, Dungun, Terengganu.

Foto – Forbes

Jom bawa keluarga, rakan-rakan ataupun bergerak secara solo dengan mengunjungi tempat-tempat menarik di sekitar kawasan Pantai Timur Malaysia ini.

Memang tak rugi dan paling penting dapat luaskan memandangan mata dengan menjelajah ke tempat-tempat yang belum kamu terokai.

Selamat berjalan!

Tags: Ada Apa Di Pantai Timur MalaysiaCuti-Cuti Pantai TimurDestinasi Percutian Pantai TimurJalan-Jalan Pantai TimurKembara Ke Pantai TimurPantai Timur MalaysiaTempat Menarik Di Pantai Timur
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.