Carian Google 2020 menunjukkan orang Malaysia paling gemar mencari resepi makanan. Hal ini mungkin berikutan pandemik Covid-19 yang memaksa kita duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Bagi mengisi masa lapang, rata-rata rakyat Malaysia sakan mencuba pelbagai resepi. Tiga tempat teratas menjadi milik Dalgona Coffee, Dalgona Milo dan Lotus Biscoff Cheesecake.
Resepi Dalgona mungkin kita dah khatam, tapi Lotus Biscoff Cheesecake. Apa menariknya dan kenapa ramai betul shopping biskut di Shopee?
Rasa Biskut Lotus Biscoff
Lotus Biscoff adalah biskut rangup yang rasanya membuatkan kita ketagih. Rasa brown sugar, caramel unik yang disukai seluruh dunia – manis dan buttery.
- Foto – Shopee
Sangat sesuai dengan secawan kopi tetapi lebih enak jika dimakan begitu saja.
Jangan Risau, Ada Sijil Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan syarikat pengeluar biskut jenama Lotus Biscoff, Lotus Bakeries adalah pemegang sijil halal dari Halal Food Council of Europe.
“Kami kerap menerima pertanyaan daripada pengguna di media sosial berkaitan status halal produk biskut tersebut ekoran tersebarnya sijil pengesahan halal dari Halal Food Council of Europe dan dijual secara dalam talian.
Resepi Paling Senang, Hanya Guna 4 Bahan
Seorang baker telah mendedahkan resepi serba ringkas untuk Lotus Biscoff Cheesecake, dan anda hanya memerlukan empat bahan sahaja.
- Biskut Biscoff & Biscoff Spread bahan utama nak buat kek
Anda perlukan :
- Soft Cheese
- Butter
- Lotus Biscoff Biscuits
- Biscoff Spread
Untuk membuat cheesecake, hancurkan biskut (semakin banyak anda guna semakin besar asasnya). Selepas itu cairkan mentega dan campurkan bersama biskut hancur. Gaulkan keduanya.
Dalam loyang, masukkan crust tadi. Lenyek-lenyekkan dia. Biarkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.
Kemudian combine soft cheese (boleh guna mascarpone atau philadelphia) dengan biscoff spread. Kacau dengan sebati. Tuang adunan dalam loyang crust tadi. Biarkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Lepas itu, bolehlah hias dengan biskut yang telah dihancurkan di atasnya.
- Foto – Pinterest
Mudahkan. Nak beli Lotus Biscoff, cari di Shopee, ada banyak pilihan yang murah.
Selamat Mencuba!