Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Lelaki Vietnam Derma Sperma Pada Wanita Australia, Kini Miliki 23 Anak

by Mas Idayu
December 13, 2020
Foto - Daily Mail

Foto - Daily Mail

30
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang lelaki Vietnam berusia 40 tahun menderma spermanya dan dalam masa setahun miliki 23 orang anak hasil dari sperma yang didermanya kepada wanita Australia.

Berita ini sangat mengejutkan orang ramai, kerana dalam masa setahun saja lelaki ini mampu ‘mengandungkan’ wanita menerusi sperma yang didermakannya.

Satu-Satunya Lelaki Keturunan Vietnam Menderma Sperma Di Australia

Alan Phan merupakan satu-satunya lelaki berketuranan Vietnam yang menderma spermanya di klinik IVF yang dikenali sebagai klinik Number 1 Fertility yang terletak di Melbourne, Australia.

Foto - Pinterest

Rumah Sekangkang Kera, Tiru Cara Dekorasi Orang Vietnam

March 12, 2021
Foto - Pinterest

Patutlah Negara Vietnam Tak Ramai Orang Gemuk, Ini Sebabnya

February 22, 2021
Foto – Next Shark

Alan membuat keputusan untuk menderma sperma, selepas melawati klinik persenyawaan bersama isterinya untuk cuba mendapatkan anak kedua mereka.

Alan menyangkakan dirinya mandul tetapi setelah membuat pemeriksaan yang dirinya tidak mempunyai masalah, kemudian membuat keputusan untuk menderma sperma kepada wanita yang ‘memerlukannya’.

Ramai Wanita Australia Beratur Mahukan Sperma Alan

Foto – Daily Mail

Apa yang menariknya berita dari mulut ke mulut mengenai sperma Alan tersebar dan ramai wanita beratur mahukan sperma dari Alan kerana etnik asia dan peratusan untuk memiliki zuriat sangat tinggi.

IKLAN

Sanggup Jaga Makan Dan Bersenam Semata-Mata Mahu Menderma Sperma Sihat

Foto – Daily Mail

Untuk memastikan sperma yang didermanya sihat, Alan mula menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang menyihatkan tubuh serta mengambil vitamin.

Alan juga mula melakukan senaman secara harian untuk memastikan tubuhnya memiliki stamina yang cukup untuk ‘menderma’ sperma kepada wanita yang menghubunginya untuk dapatkan zuriat.

Terhad Derma Kepada 10 Orang Wanita Sahaja

Foto – Green Lemon

Undang-udang Victoria menghadkan seorang lelaki hanya boleh menderma sperma kepada 10 orang wanita sahaja, tetapi Alan telah melanggar undang-undang tersebut dan kini dalam masa setahun saja dirinya telah memiliki lebih kurang 23 orang anak bersama wanita lain.

Selebihnya Derma Sperma Luar Klinik

Seperti kebanyakan penderma sperma lain apabila mereka mencapai had limit untuk menderma sperma kepada wanita menerusi seks, maka mereka memilih untuk meneruskan ‘perniagaan’ derma sperma di luar klinik dan itulah yang dilakukan oleh Alan.

Foto – Newstrack

Dirinya sedar bahawa telah mencapai had limit tetapi berasa sukar untuk menolak permintaan sesetengah wanita yang inginkan zuriat.

Apalah perasaan isteri Alan agaknya, melihat suami sendiri meniduri wanita lain dengan nama inginkan zuriat? Macam-macam betul manusia sekarang ini.

Rujukan: 1, 2,

Tags: Alan PhanAustraliaLelaki Vietnam Derma SpermaMiliki 23 Anak Hasil Derma SpermaPenderma Spermavietnam
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.