Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Didik Anak Cara Jepun, Cara Ini Boleh Jadikan Mereka Bijak

by Sofie Azizlan
December 14, 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Bercakap tentang cara yang betul untuk mendidik anak supaya menjadi bijak dan orang yang berguna, pelbagai jenis tips yang ibu bapa boleh dapat.

Dari media sosial, mendengar motivasi sehinggalah bertukar pendapat dengan rakan. Ibu bapa pasti letih dan keliru untuk mengikuti tips yang terbaik dan sesuai untuk anak mereka.

Untuk ibu bapa, cuba jadikan ibu bapa di Jepun sebagai contoh dalam mendidik anak mereka. Orang di Jepun terkenal dengan sifat rajinnya, cepat untuk belajar dan bijak. Ini kerana mereka sangat berdisplin dan bersungguh-sungguh dalam apa yang dilakukan.

IKLAN

Jadi kamu boleh ikut dan amalkan tips yang mudah ini daripada ibu bapa di Jepun untuk tahu bagaimana caranya untuk menjadikan anak-anak bijak.

Rangsang Otak Kanan

Kenapa ibu bapa di Jepun sering menggunakan teknik rangsangan otak kanan? Kalau kamu nak tahu, otak kanan berfungsi dalam menghasilkan tahap kreativiti yang tinggi. Manakala otak kiri membuatkan seseorang itu mahir dalam kira-kira dan fakta.

Foto – Right Brain Kids

Rangsangan pada otak kanan dapat membuatkan seorang kanak-kanak itu menjadi lebih ligat dalam menghasilkan kreativiti tersendiri dan membuatkannya menjadi pintar. Ini kerana otak kanan tidak melibatkan perkataan dan ianya bersifat jangka panjang atau long term memory.

Gunakan Waktu Tidur

Ketika kamu melihat anak baru mahu tidur atau dalam ‘tidur-tidur ayam’, ibu bapa perlu gunakan waktu ini. Kerana pada waktu ini, otak kanan masih lagi bekerja berbanding dengan otak kiri.

Foto – ADDtitude

Jadi kamu sebagai ibu bapa perlu berbisik pada telinga anak tentang perkara-perkara yang positif atau perkara tentangnya yang membanggakan kamu. Apabila kamu melakukan perkara begini, ia dapat merangsang otak kanannya untuk berimaginasi dan menjadi kreatif.

Teknik Bermain

Kalau anak kamu suka melukis, berwarna atau bermain sama ada dengan tanah liat, kertas atau apa-apa sahaja, biarkan mereka bermain. Situasi ini adalah salah satu cara yang menunjukkan hasil rangsangan otak kanak mereka.

Foto – Quora

Terdapat kajian yang dilakukan pada orang Jepun dan Cina menunjukkan penyepit makanan boleh membantu otak kanan bergerak dan mengaktifkan saraf tangan. Jadi sebagai ibu bapa, tidak salah kalau kamu ajar anak untuk menggunakan penyepit makanan sebagai salah satu alternatif.

Berimaginasi

Kanak-kanak dan imaginasi mereka tidak dapat dipisahkan. Kalau anak-anak kamu sedang bercerita tentang imaginasi mereka, kamu perlu memberikan perhatian dan respons.

IKLAN
Foto – Little Dilemmas

Sebagai ibu bapa, kamu tidak boleh mengatakan imaginasi mereka sebagai satu perkara yang mengarut tetapi luangkan masa bersama mereka untuk mendengarnya. Kanak-kanak yang mempunyai imaginasi yang baik dan pelbagai dapat menggerakkan otak kanan untuk lebih aktif.

Teknik Teka-Teki

Kanak-kanak yang bermain teka-teki akan menjadikan mereka sebagai seorang individu yang unik. Dalam pada masa yang sama, teknik teka-teki ini membuatkan minda mereka lebih tajam dan berfungsi dengan pantas.

Foto – Character Options

Dalam proses menyelesaikan teka-teki, otak mereka akan menjadi cerdas dan berkembang selain mengajar untuk menjadi lebih sabar. Kesannya, teknik ini juga membuatkan otak kanan mula berfikir dan menjadi aktif.

Jangan Menengking Anak

Tidak salah untuk kamu memarahi anak tetapi jangan sampai menengking mereka. Jika kamu menengking, anak akan menyimpan semua perkataan yang dikatakan oleh kamu menerusi otak kanannya.

Foto – Psychology Today

Kalau kamu mahu tahu, tengkingan boleh membunuh sel otak yang lebih daripada 1 juta sel. Selain itu, tengkingan juga dapat mengganggu fungsi organ terpenting dalam tubuh anak seperti hati dan jantung.

Walaupun setiap anak berbeza cara pembelajaran, kamu sebagai ibu bapa tidak boleh memilih untuk melayan setiap anak dengan cara yang berbeza. Jika kamu lakukan hal sebegini, kamu perlu ubahnya.

Setiap anak mempunyai keistimewaan tersendiri yang kamu tidak tahu dan tidak salah untuk gunakan tips ibu bapa di Jepun ini untuk mendidik setiap anak kamu dengan cara yang sama.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: cara ibu bapa di jepun didik anakcara mendidik anak ikut ibu bapa jepunibu bapa di jepunibu bapa jepun didik anaktips didik anaktips ibu bapa jepun
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan