Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Sangat Bahaya Kalau Api Dapur Gas Kamu Berwarna Ini…

by Sofie Azizlan
December 15, 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi wanita, hampir setiap hari mereka akan memasak. Sambil memasak itu, pernah atau tidak kamu mengintai warna api di dapur gas?

Jika kamu perasan, selalunya ia akan berwarna biru. Tetapi kadang kala ia akan menjadi warna kuning, jingga dan merah. Hairan bukan?

Kalau kamu nak tahu, setiap warna yang dikeluarkan oleh api di dapur gas membawa maksud tersendiri. Sama ada ianya bahaya atau tidak untuk kamu.

IKLAN

Jadi apa maksud disebalik setiap warna api di dapur gas kamu?

Warna Biru 

Tengah memasak dan intai dapur gas ternampak api berwarna biru bermaksud dapur gas kamu sebenarnya dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan. Api yang berwarna biru membawa maksud kepada jumlah gas dan oksigen yang betul digunakan untuk pembakaran sempurna.

Foto – General Parts

Mempunyai suhu melebihi 1500°C membuatkan api warna biru ini tidak mengandungi gas beracun iaitu karbon monoksida. Selain itu, api ini juga tidak menghasilkan jelaga dan asap.

Warna Jingga Atau Kuning 

Mempunyai suhu dari 1000°C sehingga 1200°C menunjukkan pembakaran tidak berlaku dengan sempurna. Apabila ia berlaku pembakaran tidak sempurna, rumah kamu boleh jadi tempat pengumpulan gas karbon monoksida.

Foto – Pinterest

Jika api dapur gas berwarna ini, tutup dapur gas dan tinggalkan rumah seketika. Ini kerana kita tidak boleh menghidu bau dan melihat karbon monoksida jadi penting untuk meletakkan penggera karbon monoksida atau menelefon juruteknik gas bagi memeriksa dapur gas kamu.

Bahaya gas karbon monoksida ini boleh boleh menggantikan oksigen dalam darah ketika bernafas dan bergerak ke jantung, otak dan organ penting yang memerlukan oksigen. Dan ia boleh membuatkan kamu pengsan atau mati lemas.

Warna Merah 

Api berwarna merah ini menunjukkan ia kekurangan oksigen dan menyebabkan pembakaran yang tidak lengkap. Mempunyai suhu hanya sekitar 1000°C, ia adalah api yang berada di luar dan tidak panas berbanding yang lain.

IKLAN
Foto – Diginomica

Jumlah gas karbon monoksida yang yang terdapat dalam api berwarna merah ini lebih tinggi berbanding dengan api yang berwarna kuning atau jingga.

Dalam pada masa yang sama jika kamu memasak menggunakan api ini, ia akan membuatkan periuk kamu berjelaga. Tambahan pula, warna api berwarna merah ini menjadi petanda bahawa gas dalam tong kamu sudah berkurangan dan hampir kehabisan.

Kenapa Warna Api Gas Boleh Berlainan?

Kalau semalam api berwarna biru dan hari ini menjadi berwarna kuning atau merah, kamu perlu tahu ia terjadi disebabkan oleh aliran udara dan gas.

Foto – Pinterest / Info Bae

Aliran ini sedikit sebanyak mempengaruhi jumlah karbon monoksida yang ada di udara. Jika warna api ini berubah ia menjadi petunjuk sama ada masalah terhadap dapur gas atau burner.

Tukar Kembali Ke Api Berwarna Biru 

Sebelum kamu menukar api dapur gas kamu, pastikan langkah-langkah keselamatan diambil.

Foto – Shutter Stock

Untuk pengetahuan kamu, api berwarna kuning, jingga dan merah boleh diperbaiki untuk kembali ke warna biru dengan beberapa langkah ini:

  1. Laraskan kembali burner sehingga api berwarna kuning, jingga atau merah hilang dan menjadi warna biru.
  2. Jika gas tidak menyala, berkemungkinan tiub gas tersumbat dengan serpihan makanan dan perlu dibersihkan.
  3. Percikan berlaku ketika menyalakan dapur gas bermaksud kamu perlu tukar modul pada dapur gas.
  4. Laluan udara tersekat atau tidak disesuaikan dengan betul. Kamu boleh betulkannya dengan melaraskan tombol.

Jika kamu melihat dapur gas dan hairan kenapa warna-warna gas ini berubah, kamu boleh baikinya dengan sendiri. Tetapi untuk keselamatan, kamu boleh menelefon juruteknik gas yang berlesen untuk melakukannya.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4, 5

Tags: api gasbahaya api gasmaksud api gasmaksud warna api gaswarna api gaswarna api gas yang bahaya
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan