Adakah kamu seorang pervert atau erti kata lain seseorang yang mempunyai keinginan seksualiti yang tinggi?
Ramai yang menyangka bahawa dirnya seorang yang mempunyai tahap seksualiti yang biasa-biasa saja, tapi apabila diselidiki dengan lebih mendalam ia menunjukan sebaliknya.
Ingin tahu sama ada kamu seorang pervert yang mempunyai keinginan seksualiti yang tinggi atau tidak, ikuti semuanya dalam video YouTube Giggle yang memaparkan Korea Pervert Test di bawah.
#1 Lukis Ular
- Foto – Arkib Wanista
Ingin melihat sedalam mana keinginan seksual yang terdapat dalam diri kamu, apa yang perlu kamu lakukan adalah ambil sehelai kertas putih bersaiz A4 dan mula melukis gambar ular.
Dah selesai melukis gambar ular, kamu boleh semak maksud lukisan menerusi analisis di bawah.
Analisis Lukisan:
- Kepala ular – Jika kamu melukis kepala ular lebih dari satu menunjukkan, keinginan diri terhadap berlainan jantina sangat tinggi.
- Corak atau sisik pada badan ular – Jika kamu melukis corak atau sisik pada badan ular, menunjukan kamu melayan berlainan jantina secara kasar atau miliki kehidupan seks tanpa henti.
- Saiz lukisan ular – Lagi besar saiz lukisan ular, lagi tinggi keinginan seksualiti diri.
- Lidah ular – Jika lidah ular bercabang, menunjukan kamu memang seorang pervert.
#2 Darah Mengalir Pada Siling Dinding
- Foto – Atmos FX
Soalan:
Jika kamu terperangkap dalam sebuah bilik putih dan mendapati terdapat darah mengalir keluar dari siling, kemudian kamu tidur bersama baldi yang menadah darah yang mengalir tersebut.
Apabila kamu bangun pada keesokan paginya, berapa banyak darah yang terdapat dalam baldi tersebut?
Analisis jawapan:
- Jika kamu memberi jawapan darah dalam baldi melimpah-ruah menunjukan, jumlah seksualiti kamu sangat tinggi hingga melimpah-ruah.
- Jika kamu memberi jawapan darah dalam baldi penuh dan hampir nak tumpah, ini bererti jumlah seksualiti kamu adalah sama seperti jumlah darah dalam baldi tersebut.
#3 Situasi Semasa Memancing
- Foto – Leisure Pro
Soalan 1:
Bayangkan kamu sedang memancing secara santai kemudian alat memancing tiba-tiba mula bergerak, lihat pada alat memancing tersebut bagaimana pergerakan itu mula bergerak.
Analisis Jawapan:
- Jika kamu memberi jawapan alat memancing bergerak secara ganas atau pun.
- Jika kamu memberi jawapan alat memancing bergerak secara berdetik (ticking) seketika.
Untuk makluman darjah pergerakan pada alat memancing menunjukan darjah kamu menipu atau curang terhadap pasangan.
Soalan 2:
Apabila ikan memakan umpan pada mata kail, bagaimana kamu rasa pergerakan ikan semasa memakan umpan pada mata kail kamu?
Analisis Jawapan:
- Jika kamu memberi jawapan pergerakan ikan dalam air adalah kiri kanan atau pun.
- Jika kamu memberi jawapan pergerakan ikan sangat melampau (overwhelmed).
Jenis pergerakan ikan menunjukan bagaimana atau berapa kali perasaan kamu tersentuh terhadap nikmat seksualiti.
#4 Pilih Menu Makanan
- Foto – Arkib Wanista
Ini antara beberapa pilihan menu makanan untuk menganalisa keinginan seksualiti diri kamu, pilih satu jawapan sahaja:
- Daging steak dari restoran mewah
- Penkek (penkek Korea) dari pasaraya
- Aneka menu di buffet
- Masakan yang dimasak di rumah
Analisis Jawapan:
- Jika kamu memilih penkek, keinginan seksual kamu hanya sedikit sahaja.
- Jika kamu memilih buffet, kamu ingin miliki banyak kekasih atau pasangan dan memiliki keinginan seks yang banyak.
- Jika kamu memilih steak, menunjukan kamu tidak kisah berhubungan dengan sesiapa saja asalkan dapat melepaskan keinginan diri (seks).
- Jika kamu memilih masakan dari rumah, kamu utamakan perkahwinan dahulu sebelum keinginan seksual diri.
#5 Baiki Bilik Air
- Foto – Pro Home Adviser
Soalan:
Rumah kamu memiliki bilik air lama dan kamu hanya boleh baiki satu benda sahaja di dalam bilik air tersebut, jadi yang mana satu kamu akan baiki?
- Alat pemanas air
- Jubin di dinding dan lantai bilik air
- Bathtub yang tersumbat
- Tingkap kecil bilik air
Analisis Jawapan:
- Jika kamu memilih untuk baiki alat pemanas air, kamu seorang penggatal yang dari luar kelihatan normal tetapi memiliki keinginan seksualiti yang tinggi dan selalu berimaginasi perkara lucah.
- Jika kamu memilih untuk baiki jubin di lantai dan dinding bilik air, kamu tidak berminat menjaga kesihatan dan apabila kamu ingin menjaga kesihatan diri selalu gagal atau tidak berjaya.
- Jika kamu memilih untuk baik bathtub, menunjukan kamu seorang yang normal.
- Jika kamu memilih untuk baiki tingkap, menunjukan kamu seorang yang agak gersang.
Jawap soalan dengan jujur dan telus, dan semak jawapan kamu menerusi analisis jawapan yang diberikan. Jadi apakah hasil jawapan keseluruhannya, adakah kamu seorang pervert?
Selamat beramal!