Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Dah Macam Bodyguard, Kylie Jenner Letak 8 Syarat Nak Mengasuh Anaknya

by Sofie Azizlan
December 16, 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap ibu bapa yang mengambil pengasuh pasti akan meletakkan pelbagai syarat dalam menjaga anak mereka. Ini adalah untuk menjaga keselamatan anak mereka daripada didera atau dilakukan perkara yang tidak dijangka.

Seperti Kylie Jenner, dia turut mengambil pengasuh untuk menjaga anaknya, Stormi Webster. Mungkin nampak macam ‘Wow!‘ apabila menjadi pengasuh kepada anak Kylie, tetapi di sebaliknya terdapat pelbagai syarat yang ketat!

Kalau kamu lihat syarat ini dan rasa selesa dengannya, mungkin kamu boleh menjadi pengasuh Stormi yang seterusnya.

IKLAN

Sesi Temu Duga 

Sebelum diambil bekerja dengan Kylie, menjadi pengasuh juga perlukan temu duga untuk menentukan sama ada layak atau tidak.

Foto – Wall Street English

Bagi Kylie, untuk menjadi pengasuh kepada anaknya, mereka perlu mempunyai rujukan kerja yang bagus, berpendidikan, pandai dan mempunyai rupa. Ini kerana dia tidak mahu mengambil sebarang pengasuh tanpa melakukan background check untuk menjaga anaknya.

Sentiasa Ada Ketika Dipanggil 

Kylie memerlukan full time pengasuh dan dia telah mengambil sebanyak 4 orang pengasuh untuk menjaga anaknya. Pengasuh yang diambil akan bekerja mengikut syif yang ditetapkan.

Foto – Pinterest

Ini kerana mereka akan menjaga Stormi dan dapat memberi sepenuhnya perhatian. Dalam pada masa yang sama, alasan Kylie mengambil pengasuh yang banyak kerana dia tidak mahu anaknya bosan berada dengan pengasuh yang sama dalam jangka masa yang panjang.

Tidak Boleh Kawal Stormi

Sama seperti tetamu, pengasuh juga tergolong dalam mereka yang tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon ketika berada di rumah Kylie. Ini kerana Kylie menganggap mereka yang merakam atau mengambil gambar anaknya akan menjadikan ia sebagai ancaman atau ugutan.

Foto – Pinterest / Daily Mail

Ada bagusnya Kylie mempunyai sikap berjaga-jaga terhadap orang luar dan dalam pada masa yang sama, dia juga tidak berapa gemar menonjolkan anaknya dalam dunia hiburan kerana fikirkan tentang keselamatan dan keselesaan si kecil itu.

Perlu Ikut Ke Mana Sahaja 

Untuk pengasuh Stormi, mereka perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Seperti yang kita tahu, Kylie gemar untuk ke luar negara atas urusan kerja atau bercuti.

IKLAN
Foto – Kylie Jenner (Instagram)

Jadi untuk pengasuhnya, mereka perlu sentiasa ‘free‘ dan perlu mengikut ke mana sahaja ibu dan anak itu pergi. Kylie mengatakan pengasuh Stormi tidak akan dibayar ‘extra’ ketika diminta untuk mengikuti mereka.

Tidak Boleh Pakai Perhiasan 

Disebabkan oleh langkah berjaga-jaga Kylie, kita jarang melihat Stormi memakai sebarang perhiasan kecuali hanya berada dalam jagaan ibunya sahaja.

Foto – Pinterest

Kylie tidak membenarkan anaknya memakai sebarang perhiasan ketika dijaga oleh pengasuh. Ini kerana Kylie ingin mengelakkan daripada kejadian mencuri dan keselamatan anaknya. Untuk pengetahuan kamu, pengasuh juga tidak boleh memakai perhiasan ketika bekerja.

Tidak Boleh Kata ‘No’ Pada Stormi 

Disuruh menjaga tetapi tidak boleh katakan ‘No’ pada anak yang dijaga? Jika Stormi meminta permintaan yang pelik atau tidak masuk akan kepada pengasuhnya, mereka tidak boleh menolak permintaannya.

Foto -Smart Parenting

Sama ada Stormi meminta untuk makeup muka mereka, tidak mendengar cakap atau apa sahaja, mereka tidak boleh katakan ‘No’ malah marah sekalipun. Jadi, pengasuh Stormi memerlukan kesabaran yang tinggi dan kental.

Tidak Boleh Buat Keputusan 

Bukan sahaja dari segi tingkah laku, malah pakaian Stormi juga pengasuh tidak boleh buat sebarang keputusan.

Foto – Elle / Pinterest

Ini kerana Kylie bertanggungjawab sepenuhnya tentang apa yang perlu dan tidak perlu pada anaknya. Jadi sebagai pengasuh Stormi, mereka tidak boleh menetapkan apa jenis pakaian yang perlu dipakai, hanya Kylie sahaja yang boleh tetapkannya.

Menjaga Bukan Seperti Pengasuh Biasa 

Kalau kita lihat pengasuh biasa, ibu bapa akan membiarkan pengasuh menjaga anak mereka mengikut acuan mereka sendiri. Tetapi berbeza dengan Kylie, semuanya perlu dilakukan mengikut caranya.

Foto – Northern Virginia Magazine

Jika pengasuh ingin membentuk Stormi dalam personaliti tertentu, lebih baik mereka lupakan kerana Kylie akan menolak semuanya dan menyuruh pengasuh menjaga mengikut caranya.

Nampak macam seronok kerana boleh mendekati Stormi Webster dan Kylie Jenner. Tetapi dalam masa yang sama, ia boleh menjadi keperitan kerana pelbagai syarat yang ketat dan tidak masuk akal diletakkan untuk menjaga anaknya.

Jadi, adakah kamu rasa kamu sanggup menjadi pengasuh Stormi Webster?

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4, 5, 6

Tags: kylie jennerkylie jenner letak syarat pengasuhpengasuh kylie jennerpengasuh stormistormi webstersyarat pengasuh stormi
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan