Tahu kenapa ramai orang selalu beritahu cadar, sarung bantal atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan katil perlu ditukar sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Nampak macam bersih tetapi sebenarnya cadar katil, sarung bantal mahupun selimut kamu mempunyai kuman yang lebih banyak berbanding dengan tandas.
Cuba bayangkan jika kamu tidak menukarnya dalam jangka masa yang lama, sudah berapa banyak kuman membiak di tempat tidur kamu? Menggelikan.
Untuk kamu yang tidak tahu apa yang akan terjadi sekiranya tidak menukar cadar, sarung bantal dan selimut, teruskan membaca.
#1 Kulit Menjadi Breakouts
Hairan bagaimana situasi ini boleh membuatkan kulit menjadi breakout. Untuk pengetahuan kamu, jika tidak menukar sarung bantal dengan kerap, ia boleh menyebabkan liang pori kamu tersumbat.
Apabila liang pori tersumbat, bakteria akan menyebabkan pembentukan jerawat dan membuatkan kulit kamu menjadi lebih kusam. Jadi penting untuk tukar sarung bantal dengan kerap dan mencuci muka sebelum tidur.
#2 Kerengsaan Kulit Atau Ekzema
Jika kamu terus baring tanpa mandi terlebih dahulu, ia boleh menyebabkan peluh kamu berpindah ke cadar, sarung bantal dan selimut yang menyebabkan bakteria membiak dengan cepat. Secara tidak langsung kulit kamu yang bergesel dengan cadar dapat membuatkan kamu menghadapi kerengsaan kulit malah ekzema.
Bagi kamu yang mempunyai ekzema, jika kamu memakai produk yang berminyak atau krim bertekstur berat, ia boleh mendatangkan masalah pada kamu. Ini kerana produk yang dipakai akan susah diserap dalam kulit, sebaliknya ia akan menyerap ke cadar kamu. Serapan pada cadar boleh meningkatkan potensi bakteria membiak.
#3 Tempat Pembiakan Bakteria Dan Kulat
Jangan kamu anggap mandi sebelum tidur tidak akan membuatkan kamu berpeluh dalam tidur. Sebenarnya salah! Ketika kamu tidur, peluh tetap keluar dan akan berpindah pada cadar, sarung bantal dan juga selimut.
Selain bakteria, kulat juga boleh membiak di tempat tidur kamu. Contohnya, Cladosporium boleh membiak di tempat tidur yang lembap. Kulat ini juga boleh menyebabkan kamu menghidapi asma, radang paru-paru.
#4 Menarik ‘Minat’ Dust Mites
Adakah kamu tahu sebenarnya kamu tidak tidur berseorangan? Sebenarnya ketika kamu tidur ada serangga micriscopic yang disebut sebagai dust mites.
Serangga ini sangat suka akan tempat tidur kerana tempatnya yang berdebu dan berlembap itu menjadi tempat makananya. Dan ketika kita tidur, sel kulit mati yang tertanggal dan berada di atas katil itu juga boleh menarik perhatian dust mites.
Jika kamu bangun melihat kesan yang berbentuk welts di bahagian badan kamu, atau mempunyai masalah pernafasan, semuanya terjadi disebabkan oleh dust mites.
#5 Boleh Menjadi Alergi
Siapa sangka tempat tidur yang selesa boleh menyebabkan salah satu punca utama dalam membuatkan kamu jadi alergi? Tidak hairan lagi kerana bakteria dan dust mites boleh menyebabkan dan memburukkan situasi alergi.
Untuk mencegahnya kamu boleh menjemur tempat tidur kamu di bawah matahari selama 30 minit sehingga 1 jam untuk mematikan bakteria dan kuman. Atau kamu boleh menggunakan tempat tidur daripada bahan hypoallergenic yang tidak membuatkan ia menjadi lembap dan berdebu.
#6 Tidur Dengan Sel Kulit Mati Dan Minyak
Tidak tahu pula sebenarnya kita semua tidur dengan sel kulit mati dan minyak selama ini! Kalau kamu nak tahu, tempat tidur merupakan salah satu tempat pengumpulan sel kulit mati dan minyak sebanyak 56 jam seminggu.
Tidak boleh bayangkan berapa banyak sel kulit mati yang tertanggal di atas katil untuk seminggu. Sel kulit mati dan minyak yang berada di cadar, sarung bantal dan selimut ini bukan sahaja kotor malah ia boleh memberi kesan pada kulit kamu terutamanya wajah.
Berapa Kerap Perlu Tukar Dan Cuci?
Ramai yang tertanya-tanya sebenarnya berapa kerap kamu perlu mencuci dan menukar cadar, sarung bantal dan selimut untuk kekal bersih dan mengelakkan bakteria serta kulat.
Melalui poll yang dibuat oleh National Sleep Foundation, sebanyak 91% orang akan menukar tempat tidur mereka pada setiap minggu. Walaupun ini hanyalah undian yang dibuat, tetapi kebanyakkan pakar amat mengesyorkan untuk mencuci secara mingguan.
Ini kerana dalam seminggu kamu sudah boleh mengumpul jumlah bakteria yang banyak, ribuan sel kulit mati, dust mites dan kotoran pada cadar, sarung bantal serta selimut.
Jika kamu baring dalam keadaan tidak berpakaian, tidak mandi sebelum tidur, makan di tempat tidur atau tidur bersama dengan haiwan peliharaan, sangat disarankan untuk menukar sebanyak 2 kali seminggu.
Untuk membunuh bakteria, kuman dan dust mites yang ada pada cadar, sarung bantal dan selimut, pastikan kamu menggunakan suhu yang paling panas bagi membunuhnya.
Jadi kalau kamu jarang menukar tempat tidur, pastikan selepas ini kerap lakukannya. Selain tempat tidur bersih, kamu juga boleh tidur dalam keadaan yang selesa dan nyenyak.