Wanita dan beg tangan merupakan rakan karib. Ke mana saja kita akan membawanya bersama.
Hadir dalam pelbagai saiz, reka bentuk mengikut jenama masing-masing, kita tidak lari dari mendapatkan sebuah beg yang sesuai dengan personaliti diri.
Ada wanita sukakan beg tangan bersaiz besar kerana mudah nak mengangkut pelbagai barang. Kunci rumah, kunci kereta, dompet, beg mekap, snek ringan, beg toiletteries dan macam-macam disumbatnya.
Dari tahun sudah hingga sekarang, beg tangan Dior Book Tote dilihat paling popular. Ramai betullah miliki koleksi ini, baik influencer mahupun selebriti. Dior Book Tote beg paling praktikal dan popular!
Dior Book Tote Sangat Versatile
Dior Book Tote, gaya asli yang diperkenalkan oleh Pengarah Kreatif Maria Grazia Chiuri, telah menjadi signature rumah Dior.
- Foto – Bagaholicboy
Direka untuk membawa semua keperluan harian, siluet indah itu menggambarkan motif Dior Oblique biru bersulam sepenuhnya dengan signature ‘Christian Dior’ di bahagian depan.
Adakah Worth It?
Adakah worth it untuk miliki satu? Corak dan warna jadi tidak mudah untuk kotor dan secara keseluruhan sesuai dengan gaya harian. Ia juga berfungsi sebagai beg pantai semasa kita bercuti, serbaguna untuk bekerja, ataupun ketika bercuti.
Saiznya membolehkan kita angkut macam-macam barang peribadi. Dior Book Tote adalah beg pelaburan yang bernilai tinggi!
Selebriti Flex Dior Book Tote Dengan OOTD Masing-Masing
Rihanna
- Foto – Arkib Wanista
Tiffany Young
- Foto – Twitter
Kangana Ranaut
- Foto – Arkib Wanista
Bella Hadid
- Foto – Arkib Wanista
BTS Suga
- Foto – Twitter
Dakota Fanning
- Foto – Arkib Wanista
Priyanka Chopra
- Foto – Vogue
Bae Suzy
- Foto – Twitter
Dior Book Tote sangat berbaloi dijadikan pelaburan kerana nilainya yang eksklusif. Berharga $2,900.00 (RM11749), lihat koleksinya di laman web Dior.