Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Penyebab Ini Mungkin Buat Kamu Rasa Sakit Selepas Hubungan Seks

by Sofie Azizlan
December 16, 2020
10
SHARES
95
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Melakukan hubungan seks tidak sepatutnya membuatkan kamu berasa sakit sama ada semasa atau selepasnya. Tetapi hanya seorang daripada tiga wanita akan berasa sakit selepas melakukan hubungan seks.

Kebiasaannya kamu akan berasa sakit dan bengkak pada faraj. Ketidakselesaan itu membuatkan ramai wanita tidak mahu bersama dengan pasangan kerana situasi itu.

Tetapi kamu jangan risau, entri pada kali ini penulis akan bantu kamu mencari apakah faktornya supaya kamu tidak lagi takut untuk bersama.

Foto - Pinterest

Jangan Terus Tidur Lepas ‘Bersama’, Ini Yang Kamu Perlu Buat

December 22, 2020

Senang Rupanya Nak Bagi Pasangan Rindu, Anda Patut Buat Yang Ini

November 17, 2020

Kekurangan Pelincir 

Seperti yang kita tahu, apabila teransang badan akan mengeluarkan pelincir secara semula jadi. Kadang kala pelincir itu tidak mencukupi kerana tahap seksual kamu rendah.

Foto – Sporteluxe

Jika pasangan kamu terus melakukan hubungan seks tanpa menunggu kamu untuk ‘memanaskan badan’, ia akan membuatkan geseran pada faraj kamu lebih kuat berbanding daripada biasa.

Geseran tersebut boleh mengakibatkan bahagian dalam faraj berasa sakit dan berada dalam keadaan yang tidak selesa. Jika tidak bernasib baik, ia boleh menyebabkan jangkitan.

Tidak Terangsang 

Jika kamu tidak berasa teransang sebelum melakukan hubungan seks, jangan memaksa untuk lakukannya tetapi beritahu pasangan kamu.

Foto – Ask Men

Kamu dan pasangan boleh melakukan foreplay untuk berasa teransang selain ia menjadi aktiviti yang menyeronokan bagi kamu. Nikmati proses tersebut sehingga faraj kamu mengeluarkan pelincir yang cukup dan bersedia untuk melakukan hubungan seks.

Menopaus 

Sebelum dan semasa seseorang wanita itu menopaus, tahap hormonnya akan berubah secara mendadak. Kekurangan tahap estrogen dalam badan boleh membuatkan seseorang itu menghasilkan pelincir semula jadi secara sedikit.

IKLAN

Foto – Main Line Health

Selain itu, tisu dalam faraj boleh menjadi lebih kering dan nipis. Situasi ini menyebabkan seks menjadi lebih tidak selesa malah menyakitkan.

Alahan Pada Latex Atau Air Mani 

Jika kamu mengalami alahan pada kondom yang menggunakan bahan latex, ia boleh menyebabkan faraj kamu berasa terbakar, gatal dan sakit. Untuk mengelakkannya, kamu boleh menggunakan kondom polyisoprene atau kondom polyurethane.

Foto – Freepik / Pinterest

Situasi ini jarang terjadi tetapi ada wanita yang alah dengan air mani pasangannya. Mereka yang mempunyai alahan seperti ini akan mengalami reaksi seluruh badan seperti menggigil, demam dan tekanan darah menjadi rendah.

Masalah Kesihatan 

Sekiranya kamu berasa sakit selepas melakukan hubungan seks, berkemungkinan masalah kesihatan ini boleh menjadi faktor kepada. Ada beberapa masalah kesihatan yang kamu tidak jangka seperti:

  • Endometriosis 
Foto – Mayo Clinic

Berlaku di luar lapisan rahim, kebiasaannya ia akan tumbuh di ovari, tiub fallopian dan tosu yang melapisi pelvis kamu. Kejadian ini jarang berlaku tetapi ia boleh merebak sehingga ke luar kawasan pelvis iaitu perut atau paru-paru.

  • Uterine Fibroid 
Foto – Clue App

Uterine fibroid ini bukanlah sel kanser. Ia boleh terjadi dan membesar dalam atau pada rahim wanita.

  • Vulvodynia 
Foto – Clue App

Tidak mempunyai sebab yang jelas, tetapi vulvodynia adalah penyakit faraj yang kronik yang akan membuatkan kamu berasa sakit secara berterusan atau jarang. Tetapi kamu akan berasa sakit apabila kawasan tersebut disentuh terutamanya ketika melakukan hubungan seks.

  • Pelvic Inflammatory Disease (PID)
Foto – Mayo Clinic

Penyakit ini boleh menular apabila bakteria disebarkan melalui faraj sehingga ke organ pembiakan seperti rahim, tiub fallopian atau ovari. Apabila bakteria ini mereka tanpa henti, ia akan menyebabkan jangkitan yang memberikan kesakitan pada bahagian bawah badan kamu.

  • Vaginismus 
Foto – Shutter Stock

Vaginismus ini adalah satu situasi di mana vagina kamu berada dalam keadaan kekejangan yang tidak dijangka. Sama ada ia berlaku semasa kamu dan pasangan melakukan hubungan seks atau pemakaian tampon, ia akan membuatkan faraj kamu berasa sakit dan tidak selesa.

Jika kamu sering berasa tidak selesa atau rasa yang sangat menyakitkan, hentikannya dan berbincang dengan pasangan kamu tentang situasi itu. Jika menjadi lebih teruk, kamu patut dapatkan nasihat dan pemeriksaan yang selanjutnya daripada doktor.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: faraj rasa sakitfaraj sakitfaraj sakit selepas hubungan sekshubungan seksrasa sakit pada farajsakit selepas hubungan sekssuami isteri
Share4Tweet3Send

ARTIKELTERKINI

Baru Kahwin Dua Minggu Tapi Isteri Hamil Tiga Minggu, Suami Kena Tahu Sebabnya

Glamor Di Pagi Raya Dengan Koleksi Scha Alyahya Bersama Bonia, Memang Cun!

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.