• Latest
Selebriti Yang Kahwin Campur, Apa Kebaikannya?

Selebriti Yang Kahwin Campur, Apa Kebaikannya?

December 17, 2020
Beauty Is Pain! Selain Mira Filzah, 6 Artis Ini Pernah Pakai Pendakap Gigi

Beauty Is Pain! Selain Mira Filzah, 6 Artis Ini Pernah Pakai Pendakap Gigi

January 26, 2021
Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN

Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN

January 26, 2021
Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

January 25, 2021
Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

January 25, 2021
5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

January 25, 2021
Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

January 25, 2021
Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

January 25, 2021
Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

January 25, 2021
Cara Sihat Untuk Kulit Cerah Berseri Dalam Empat Minggu Dengan Cetaphil!

Cara Sihat Untuk Kulit Cerah Berseri Dalam Empat Minggu Dengan Cetaphil!

January 25, 2021
Cantik Sangat Fesyen Moon Ga-Young Dalam True Beauty!

Cantik Sangat Fesyen Moon Ga-Young Dalam True Beauty!

January 25, 2021
Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut

Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut

January 25, 2021
Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

January 24, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Selebriti Yang Kahwin Campur, Apa Kebaikannya?

Sofie Azizlan by Sofie Azizlan
December 17, 2020
Selebriti Yang Kahwin Campur, Apa Kebaikannya?
40
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sahaja yang tidak mahu berkahwin campur?

Selain mendapat pasangan yang berlainan bangsa, kaum mahupun agama, mereka yang berkahwin campur ini pasti mendapat anak-anak kacukan yang comel.

Wujud sejak dulu lagi, perkahwinan campur ini bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam masyarakat. Kini, kahwin campur terbahagi kepada beberapa jenis pasangan seperti antara kaum, negara atau agama.

Seperti beberapa selebriti di Malaysia mahupun luar negara, ramai yang mengamalkan perkahwinan campur ini kerana terdapat banyak kebaikan yang kita tidak tahu. Jika kamu tahu tentang kebaikannya, pasti kamu juga mahu berkahwin campur.

Persilangan Budaya 

Melalui perkahwinan dengan pasangan yang luar daripada budaya kita akan membuatkan kamu melihat daripada satu sudut yang baru untuk memahami dan menghormati budaya orang lain.

Foto – Global News

Persilangan budaya ini dapat mewujudkan masyarakat yang pelbagai bangsa yang telah disatukan melalui perkahwinan. Bukan sahaja itu, situasi ini dapat memupuk perpaduan dalam negara.

Tidak Fokus Kepada Perbezaan

Sebagai pasangan, mereka perlu percaya bahawa perbezaan itu tidak menjadi satu penghalang tetapi ia adalah satu cara untuk menguatkan hubungan dengan mengisi kekurangan yang ada dalam diri pasangan.

Foto – Pinterest

Apabila setiap orang menerima diri pasangan masing-masing, ia boleh menjadi kelebihan dan memahami. Setiap orang tidak ada yang sempurna dan perbezaan yang ada tidak patut dibandingkan kerana ia adalah satu kelebihan.

Pemikiran Terbuka

Jika sebelum ini kamu merasakan budaya dan bangsa lain tidak dapat menerima orang luar, sebenarnya salah. Apabila kamu berkahwin campur, ia membuka mata dan minda kamu tentang mereka.

Foto – Her World

Dalam pada masa yang sama, kamu juga dapat berfikir di luar kotak dan melihat sesuatu perkara dengan meletakkan diri kamu di tempat mereka. Melalui kaedah itu kamu akan dapat memahami dan mempelajari tentang budaya lain dengan lebih terbuka.

Belajar Bahasa Asing

Kalau bagi orang biasa, ramai yang ingin mengambil kelas bahasa tambahan untuk belajar bahasa asing. Tetapi jika kamu berkahwin dengan pasangan yang berlainan bahasa, ia akan menjadi mudah kerana pasangan kamu dapat mengajar kamu.

Foto – Shutter Stock

Hanya perlu mendengar pasangan kamu berkomunikasi dengan ahli keluarganya mahupun rakan, kamu sudah boleh pelajari beberapa kosa kata dan menggunakan perkataan tersebut untuk bercakap.

Kerjasama Dalam Gaya Keibubapaan 

Walaupun ada pelbagai jenis gaya keibubapaan, tetapi yang paling umum digunakan adalah gaya keibubapaan Barat dan Timur.

Bagi anak-anak yang diasuh dalam gaya keibubapaan Barat, mereka akan mengalami gaya hidup  yang lebih santai yang fokuskan diri untuk belajar semuanya dengan diri sendiri atau berdikari.

Foto – Twitter

Gaya keibubapaan Timur pula, mereka akan diasuh dengan teknik Tiger Parenting iaitu beri tumpuan kepada struktur dan displin yang ditetapkan oleh ibu bapa.

Kedua-dua jenis gaya ini mempunyai kekuatan dan kelemahan. Bagi pasangan kahwin campur, mereka perlu memenuhi keperluan anak mereka dengan cara bekerjasama dan memahami.

Percampuran Genetik

Untuk pengetahuan kamu, genetik antara budaya dan bangsa mempunyai perbezaan yang sangat drastik. Apabila pasangan ini berkahwin, anak mereka akan mendapat kebaikan daripada kedua-dua genetik pasangan tersebut.

Foto – Psychology Today

Antara kebaikan yang diperolehi adalah, anak yang dilahirkan akan mempunyai risiko yang rendah terhadap penyakit berbahaya yang mereka mempunyai potensi untuk mewarisinya.

Kajian pada tahun 2015 menunjukkan anak biracial yang mempunyai kepelbagaian genetik berkecenderungan memiliki pemikiran yang tajam, tahap kesihatan yang lebih baik dan pintar.

Anak Menjadi Bijak Dan Cantik 

Menjadi ‘extra point‘ kepada pasangan yang berkahwin campur, mereka akan mendapat anak yang bijak dan cantik.

Menurut Dr. Zubaidi Haji Ahmad, perkahwinan campur menghasilkan genetik yang baik kepada anak. Ini kerana anak yang dilahirkan akan mempunyai tahap imunisasi yang kuat, rupa yang cantik dan lebih bijak.

Foto – Today’s Parent

Tidak semestinya perlu berkahwin dengan pasangan berlainan bangsa, kamu juga boleh berkahwin campur dengan pasangan yang berlainan suku kaum seperti Iban atau Kadazandusun dan sebagainya.

Seperti di luar negara kebanyakkan selebriti gemar mengamalkan perkahwinan campur. Tidak ketinggalan juga, ada beberapa selebriti yang menemui jodoh mereka dengan pasangan yang berlainan bangsa, agama dan kaum.

Selebriti Malaysia Yang Mengamalkan Perkahwinan Campur 

#1 Ning Baizura 

Foto – Berita Harian / Kisah Dunia

Tahun Perkahwinan: 2008 sehingga sekarang

Nama Pasangan: Omar Sharif Christopher Layton Dalton

#2 Lana Nodin 

Foto – Beautiful Nara / Nona

Tahun Perkahwinan: 2015 sehingga sekarang

Nama Pasangan: David McKienzie

#3 Nourul Depp

Foto – Murai MY

Tahun Perkahwinan: 2012 sehingga sekarang 

Nama Pasangan: Eric Daniel Depp

#4 Raja Ilya 

Foto – Berita Harian / Pinterest

Tahun Perkahwinan: 2018 sehingga sekarang 

Nama Pasangan: Trent Garret 

#5 Iedil Dzuhrie Alaudin

Foto – Hai Bunda / Akurat.com

Tahun Perkahwinan: 2016 sehingga sekarang 

Nama Pasangan: Prisia Nasution

#6 Tya Ariffin 

Foto – MStar

Tahun Perkahwinan: 2015 sehingga sekarang 

Nama Pasangan: Asyraf Khalid 

#7 Stacy Anam

Foto – Twitter / Berita Harian

Tahun Perkahwinan: 2016 sehingga sekarang 

Nama Pasangan: Akim Ahmad 

Nampak sangat bahagia dan lebih memahami antara satu sama lain untuk pasangan yang berkahwin campur ini. Jadi, kamu sudah boleh bersiap sedia mencari pasangan untuk perkahwinan campur.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: kahwin campurkahwin campur 2020kebaikan kahwin campurmanfaat kahwin campurselebriti kahwin campurselebriti malaysia kahwin campur
Share2Tweet1Send

ARTIKEL BERKAITAN

Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!
Cinta & Perhubungan

Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

January 24, 2021
10 Jenis Mesej Yang Tak Boleh Dihantar Pada Bekas Kekasih
Cinta & Perhubungan

10 Jenis Mesej Yang Tak Boleh Dihantar Pada Bekas Kekasih

January 24, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan