Vaksin Covid-19 dari syarikat farmasi terkenal dunia Pfizer-BioNTech yang baru tiba di Amerika Syarikat mencetuskan isu, bila mana dua orang pekerja kesihatan dari Alaska mengalami kesan alahan yang teruk setelah disuntik vaksin berkenaan.
Meskipun begitu, pakar kesihatan tetap menyatakan bahawa vaksin tersebut berkesan dalam menangani virus maut ini.
Dan reaksi alahan yang berlaku adalah kemungkinan vaksin tersebut tidak sesuai pada segelintir individu kerana mempunyai sejarah kesihatan yang tidak diketahui oleh pihak pemberi vaksin.
Pekerja Kesihatan Stabil Dan Menjalani Rawatan
Dimaklumkan pekerja kesihatan yang mengalami gejala alahan selepas menerima suntikan vaksin, dikatakan stabil dan sedang menjalani rawatan bagi pemantauan selanjutnya.
Risiko Untuk Orang Awam Menghadapi Kesan Alahan Rendah
- Foto – Nikkei Asia
Jurucakap syarikat farmasi terkenal dunia Pfiser-BioNTech, menyatakan bahawa risiko untuk orang awam mengalami kesan atau reaksi alahan yang teruk sangat rendah.
Seorang doktor kesihatan berkongsi pandangannya di laman Twitternya dengan menyatakan, individu yang mengalami kesan alahan boleh dirawat dan akan pulih seperti sediakala berbanding mencari penawar Covid-19.
BREAKING: Healthcare worker in Alaska had serious allergic reaction after receiving Pfizer #covid19 vaccine. No hx of previous reactions. Recovering well.
Remember that we can treat allergic reactions. It is much harder to treat consequences of #covid19. https://t.co/Y2lC3QrCcw
— Leana Wen, M.D. (@DrLeanaWen) December 16, 2020
Pesakit Harus Maklumkan Sejarah Kesihatan Sebelum Menerima Suntikan
Dalam kenyataan fakta vaksin [SINI] yang dikeluarkan oleh syarikat Pfizer-BioNTech, ada memaklumkan agar pesakit yang ingin mendapatkan suntikan vaksin memberi maklumat jelas mengenai sejarah kesihatan diri.
- Foto – Al Jazeera
Ini termasuklah beberapa aspek kesihatan yang lain seperti:
- Mempunyai sebarang alahan (seperti alahan pada ubat, makanan, dan sebagainya)
- Demam
- Mempunyai masalah gangguan darah atau darah cair
- Mempunyai masalah gangguan imun sistem apabila disuntik dengan kandungan ubat tertentu
- Sedang hamil atau merancang untuk hamil
- Sedang menyusukan anak
- Pernah mengambil vaksin Covid-19 sebelum ini
Kini banyak negara telah menerima vaksin dari syarikat farmasi pilihan masing-masing, pakar menegaskan bahawa vaksin tersebut berkesan dalam menangani virus maut ini.
Dan jika ada individu yang mengalami kesan atau reaksi alahan selepas disuntik, hendaklah segera mendapatkan rawatan di hospital.
- Foto – The Star
Kesan alahan yang dialami adalah sementara dan boleh dikawal, tambahan lagi risiko untuk mengalami alahan adalah sangat rendah.
Oleh itu, orang ramai tidak perlu khuatir dan beri kerjasama pada pihak kesihatan yang memberi suntikan vaksin dengan memberi makluman jelas mengenai sejarah kesihata untuk mengelakkan sebarang reaksi alahan.