• Latest

Menarik! Syarikat Jepun Gunakan Lelaki Kacak Untuk Lap Air Mata Wanita

December 18, 2020
Pasangan Yang Berbeza Itu Lebih Serasi, Ini Kata Pakar

Pasangan Yang Berbeza Itu Lebih Serasi, Ini Kata Pakar

January 26, 2021
Kalau Kena Dengan Cara, Wanita Plus Size Boleh Jadi Lebih Bergaya

Kalau Kena Dengan Cara, Wanita Plus Size Boleh Jadi Lebih Bergaya

January 26, 2021
Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Makanan Untuk Fat Burning, Boleh Turun 5KG

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Makanan Untuk Fat Burning, Boleh Turun 5KG

January 26, 2021
Wanista Bocor Rahsia Karisma Kapoor Selfie Tanpa Mekap, Tetap Cantik!

Wanista Bocor Rahsia Karisma Kapoor Selfie Tanpa Mekap, Tetap Cantik!

January 26, 2021
Beauty Is Pain! Selain Mira Filzah, 6 Artis Ini Pernah Pakai Pendakap Gigi

Beauty Is Pain! Selain Mira Filzah, 6 Artis Ini Pernah Pakai Pendakap Gigi

January 26, 2021
Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN

Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN

January 26, 2021
Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

January 25, 2021
Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

January 25, 2021
5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

January 25, 2021
Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

January 25, 2021
Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

January 25, 2021
Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

January 25, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Menarik! Syarikat Jepun Gunakan Lelaki Kacak Untuk Lap Air Mata Wanita

Sofie Azizlan by Sofie Azizlan
December 18, 2020
24
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Apa sahaja yang berkaitan dengan negara matahari terbit, Jepun semestinya unik dan luar biasa.

Negara itu sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis teknologi yang baharu dan beberapa perkhidmatan untuk orang dewasa yang kamu sendiri tidak pernah terfikir tentangnya.

Daripada perkhidmatan sewa keluarga sehinggalah perkhidmatan perkahwinan solo, pasti kamu sendiri tidak pernah terfikir tentang kewujudan perkhidmatan yang unik ini.

Entri kali ini, penulis akan kongsi tentang satu perkhidmatan daripada sebuah syarikat di Jepun iaitu perkhidmatan mengelap air mata wanita oleh lelaki kacak. Macam menarik bukan?

Perkhidmatan Mengelap Air Mata Wanita

Perkhidmatan ini yang dipanggil sebagai rui-katsu telah beroperasi sejak tahun 2015 oleh seorang lelaki iaitu Hiroki Terai yang menganggap perkhidmatan mengelap air mata ini sebagai sebuah strategi dalam berbisnes.

Foto – Pulzo

Hiroki menubuhkan kumpulan terapi menangis yang mengajak ramai wanita untuk menangis secara berkumpulan sementara lelaki-lelaki kacak memberikan perkhidmatan mengelap air mata setiap pelanggan wanita mereka.

Walaupun perkhidmatan itu macam pelik tetapi ramai yang menganggap ia sebagai salah satu alternatif yang terbaik untuk melepaskan tekanan. Ini kerana budaya kerja di Jepun yang dikatakan suasana untuk workaholic telah membuatkan para wanita ini berasa tertekan.

Foto – Wall Street Journal

Melalui cara ini, ia akan melegakan dan mengurangkan beban yang ditanggung oleh pelanggan mereka. Tidak kisahlah jika setiap seorang wanita ini menangis teresak-esak atau meraung, lelaki kacak ini tetap akan menenangkan dan mengelap air mata mereka.

‘Pesan’ Ikemen

Jika kamu memerlukan perkhidmatan ini, kamu boleh ‘memesan’ ikemen iaitu lelaki kacak yang bertanggungjawab untuk mengelap air mata.

Perkhidmatan mengelap air mata ini menawarkan 8 jenis lelaki yang boleh dipilih oleh setiap wanita. Daripada seorang lelaki ala-ala doktor gigi, bad boy mahupun lelaki yang bijak dan romantik.

Foto – Fan Pop / IMDb

Setiap seorang daripada mereka mempunyai lesen khas dalam memberi terapi menangis dan perkhidmatan mengelap air mata kepada seorang wanita.

Hiroki mengatakan strategi menggunakan lelaki kacak dalam perkhidmatan ini dapat membuatkan setiap pelanggannya berasa seperti dihargai. Dan dalam pada masa yang sama setiap orang akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap orang yang mereka suka.

Macam Mana Nak Menangis?

Setelah memilih ikemen, kamu akan diletakkan dalam sebuah bilik untuk menonton sebuah filem.

Foto – BBC.com

Mereka akan menayangkan filem yang sedih untuk membuatkan kamu beremosi dan mengeluarkan air mata. Apabila kamu mula menangis, pada masa inilah ikemen akan memainkan peranannya.

Kamu boleh bayangkan situasi ini seperti di dalam drama, di mana seorang lelaki mula mengelap air mata di pipi seorang wanita. Romantik sangat!

Foto – Dagelan.co

Ikemen akan meletakkan sebelah tangannya di dinding belakang kamu dan mula mengelap air mata di pipi menggunakan sebelah tangannya lagi. Sambil menenangkan kamu, jangan terkejut jika ikemen itu turut menangis bersama kamu.

Foto – Getty Image

Jangan risau jika kamu mahu menangis di rumah kerana perkhidmatan ini boleh dilakukan secara dalam talian. Langkah yang sama sahaja di mana kamu perlu memesan ikemen dan mula menangis sehingga puas!

Perlakuan Menangis Dalam Setiap Budaya

Walaupun perlakuan menangis ini dianggap biasa dalam satu-satu budaya, ada sesetengah negara menganggap perlakuan dan perkhidmatan seperti ini sangat pelik.

Bagi Hiroki, pada awal perkhidmatan ini perlakuan menangis adalah salah satu alternatif yang unik mereka yang memerlukan terutamanya wanita dan pasangan yang bercerai.

Foto – Stuff.co.nz

“Ramai yang tertekan kerana tidak boleh ‘move on’ daripada perceraian terutamanya wanita. Mereka sering menyimpan beban dalam diri mereka tanpa meluahkan kepada sesiapa.

Jadi perkhidmatan sebegini boleh membantu mereka untuk ‘melepaskan’ beban dalam diri dengan hanya menangis”, ujar Hiroki.

Walaupun nampak mengarut tetapi menangis dapat melegakan sesiapa sahaja dan rasa seperti beban yang ditanggung semakin berkurangan.

Bukan wanita sahaja yang boleh menggunakan perkhidmatan ini. Bagi lelaki, mereka juga boleh menggunakan perkhidmatan menangis ini. Untuk setiap sesi perkhidmatan ini, kamu hanya perlu membayar sebanyak 7900 yen iaitu RM 309.

RUJUKAN: 1, 2

Tags: ikemenlelaki kacak lap air mataperkhidmatan lelaki kacakperkhidmatan lelaki kacak jepunperkhidmatan menangisperkhidmatan mengelap air mata wanita jepunwanita jepun
Share1Tweet1Send

ARTIKEL BERKAITAN

5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid
Info Menarik

5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

January 25, 2021
Jambang Ekor Monyet Jadi Pilihan, Gaya Terkini Lelaki 2021
Info Menarik

Jambang Ekor Monyet Jadi Pilihan, Gaya Terkini Lelaki 2021

January 23, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan