Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Fesyen

Bukan Sekadar Pakai, Ramai Tak Tahu Maksud Sebalik Kain Batik

by Sofie Azizlan
December 18, 2020
12
SHARES
120
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kain batik dikatakan menjadi simbolik kepada wanita Melayu tradisional yang mempamerkan personaliti yang sopan dan klasik.

Berbeza dengan generasi terdahulu, kebanyakan wanita pada zaman sekarang dikatakan hampir 70% tidak lagi memakai kain batik dan tidak tahu cara yang betul untuk memakainya.

Ramai yang menganggap kain batik ini hanya sarungkan, pusing-pusing sahaja dan siap dipakai! Asalkan tidak jatuh tertanggal.

Foto - www.travelfoodfashion.com

Kain Batik Sarung Jadi Fesyen Pilihan Jenama Mewah Lebor Gabala dari Barcelona

September 9, 2016

Sebenarnya bukan hanya sarungkan kain batik dan pusing mengikut firasat sendiri, setiap pemakaian kain batik membawa maksud dan identiti tertentu pada si pemakai. Kalau kamu nak tahu, teruskan membaca!

Kain Batik

Kalau sebut tentang batik, siapa sahaja yang tidak kenal. Batik yang sangat popular mempunyai peminat tersendiri sama ada tempatan mahupun luar negara.

Foto – Pinterest

Berasal daripada perkataan Jawa iaitu amba dan nitik, batik ini membawa maksud menulis dan membuat titik. Kalau kamu tidak tahu, batik ini sebenarnya sangat popular dengan teknik percetakan mencanting.

Jika dahulu, pembuat batik hanya menggunakan ubi kentang tetapi kini, ramai yang menggunakan alat teknologi moden yang seiring dengan peredaran zaman.

Struktur Kain Batik

Ramai yang tidak tahu kain batik ini mempunyai pembahagiannya tersendiri. Dan setiap pembahagian itu mempunyai makna tersendiri yang kamu tidak tahu.

Foto – Nature’s Batik Gallery (Blog)
  • Apit Kiri Dan Kanan (Gigi Kain)

Apit kiri dan apit kanan ini adalah bahagian tepi kain batik. Pada bahagian ini, ia mempunyai corak yang dipanggil susunan menyeluruh. Setiap corak yang menghiasi apit kiri dan apit kanan ini diilhaman daripada motif flora.

  • Badan Kain 

Dipanggil sebagai badan kain iaitu bahagian tengah, kain batik ini mempunyai corak yang khas dicanting.

Bahagian tengah ini menggunakan cetakan yang bermotif corak flora iaitu akar-akar yang menjalar. Sangat unik apabila ia diilhamkan oleh tumbuhan liar yang tumbuh di dalam hutan.

IKLAN

  • Gunung Kain

Seperti apit kiri dan kanan, bahagian gunung kain ini menggunakan susunan yang sama iaitu susunan menyeluruh. Gunung kain ini terletak di bahagian atas dan bawah kain batik yang mempunyai corak cetakan yang kecil sahaja.

  • Kepala Kain 

Foto – Sirap Limau / Kak Ina KL (Blog)

Kepala kain batik ini adalah bahagian kain batik yang mempunyai corak berlainan daripada bahagian lain. Biasanya ia menggunakan motif corak cetakan pucuk rebung atau bunga yang menegak.

Lambang Identiti Dan Cara Pakai

Bukan boleh main pakai sahaja kain batik ini. Selalunya untuk wanita yang sudah lama dan biasa memakai kain batik, setiap pemakaian mereka membawa maksud yang tertentu.

Foto – I’m Yours (Blog) / Berita Harian

Sama ada anak dara atau wanita yang sudah berkahwin, hati-hati dalam memakai kain batik. Untuk pengetahuan kamu, ada 4 jenis cara pemakaian kain batik dan maksudnya.

  • Kepala kain di belakang 

Jika kamu memakai kepala kain di belakang, ia membawa maksud kamu sebenarnya seorang wanita yang sudah berkahwin.

  • Kepala kain di hadapan 

Sekiranya kamu memakai kain batik dan kepala kain berada di bahagian hadapan, ia membawa maksud yang kamu seorang anak dara.

  • Kepala kain di sebelah kiri 

Untuk kepala kain yang dipakai pada sebelah kiri, ia melambangkan kamu seorang wanita yang telah kematian suami atau dipanggil sebagai balu.

  • Kepala kain di sebelah kanan

Kalau kamu memakai kepala kain di sebelah kanan, ia akan membawa maksud yang kamu seorang janda yang bercerai hidup.

Tips Menjaga Kain Batik

Seperti pakaian yang lain, ada beberapa tips khas dalam menjaga kain batik ini untuk tahan lama.

Foto – Mingguan Wanita / Pinterest
  • Untuk membasuh kain batik, kamu tidak boleh menggunakan bleach atau sabun yang menjadikan kain keras. Selain itu elakkan pelembut fabrik juga kerana ia boleh beri kesan kepada pernafasan fabrik.
  • Jangan rendam dengan terlalu lama kain batik kamu kerana ia boleh membuatkannya menjadi reput.
  • Terbalikan bahagian dalam ke luar dan sebaliknya. Ini kerana sabun bersifat panas dan jika ia terkena bahagian luar, corak kain batik akan luntur dalam jangka masa yang singkat.
  • Jangan mencuci menggunakan mesin basuh tetapi basuh menggunakan tangan. Selain dapat menjaga kualiti kain batik, ia juga dapat menjaga warna.
  • Jika kamu ingin menjemur kain batik, elakkan daripada menjemur dalam jangka masa yang lama. Sinaran matahari dapat melunturkan warna dan mereputkan benang kain.

Sekarang penulis tahu ramai yang sudah faham tentang pemakaian kain batik yang betul. Jadi teruskan amalan memakai kain batik untuk menyambung amalan generasi wanita Melayu yang membawa kepada penampilan wanita yang sopan.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: cara pakai kain batik betuljenis kain batikKain Batikkain batik malaysiamaksud pemakaian kain batikstruktur kain batiktips jaga kain batik
Share5Tweet3Send

ARTIKELTERKINI

Baru Kahwin Dua Minggu Tapi Isteri Hamil Tiga Minggu, Suami Kena Tahu Sebabnya

Glamor Di Pagi Raya Dengan Koleksi Scha Alyahya Bersama Bonia, Memang Cun!

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.