Asyiknya mendengar irama lagu Fur Elise yang dimainkan menggunakan piano, rasa tenang dan membuatkan diri berasa dalam dunia sendiri.
Tahu tak, sebenarnya bermain piano dapat menghilangkan stress diri dan dalam masa yang sama ia juga memberi manfaat kesihatan yang lain kepada diri.
Ramai pemain piano yang bermain piano sama ada secara serius ataupun sekadar hobi menyedari kebaikan bermain piano, tetapi bagi yang tidak bermain piano tidak mengetahui apa manfaat pada kesihatan kalau bermain piano.
Oleh itu, bagi yang ingin mengetahui apa kebaikan bermain piano, jom selokar rahsia kesihatan di bawah!
Dapat Menghilangkan Tekanan
- Foto – Horizon
Kajian menunjukan bermain piano dapat menghilangkan stress, kemurungan dan anxiety yang terdapat pada diri. Bukan itu saja, dengan bermain piano setiap hari juga boleh meningkatkan keyakinan diri, membuatkan kamu jadi lebih positif dan merendahkan tekanan darah kamu juga.
Menajamkan Tumpuan
Bermain piano juga membuatkan minda jadi lebih tajam, fokus dan kemahiran multitasking meningkat, kerana perlu membaca nota muzik sambil bermain piano dan menekan pedal piano.
Kitaran ini berulang dan akhirnya membuatkan tumpuan jadi lebih tinggi dan tajam, tatkala bermain piano setiap hari atau bila-bila kamu kelapangan.
Meningkatkan Jalinan Dan Kemahiran Sistem Neuro Otak
- Foto – The Pianoforte
Untuk maklumat semua bermain piano sangat bagus untuk otak kerana sistem neuro otak akan berfungsi menguatkan memori, perhatian minda, percakapan, bahasa, ruang, kemahiran mengira (matematik), dan kemahiran menggunakan vokal untuk menyampaikan emosi diri.
Menguatkan Otot Tangan Dan Jari
Dengan mengekalkan postur tangan dan posisi jari yang betul semasa semasa bermain piano ia akan membuatkan otot tangan dan jari menjadi kuat dari hari ke hari apabila kamu bermain piano setiap hari.
Dan apabila kamu dah meningkat usia kelak, tangan dan jari kamu lebih kuat berbanding orang biasa yang tidak bermain piano.
Merangsang Pertumbuhan Hormon
- Foto – London Music Academy
Kanak-kanak yang bermain piano menunjukkan pertumbuhan hormon dalam badan mereka lebih aktif dan tinggi berbanding kanak-kanak biasa, Bukan itu saja, kekuatan mental mereka juga jadi lebih kuat dan memupuk jati diri yang baik serta berkeyakinan.
Meningkatkan Kesedaran Aural
Bermain piano juga secara tidak langsung mengasah kesedaran aural diri atau dalam erti kata lain mengasah kemahiran pendengaran dengan menilai perbezaan kod muzik, nada, suara, dan deria pendengaran.
Meningkatkan Motivasi Diri Dan Menerima Kritikan
- Foto – Omaha School Of Music And Dance
Bermain piano sejak dari kecil mendidik diri untuk menerima kritikan dengan fikiran yang terbuka, dan dalam masa yang sama ia juga dapat meningkatkan motivasi serta keyakinan diri.
Ramai pemain piano mempunyai kekuatan mental yang tinggi, dan mempunyai sikap positif diri yang bagus hasil dari bermain piano.
Memang banyak manfaat dan kebaikan kesihatan tatkala bermain piano, bagi yang ingin belajar bermain piano kamu boleh mencubanya dari sekarang kerana ianya tidak terlambat untuk belajar bermain piano.
Kata orang dulu di mana ada kemahuan di situ ada jalan, selamat mencuba!