Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kembara

Airbnb Yang Paling Best Di Malaysia, Patut Cuba Yang Ini

by Sofie Azizlan
December 19, 2020
Foto - NAMI By The Sea (Airbnb) / Bao Sheng @ Tatami Room, Penang (Airbnb)

Foto - NAMI By The Sea (Airbnb) / Bao Sheng @ Tatami Room, Penang (Airbnb)

Share on FacebookShare on Twitter

Rasa macam mahu bercuti tetapi dengan keadaan sekarang, ramai yang menjadi paranoid untuk keluar rumah. Mana tidaknya, penularan Covid-19 ini boleh meragut nyawa seseorang individu dan boleh tersebar kepada orang lain.

Tetapi kalau kamu teringin untuk rasa seperti sebuah percutian, kamu boleh merasai suasana tersebut di salah satu Airbnb ini.

Perkhidmatan yang digunakan secara meluas di Malaysia ini boleh buatkan percutian kamu menjadi paling bermakna dengan salah satu Airbnb yang paling best ini!

IKLAN

Dawn Heaven, Janda Baik, Pahang [TEMPAH]

Sesuai untuk keluarga yang sukakan aktiviti di luar rumah selain menghabiskan masa bersama-masa, Airbnb ini sesuai untuk mereka.

Foto – Dawn Haven (Airbnb)

Terdapat hampir 20 jenis pokok buah di sekitarnya, kolam ikan dan beberapa aktiviti seperti jungle trekking, river rafting, menunggang kuda dan melihat burung. Kesemua aktiviti ini boleh dilakukan sekiranya pelanggan mempunyai permintaan.

Sesuai untuk 16 orang

Harga: RM 5000 semalam

Ranis Lodge Angah, Langkawi, Kedah [TEMPAH]

Sesuai untuk pasangan yang memerlukan masa untuk berdua-duaan atau honeymoon, lokasi ini sangat sesuai dan strategik.

Foto – Ranis Lodge Angah (Airbnb)

Terletak di kaki Hutan Simpan Bukit Sawak, Airbnb ini memberikan ketenangan dengan pemandangan sawah dan kesejukan kabus pagi. Kamu dan pasangan juga boleh menghabiskan masa bersantai di kolam renang yang disediakan.

Sesuai untuk 2 orang

Harga: RM 345 semalam

IKLAN

The Scott Garden, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur [TEMPAH]

Kondominium yang terletak di Kuala Lumpur ini, kamu boleh menggunakan kedua-dua kawasan tidur sama ada di bahagian atas atau bawah. Kondominium ini juga menyediakan akses kemudahan seperti gimnasium, trek jogging dan kolam renang.

Foto – The Scott Garden (Airbnb)

Kamu dan keluarga juga boleh memasak atau melakukan aktiviti seperti barbecue di luar rumah dengan kelengkapan memasak yang lengkap.

Sesuai untuk 6 orang

Harga: RM 116 semalam

The Panaromic Seaview Cottage, Georgetown, Penang [TEMPAH]

Siapa sahaja yang tidak mahukan percutian yang memberikan pemandangan laut yang indah? Kamu boleh alami percutian sebegitu di Airbnb yang terletak di Georgetown, Penang ini.

Foto – The Panaromic Seaview Cottage (Airbnb)

Menggunakan reka bentuk moden daripada pemilihan sofa sehinggalah ke lampu chandelier, percutian mewah ini pasti menjadi memori yang paling bermakna. Lengkap dengan alatan memasak, sambil memasak dan makan kamu boleh menikmatinya dengan pemandangan laut.

Sesuai untuk 7 orang

Harga: RM 359 semalam

Pause Ipoh, Perak [TEMPAH]

Kebanyakan ruang dalam rumah menggunakan cahaya semula jadi yang membuatkan rumah kelihatan lebih luas dan cantik.

Foto – Pause Ipoh (Airbnb)

Airbnb ini menggunakan reka bentuk ala-ala retro dengan sofanya, lantai berjubin dan perabot. Sangat sesuai untuk pencinta barangan lama, Airbnb ini pasti mengujakan mereka!

Sesuai untuk 6 orang

Harga: RM 297 semalam

Bao Sheng @ Tatami Room, Penang [TEMPAH]

Bangun tidur nampak pemandangan yang menghijau, sangat menyegarkan! Kamu pasti menyukai tempat ini kerana mereka memberikan privasi untuk kolam mandi kepada pelanggan.

Foto – Bao Sheng @ Tatami Room, Penang (Airbnb)

Tatami Room ini sebenarnya terletak dalam ladang durian Bao Sheng yang sesuai untuk mereka memerlukan tempat yang jauh daripada bandar. Kamu boleh melakukan aktiviti seperti jogging, berbasikal atau mandi di air terjun!

Sesuai untuk 2 orang

Harga: RM 180 semalam

Rustic Chic & Private Jungle Stay At The Tip Of Borneo, Kudat, Sabah [TEMPAH]

Tidak pernah terfikir untuk bangun menghadap pemandangan Laut China Selatan? Airbnb ini yang terletak di hutan tropika Borneo merupakan sebuah chalet yang lengkap untuk dua sehingga empat orang.

Foto – Rustic Chic & Private Jungle Stay At The Tip Of Borneo (Airbnb)

Sesuai untuk mereka yang gemar akan aktiviti yang lasak seperti jungle trekking, mountain biking dan lawatan melihat paya bakau.

Sesuai untuk 4 orang

Harga: RM 474 semalam

NAMI By The Sea, Kuala Dungun, Terengganu [TEMPAH]

Menginap di tepian pantai, seronok rasanya apabila bangun melihat laut dan terkena anginnya yang dingin dan selesa.

Foto – NAMI By The Sea (Airbnb)

Kamu boleh menginap di sini bersama dengan rakan atau keluarga kerana Airbnb ini menyediakan tempat untuk barbecue sambil melihat matahari terbenam. Tidak seperti di bandar, lokasi ini sesuai untuk kamu baring di luar untuk melihat bintang di langit pada waktu malam.

Sesuai untuk 4 orang

Harga: RM 298 semalam

Semua Airbnb ini cantik dan sangat menenangkan untuk mereka yang mahukan percutian yang panjang atau singkat untuk lari daripada kesibukan bandar atau melepaskan tekanan. Jadi tunggu apa lagi, jangan lupa tempah sekarang!

Tags: airbnb bestairbnb malaysia 2020airbnb malaysia bestairbnb paling best di malaysia
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan