Adakah kamu tahu, setiap individu yang berbeza mempunyai kemungkinan berkongsi personaliti yang sama? Melalui tingkah laku yang tertentu seperti cara berjalan, mereka dapat memberikan gambaran yang sama tentang personaliti dan watak mereka.
Menurut Eliot Hoppe iaitu jurulatih komunikasi dan penulisan, beliau percaya setiap gerakan seseorang individu itu dapat memberikan maksud tentang perasaan dan personaliti mereka.
“Setiap bahasa badan sebenarnya menggambarkan emosi sebenar yang dirasai oleh seorang individu dan kebanyakan gerakan ini dilakukan tanpa disedari”, ujarnya.
Untuk pengetahuan kamu, terdapat empat jenis cara berjalan yang dapat menggambarkan personaliti kamu. Kalau mahu tahu, teruskan membaca.
Driver
Untuk gaya jalan Driver ini, ia adalah personaliti bagi seseorang yang suka berjalan dengan pantas dan tidak menghiraukan orang lain.
Dikenali sebagai Bottom-liner atau Get It Done, individu yang mempunyai perwatakan ini adalah seorang yang ringkas, sangat positif dan tidak gemar untuk membuang masa dalam membuat keputusan atau menyelesaikan sesuatu tugasan.
Dalam pada masa yang sama, mereka yang berjalan gaya ini mempunyai kemungkinan mereka sebenarnya tidak peramah dan intense.
Influencer
Untuk mengetahui seseorang ini berjalan gaya Influencer, dia sering berjalan sedikit laju dalam keadaan kepala yang mendongak, bahu ke belakang dan mendabik dada. Jika kamu perasan, kebanyakkan selebriti dan ahli politik sering berjalan dalam gaya ini.
Gaya jalan ini menggambarkan seseorang itu gemar menghadapi cabaran dan mempelajari sesuatu yang baru. Tetapi dalam masa yang singkat, mereka boleh menjadi cepat bosan.
Individu ini juga tidak akan suka melakuakn sesuatu pekerjaan yang mempunyai banyak jalan kerja atau komitmen kerana mereka sangat teliti dalam sesuatu perkara.
Supporter
Jika kamu melihat seseorang itu sangat berkeyakinan dan berjalan dalam pace yang biasa dengan menggunakan kelajuan yang sederhana, berkemungkinan dia seorang Supporter.
Untuk mengetahui seseorang itu adalah Supporter, kamu boleh melihat mereka suka berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain ketika berjalan. Kamu juga boleh melihat mereka ini suka apabila diri dihargai dan terlalu merendah diri ketika menerima pujian daripada orang lain.
Selain itu, individu Supporter ini mudah untuk bekerjasama dan boleh dipercayai ketika berkongsi rahsia dan memberikan pendapat. Mereka juga sangat berhati-hati dalam percakapan untuk mengelakkan salah faham serta pergaduhan.
Careful Corrector (DISC)
Mudah untuk mengetahui jika seseorang itu adalah careful corrector (DICS), kamu boleh nampak mata mereka hanya tertumpu pada arah jalan dan sanngat berhati-hati.
Mereka yang berjalan dalam gaya ini mempunyai personaliti seorang yang pendiam, sopan dan laju dalam memperbaiki kesilapan jika ada. Mereka ini juga tidak suka menggunakan telefon atau membuat perkara yang dapat menarik perhatian mereka dan mengganggu orang lain.
Walaupun kadang-kadang kamu rasa seseorang itu pelik dalam cara berjalannya, kamu perlu tahu setiap gaya berjalan itu menggambarkan tentang personaliti sebenar mereka. Jadi kamu yang mana satu?