Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Selain Kamal Adli, Artis Ini Juga Melamar Pasangannya Di Atas Pentas

by Sofie Azizlan
December 21, 2020
Foto - TV3 / Pinterest

Foto - TV3 / Pinterest

39
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum berkahwin, sudah menjadi ‘budaya’ untuk seorang individu melamar pasangan mereka untuk tujuan mengajak berkahwin dan mendapatkan persetujuaannya.

Jika kamu lihat, rata-rata pasangan di media sosial mahupun secara realiti, mereka mempunyai pelbagai jenis idea dalam melamar pasangan di mana kamu sendiri tidak pernah terfikir untuk melakukannya.

Yang paling lain daripada yang lain, ada beberapa artis telah melamar pasangan mereka di hadapan ribuan penonton dan di atas pentas. Siapakah artis tersebut? Teruskan membaca.

Kamal Adli & Uqasha Senrose

Ketika bersiaran secara langsung melalui program live Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020), Kamal Adli telah membuat kejutan dengan melamar pasangannya iaitu Uqasha Sensrose.

Foto – Berita Kopak / TV3

Pasangan itu dikatakan menjadi akrab selepas menjalani pengambaraan drama Setelah Terlafaznya akad arahan Michael Ang pada tahun lalu. Dan mereka telah digandingkan sekali lagi menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael.

Ketika pengambaraan Perempuan Tanpa Dosa, Michael telah memberitahu pasangan tersebut telah menjalani kursus perkahwinan.

Hairul Azreen & Hanis Zalikha

Siapa yang tidak ingat tentang kisah pasangan ini? Hanis Zalikha pernah ‘reject‘ Hairul ketika mereka berkenalan di MySpace. Disebabkan oleh faktor umur dan jarak itulah membataskan pergaulan mereka.

Foto – Pesona Pengantin / SAYS

Setelah beberapa tahun dan muncul sebagai juara Fear Factor Selebriti Malaysia, Hairul berusaha keras untuk memenangi hati Hanis. Mengakui hal itu, dia pernah mencari Hanis kembali tetapi disebabkan oleh beberapa faktor, ia menjadi terbatas.

Orang tua cakap, kalau jodoh tidak akan kemana! Atas keberanian Hairul, dia telah melamar Hanis ketika siaran langsung Gegar Vaganza yang ditonton oleh ribuan orang.

IKLAN

Awal Ashaari & Scha Alyahya

Sebut sahaja nama pasangan ini pasti semua orang tahu siapakah mereka. Scha Alyahya dan Awal Ashaari adalah seorang pelakon, pengacara dan model bagi beberapa buah jenama terbesar di dunia.

Foto – August Man / Cinema Online

Tetapi ada yang tahu tentang kisah lamaran mereka? Mereka yang dijemput sebagai tetamu jemputan dalam program hiburan Propaganza telah mengejutkan Scha apabila Awal membuat tindakan berani untuk melamarnya.

Awal yang melamar Scha telah menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang. Scha yang kelihatan terkejut terus menerima lamaran tersebut.

Mereka berkahwin pada tahun 2012 dan dikurniakan seorang anak perempuan dan bakal melahirkan seorang bayi tidak lama lagi.

Marian Rivera & Dindong Dantes 

Pasangan pelakon Filipina yang terkenal, Marian Rivera dan Dindong Dantes telah berkahwin pada tahun 2014.

Foto – Pinterest / Team Dantes

Mereka yang kelihatan sangat akrab dan serasi melalui drama Marimar dan Temptation Of Wife. Menerusi rancangan tarian ‘Marian’, Dindong telah mengambil langkah yang berani apabila melamarnya secara live.

Marian yang kelihatan terkejut dengan lamaran ini dengan pantasnya menerima lamaran Dindong. Hasil perkahwinan pasangan tersebut, mereka dikurniakan dengan 2 cahaya mata.

Setiap pasangan, mereka mempunyai cara yang unik dan istimewa dalam melamar pasangan mereka. Lamaran kamu bagaimana pula?

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: hanis zalikha dan hairul azreenkamal adli dan uqasha senrosepasangan artispasangan artis dilamarpasangan artis malaysiapasangan artis melamar di pentasscha alyahya dan awal ashaari
Share2Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Baru Kahwin Dua Minggu Tapi Isteri Hamil Tiga Minggu, Suami Kena Tahu Sebabnya

Glamor Di Pagi Raya Dengan Koleksi Scha Alyahya Bersama Bonia, Memang Cun!

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.