Baca tajuk pun dah ngeri ‘tindik dekat pipi’, inikan pula melakukan sendiri.
Tindik di pipi atau kadang-kadang disebut tindikan lesung pipit, adalah tindikan pada sisi wajah, biasanya tepat di atas mulut di mana kedudukan lesung pipit secara semula jadi.
Proses tindik ini boleh merbahayakan jika tidak dilakukan dengan betul. Jadi, sebelum anda terfikir nak mengikuti trend ini, ketahui tentang mendalam prosedur, kesan sampingan yang berpotensi dan penjagaan selepas agar tak menyesal kelak.
Prosedur Tindik Pipi
Baiklah jika anda sanggup nak ambil risiko dengan tindik pipi, beberapa benda penting kena tahu sebelum memulakan prosedur.
Sebelum pipi anda ditindik, profesional akan melihat ke mulut anda terlebih dahulu. Mereka mencari saluran parotid, yang bertanggungjawab untuk memasukkan air liur ke dalam mulut. Ini sangat penting kerana jika kalenjar ini rosak semasa menusuk, ia tidak dapat diperbaiki.
- Foto – Arkib Wanista
Penindik akan menandakan penempatan tindik hingga anda dapat melihat bagaimana bentuknya nanti. Sekiranya anda bimbang tentang kesakitan, anda boleh meminta ubat bius topikal pada kulit anda. Tindik jenis ini biasanya dilakukan dengan jarum dan bukannya pistol, dan boleh dilakukan dari dalam atau luar mulut.
Sekiranya dilakukan dari luar, penindik mungkin meminta anda memasukkan gabus ke dalam mulut anda agar jarum tidak merosakkan lidah atau gusi anda. Dalam beberapa kes, tindik akan dilakukan dengan jarum sehingga subang dapat masuk ke dalam lubang dengan satu gerakan.
Kesakitan Yang Kamu Tanggung Bila Tindik Pipi
Tindik pipi berisiko kerana sangat dekat dengan kalenjar parotid. Seorang penindik yang mahir dan terlatih tahu untuk mengelakkan saluran, tetapi masih berisiko.
Dengan tindik pipi, parut adalah perkara biasa. Ada sebilangan orang tindik di pipi kerana mereka menginginkan bekas luka, inginkan kesan lesung pipit.
- Foto – Guide
Tanda-tanda tindik yang dijangkiti termasuk warna kuning, bengkak, kesakitan dan kemerahan yang berterusan, dan gatal-gatal. Terus jumpa doktor jika rasa sakit bertambah buruk atau gejala tidak baik dalam masa dua hari.
Anda mungkin akan mengalami bengkak akibat tindik. Jangan tukar subang anda selama 8 hingga 12 minggu, untuk menyesuaikan dengan kulit.
Anda boleh merawat kawasan bengkak dengan lembut selama beberapa minit menggunakan bungkusan ais yang dibalut dengan tuala kertas.
- Foto – Medical News Today
Benjolan di pipi akibat tindik boleh menyebabkan :
- Abscess, dirawat dengan membersihkan tempat menindik dan menggunakan kompres hangat. Sekiranya cecair yang keluar berbau busuk, segera berjumpa doktor.
- Parut hipertrofik, yang merupakan tindak balas biasa pada kulit yang mengalami kecederaan.
- Parut keloid, yang terbentuk akibat daripada parut yang berlebihan.
Langkah Berjaga-Jaga Kamu Kena Ambil
Tindik pipi sangat berisiko kerana berdekatan dengan kalenjar parotid. Tindik perlu dibersihkan dengan penuh hati-hati, sekurang-kurangnya dua kali sehari, setiap hari.
Bahagian dalam subang juga cenderung menggosok gigi dan gusi. Sekiranya anda mempunyai cavities, memakai enamel, atau masalah gusi, sebaiknya lupakan hasrat tindik agar tidak memburukkan kesihatan oral.
Pastikan subang anda diperbuat daripada bahan hipoalergenik, tidak beracun, dan anda tidak alah kepada jenis logam yang diperbuat daripada subang tersebut.
- Foto – Pinterest
Ikuti langkah penjagaan tindik pipi:
- Rawat bahagian luar tindik menggunakan sabun antibakteria cair atau Bactine. Sekiranya sabun terlalu keras, anda boleh mencairkannya dengan air dengan nisbah 1 hingga 1. Sapukan pada tindik dengan kapas.
- Bersihkan dua hingga tiga kali setiap hari.
- Teruskan rawatan selama sekurang-kurangnya 8 minggu.
Kepada yang nekad nak tindik pipi, sedikit rasa sakit dan bengkak adalah normal pada minggu pertama atau lebih selepas tindikan baru.
Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya tindik berdarah, kekuningan, atau semakin merah atau bengkak setelah beberapa hari, yang mungkin menandakan adanya jangkitan.
Segera berjumpa doktor sekiranya anda demam atau mengesyaki kerosakan telah dilakukan pada saluran parotid anda.