• Latest
Mudah Dan Murah! Beli Saja Barang Memasak Ini Dekat Daiso

Mudah Dan Murah! Beli Saja Barang Memasak Ini Dekat Daiso

December 22, 2020
Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN

Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN

January 26, 2021
Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

January 25, 2021
Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

January 25, 2021
5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

January 25, 2021
Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

January 25, 2021
Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

January 25, 2021
Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

January 25, 2021
Cara Sihat Untuk Kulit Cerah Berseri Dalam Empat Minggu Dengan Cetaphil!

Cara Sihat Untuk Kulit Cerah Berseri Dalam Empat Minggu Dengan Cetaphil!

January 25, 2021
Cantik Sangat Fesyen Moon Ga-Young Dalam True Beauty!

Cantik Sangat Fesyen Moon Ga-Young Dalam True Beauty!

January 25, 2021
Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut

Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut

January 25, 2021
Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

January 24, 2021
Bagus Amal ‘Cat Therapy’ Bukan Setakat Hilang Anxiety, 7 Kebaikan Dapat

Bagus Amal ‘Cat Therapy’ Bukan Setakat Hilang Anxiety, 7 Kebaikan Dapat

January 24, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Mudah Dan Murah! Beli Saja Barang Memasak Ini Dekat Daiso

Sofie Azizlan by Sofie Azizlan
December 22, 2020
Mudah Dan Murah! Beli Saja Barang Memasak Ini Dekat Daiso

Foto - Penang Foodie

38
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau sudah berada dalam golongan wanita, pasti mereka tidak keruan melihat kedai serbaneka DAISO. Apa yang menariknya dalam kedai itu sehingga ramai wanita akan keluar berborong membeli barangan di situ?

Kalau kamu mahu tahu, DAISO ini adalah sebuah kedai serbaneka yang dibuka di Jepun. Kedai ini menjual beberapa barangan seperti perhiasan rumah, barangan peribadi, alat permainan dan juga perkakas dapur!

Kebanyakkan barang dijual dengan harga RM 5.90 sahaja, murah bukan? Bukan sahaja murah, kamu juga boleh dapatkan pelbagai jenis barangan yang tidak ada di Malaysia.

Bagi wanita yang gemar memasak, penulis akan senaraikan beberapa barangan yang berguna untuk dipakai di dapur.

#1 Oily Grime Cleaner 

Selepas memasak, situasi ini akan menjadi sedikit rumit untuk golongan wanita. Mana tidaknya, mereka perlu menggosok dan lap dinding dan dapur memasak yang terkena dengan lebihan minyak atau percikan masakan.

Foto – Tao Bao

Tetapi hanya menggunakan Oily Grime Cleaner, para wanita boleh lap dalam hanya sekali sahaja, dapur memasak dan dinding boleh bersih seperti sebelum kamu memasak.

#2 Cooking Oil Hardener 

Bagaimana kamu selesaikan hal berkaitan dengan lebihan minyak masak? Adakah buang ke dalam sinki? Jika buang dalam sinki, minyak tersebut boleh membuatkan saluran tersumbat.

Foto – Daiso / Pikumii

Di DAISO kamu boleh membeli Cooking Oil Hardner ini dan campurkan produk ini dalam lebihan minyak masak sehingga ia menjadi keras. Kemudian, kamu boleh letak dalam plastik dan buang ke dalam tong sampah.

#3 Oil-Absorbing Cooking Paper

Selain menggunakan tisu atau kertas untuk melapik makanan yang bergoreng, kamu boleh gantikan dengan Oil-Absorbing Cooking Paper ini. Jika kamu menggunakan tisu atau kertas biasa, ia akan mempercepatkan makanan kamu menjadi lembik.

Foto – Ali Express / Pic Click

Jadi gantikan ia kepada kertas ini kerana fungsinya adalah untuk mengekalkan kerangupan makanan kamu dalam jangka masa panjang seperti baru memasak.

#4 Kitchen & Egg Timer

Bagi sesetengah wanita, kitchen dan egg timer ini sangat berguna untuk mereka. Bukan apa, kadang kala mereka menjadi ralik kerana fokus membuat kerja yang lain sambil menunggu masakan, baking atau telur yang direbus masak.

Foto – Youtube / Wao Shang Enterprise

Dengan hanya set timer ini sahaja ketika memasak, pasti kamu akan sedar masakan kamu telah siap dimasak tanpa ianya menjadi terlalu overcooked atau tidak menjadi.

#5 Microwavable Lid 

Kalau cakap berkenaan microwave, macam-macam kegunaan dan sangat mudah untuk para wanita. Tetapi ketika kamu memasukkan makanan dalam microwave, adakah kamu tutup makanan tersebut?

Foto – Twitter / Giganze

Jika tidak, kamu boleh gunakan mircowavable lid ini untuk menutup makanan kamu dan menghalangnya daripada terpercik ke seluruh microwave ketika dipanaskan.

#6 Kitchen Oil Jug 

Perasan atau tidak ketika menuang minyak secara terus dari botol atau plastik, ia akan meleleh tumpah?

Foto – Rencah / Ali Express

DAISO boleh selesaikan masalah itu. Kamu cuma perlu menggunakan Kitchen Oil Jug ini sahaja untuk menuang minyak ke dalam kuali atau mana-mana sahaja. Selain memudahkan ia juga mengelakkan minyak daripada tumpah di kawasan memasak kamu.

#7 Apple & Mango Cutter 

Untuk wanita yang tidak mahu buang masa mengupas epal dan mangga, kamu boleh jimatkan masa dan tidak perlu gunakan pisau.

Foto – Twitter

Menggunakan cutter epal dan mangga ini, letak sahaja di atas buah tersebut dan tekan sahaja. Epal dan mangga kamu siap dipotong dan sedia untuk dimakan.

#8 Garlic Peeler 

Rasa buang masa apabila perlu kupas satu per satu kulit bawang putih sebelum memasak. Tetapi untuk menjimatkan masa kamu dan mengupas kulit bawang putih dalam kuantiti yang banyak, kamu hanya perlu beli garlic peeler ini.

Foto – Daiso Japan / Amazon

Hanya masukkan beberapa ulas bawang putih dalam kuantiti yang kamu mahu, letakkan dalam lubang peeler ini dan golekkan sahaja. Kamu akan melihat kulit bawang putih kamu siap terkupas.

#9 Silica Gel Food Desiccant 

Nampak cantik sangat apabila simpan makanan seperti spaghetti atau makaroni dalam bekas kaca. Tetapi kamu tahu atau tidak makanan yang simpan dalam bekas kaca kadang-kadang tidak tahan, tidak segar dan cepat masuk angin?

Foto – Penang Foodie / Ali Express

Selain untuk nampak cantik dalam bekas kaca, penting untuk setiap makanan itu kekal segar sebelum digunakan. Dengan hanya letakkan Silica Gel Food Desiccant, kamu boleh kekalkan kesegaran dan ketahanan makanan kamu walaupun letak dalam bekas kaca atau mana-mana bekas sekalipun.

#10 Silicone Oil Bottle & Brush 

Kalau kamu lihat ibu-ibu dahulu, mereka hanya menggunakan serai atau berus untuk menyapu minyak pada kuali.

Foto – Penang Foodie

Kini tidak perlu lagi menggunakan barang-barang seperti itu kerana kamu boleh memudahkan kerja dengan hanya guna Silicone Oil Bottle & Brush. Untuk pengetahuan kamu, barangan ini juga tahan panas.

Sangat memudahkan dan menjimatkan wang! Kalau kamu ke DAISO jangan lupa beli barangan ini untuk kegunaan di dapur. Happy shopping!

Tags: barang daisobarang dapur daisobarang masakbarangan daisobarangan memasak di daisodaiso
Share2Tweet1Send

ARTIKEL BERKAITAN

5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid
Info Menarik

5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

January 25, 2021
Jambang Ekor Monyet Jadi Pilihan, Gaya Terkini Lelaki 2021
Info Menarik

Jambang Ekor Monyet Jadi Pilihan, Gaya Terkini Lelaki 2021

January 23, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan