Wednesday, April 14, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Plaster Jerawat Ajaib Viral Di TikTok, Ramai Wanita Berebut Guna

by Mas Idayu
December 23, 2020
Foto - New York Post

Foto - New York Post

9
SHARES
85
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini plaster jerawat hydrocolloid semakin hangat diperkatakan dikalangan pengguna media sosial, dan kini ianya menjadi viral di TikTok kerana keberkesanan plaster tersebut dalam menangani masalah jerawat aktif.

Ramai pengguna TikTok wanita berkongsi video muka masing-masing yang berjerawat, sambil memakai plaster jenis hydrocolloid ini dan hasilnya jerawat mengecut.

Bagi yang tertanya-tanya mengapa plaster jenis hydrocolloid ini berkesan dalam menangani jerawat muka, ini antara faktor utamanya.

Foto - Facebook Hiruscar

Nak Muka Flawless Tanpa Parut Jerawat, Guna Hiruscar ‘Step By Step’

April 2, 2021
Foto - TikTok David Dobrik

Doktor Gigi Larang Pengguna TikTok Tiru Madison Beer Buka Penutup Botol Guna Gigi

April 1, 2021

Teknologi Hydrocolloid Mengecutkan Jerawat

Gel hydrocolloid yang terdapat pada plaster jerawat yang terdapat di pasaran dalam dan luar negara, sebenarnya sangat bagus dalam menangani masalah jerawat di muka.

Ini kerana teknologi hydrocolloid mengandungi bahan yang berasaskan air seperti carboxymethyl cellulose, yang mana mampu meresap masuk kedalam jerawat dan menyedut nanah, minyak, kotoran dalam jerawat dengan mudah.

IKLAN

Foto – The Independent

Hasilnya selepas menampal plaster jerawat di muka semalaman (jika kamu pakai plaster sebelum tidur), pada keesokan paginya kamu dapat lihat jerawat kamu sudah mengecut.

Pengguna TikTok Terkejut Lihat Proses Penyembuhan Jerawat

Foto – Arkib Wanista

Seperti sedia maklum, wajah yang memiliki jerawat akan mengalami proses penyembuhan yang sangat lambat, tetapi apabila segala ‘bendasing jahat’ telah disedut dalam plaster jerawat hydrocolloid ia akan mempercepatkan proses penyembuhan kulit muka.

Ramai video pengguna TikTok terkejut melihat kesan dan proses penyembuhan jerawat pada muka mereka, masing-masing seperti tidak percaya bahawa plaster jerawat tersebut sangat berkesan menangani masalah jerawat yang dihadapi mereka.

Jenama Plaster Jerawat Yang Bagus Dan Ramai Wanita Guna

Foto – Arkib Wanista

Kini disebabkan banyak video pemakaian plaster jerawat hydrocolloid yang viral di media sosial seperti TikTok, membuatkan ramai wanita berpusu-pusu ingin mendapatkannya.

Berikut adalah beberapa kedai yang menjual plaster jerawat hydrocolloid secara dalam talian dan juga di kedai fizikal.

  • Hermo – By Wishtrend Clear Skin Shield Patch RM29.90 [BELI]
  • Watson – Acne Patch RM8.80 [BELI]
  • Althea – COSRX Clear Fit Master Patch RM16 [BELI]
  • Guardian – 3M Nexcare Acne Patch RM16.90 [BELI]
  • iHerb – Clearasil Overnight Spot Patches RM46.34 [BELI]

Melihat banyak video blogger kecantikan dan pengguna TikTok berkongsi keberkesanan plaster jenis hydrocolloid pada masa ini, tidak hairanlah mengapa produk ini menjadi rebutan ramai dan menganggapnya sebagai plaster jerawat ajaib!

Rujukan: 1, 2,

Tags: jerawatPlaster Hydrocolloid TrendingPlaster JerawatPlaster Jerawat HydrocolloidPlaster Jerawat ViralTeknologi HydrocolloidTikTok
Share4Tweet2Send

ARTIKELTERKINI

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

7 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Ibu Hamil Di Bulan Ramadan

Selalu Tengok Orang Korea Minum ‘Red’ Ginseng, Ini Manfaat Kita Tak Tahu

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.