Wednesday, April 14, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Februari 2021, Malaysia Bakal Terima Vaksin COVID-19 Jenis Yang Ini?

by Sofie Azizlan
December 23, 2020
Foto - CGTN.com

Foto - CGTN.com

27
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Negara kita, Malaysia akan mula menerima vaksin pertama COVID-19 Pfizer mulai Februari 2021.

Vaksin tersebut akan diagihkan kepada frontliner seperti kakitangan kesihatan, polis dan tentera serta diikuti dengan mereka yang berada dalam kumpulan risiko seperti orang tua, penyakit tidak berjangkit dan penyakit pernafasan kroik.

Menerusi video pendek oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu, beliau menyatakan dirinya akan menerima vaksin tersebut.

Foto - The Straits Times/Bloomberg

Jenis-Jenis Vaksin Yang Malaysia Guna, Beza Setiap Satu Dan Kesannya

March 8, 2021
Foto - WBFF

Kenapa Vaksin COVID-19 Perlu Ambil Sehingga 2 Dos?

February 26, 2021

“Bagi menyakinkan masyarakat tentang keberkesanan dan keselamatan vaksin tersebut, saya akan menjadi antara individu yang terawal dalam menerima vaksin COVID-19.

Dalam pada masa yang sama, kerajaan menyasarkan sebanyak 70% rakyat Malaysia akan menerimanya”, ujar beliau.

Foto – CNBC.com / Libur

Sebaik sahaja Malaysia menerima vaksin tersebut, Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Nasional (NPRA) Kementerian Kesihatan akan terus memantau keberkesanan dan keselematan vaksin tersebut.

Untuk pengetahuan kamu, kerajaan telah menandatangani perjanjian untuk menerima vaksin COVID-19  untuk rakyat Malaysia seperti:

IKLAN

Foto – Vox.com / Marketplace.com
  • Syarikat farmaseutikal AstraZeneca –  6.4 juta dos vaksin (10%).
  • Pfizer – 12.8 juta dos vaksin (20%)
  • Covax – 6.4 juta dos vaksin (10%)

(Covax adalah negara sekutu yang memastikan pengagihan vaksin COVID-19 dilakukan dengan adil.)

Selain itu, kerajaan dalam rundingan terakhir dengan pengeluar vaksin yang berpangkalan di China seperti Sinovac, CanSinoBIO serta The Gamaleya National Center daripada Rusia untuk bekalan vaksin tambahan.

Foto – Exame / Financial Times

Jadi secara keseluruhannya, Malaysia akan mempunyai bekalan dos vaksin yang lebih daripada 80% (26.5 juta penduduk) dengan kos sebanyak RM 2.05 bilion.

Menerusi Twitter milik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengatakan vaksin ini akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia.

I would also like to offer once again to the Parliamentary Select Committee, which is bipartisan, that I brief them immediately on the details of our procurement in the interest of permissible disclosure. pic.twitter.com/jk9WfRa1Cn

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) December 22, 2020

Fakta Tentang Vaksin COVID-19

Pfizer 

  • Vaksin ini perlu disimpan pada suhu -70°C iaitu seperti suhu musim sejuk di Antartika.
  • Tempoh penyimpanan vaksin ini adalah selama 5 hari dalam suhu peti standard (2°C-8°C)atau selama 15 hari menggunakan kotak penghantaran termal.
  • Antara kesan sampingan vaksin ini adalah badan berasa lemah, sakit pada bahagian kepala dan otot.

AstraZeneca

  • Boleh disimpan pada suhu sejuk biasa iaitu 2°C-8°C sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
  • Kesan sampingan vaksin ini adalah sakit pada bahagian cucuk, bengkak dan kemerahan sahaja.

Covax

  • Vaksin Covax ini perlu disimpan dalam suhu peti sejuk biasa iaitu 2°C sehingga 8°C.
  • Kesan sampingan selepas menerima vaksin ini adalah individu tersebut akan berasa lenguh dan sakit kepala.

Sementara menunggu vaksin COVID-19, Perdana Menteri mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi langkah keselamatan dan menyesuaikan diri dengan norma baharu sama ada sebelum dan selepas menerima vaksin.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4, 5, 6

Tags: astrazenecacansinocovaxdos vaksin covid-19gamaleya institutejenis vaksin covid-19 malaysiapfizersinovacvaksin covid-19vaksin covid-19 malaysia
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

7 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Ibu Hamil Di Bulan Ramadan

Selalu Tengok Orang Korea Minum ‘Red’ Ginseng, Ini Manfaat Kita Tak Tahu

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.