Teringin nak tengok aksi romantik antara Ji Chang Wook dan Kim Ji Won?
Kini drama Korea terbaru ‘Lovestruck In The City’ yang telah mula ditayangkan di Netflix pada 22 Disember 2020, dapat memenuhi impian peminat kedua-dua aktor dan aktres ini.
Menerusi drama ‘Lovestruck In The City’ yang bergenre romantik komedi ini, menampilkan barisan pelakon kesukaan ramai iaitu Ji Chang Wook dan juga Kim Ji Won dengan babak yang cukup mencuit hati.
‘Lovestruck In The City’ Pentas Pertemuan Dua Pelakon Berbakat
- Foto – Instagram
Drama ‘Lovestruck In The City’ ini merupakan projek terbaru Ji Chang Wook dan Kim Ji Won, kolaborasi kedua-dua pelakon ini telah bermula sejak bulan September 2020 lagi.
Melihat video trailer ‘Lovestruck In The City’ yang ditayangkan di YouTube meyakinan penonton bahawa ini adalah salah satu drama romantik komedi yang berbaloi untuk ditonton.
Apatah lagi, chemistry yang dipaparkan cukup membuatkan hati penonton cair tatkala melihat adegan dan babak romantik serta lucu dalam drama terbaru ini.
Barisan Pelakon Yang Membintangi ‘Lovestruck In The City’
https://www.youtube.com/watch?v=_zv9VJxXEVE
Pastinya ramai yang ingin tahu lebih lanjut siapa lagi watak-watak yang menjayakan drama romantik komedi terbaru ini bukan, ini antara nama barisan pelakon dan watak yang dibawa oleh mereka.
Ji Chang Wook Sebagai Park Jae Won
- Foto – Instagram Ji Chang Wook
Jae Won merupakan seorang arkitek dan setahun yang lalu hatinya telah jatuh cinta pada seorang wanita yang digelar sebagai pencuri kamera.
Kemudian sebelum malam musim panas wanita tersebut telah menghilangkan diri, dan sehingga kini Jae Won tidak dapat melupakan wanita tersebut.
Kim Ji Won Sebagai Lee Eun Oh
- Foto – Instagram Kim Ji Won
Eun Oh mempunyai alter ego diri yang dikenali sebagai Yoon Sun Ah, apabila Eun Oh menjadi Yoon Sun dirinya memiliki semangat dan jiwa yang bebas dengan sedikit perangai gila-gila.
Euh Oh juga digelar sebagai pencuri kamera oleh Jae Won dan kemudian saling jatuh cinta, sebelum akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke bandar dan tinggalkan Jae Won.
Kim Min Seok Sebagai Choi Kyung Joon
- Foto – Instagram Kim Min Seok
Kyung Joon merupakan seorang yang romantis terutama berhadapan dengan teman wanitanya Seo Rin Yi, boleh dikatakan kehidupan Kyung Joon berputar sekitar teman wanitanya dan tidak mengendahkan hal lain.
So Ju Yeon Sebagai Seo Rin Yi
- Foto – Instagram So Ju Yeon
Rin Yi seorang wanita yang agak cuai, sedikit pelik dan juga seorang yang loveble tatkala bersama dengan teman lelakinya Kyung Joon.
Ryu Kyung Soo Sebagai Kang Geon
- Foto – Instagram Ryu Kyung Soo
Dalam drama ini Kang Geon memilih untuk hidup bersendirian dan sedikit sebanyak kehidupannya diwarnai dengan drama-drama orang sekelilingnya.
Sinopsis ‘Lovestruck In The City’
Drama ‘Lovestruck In The City’ memaparkan kisah realiti kehidupan orang muda mencari kebahagian hidup dan percintaan, disamping sibuk mengejar kerjaya dalam persekitaran yang begitu berdaya saing.
Tirai bermula dengan Park Jae Won yang merupakan seorang arkitek dengan minat yang mendalam, selain itu dirinya juga seorang yang jujur.
Jae Won juga mempunyai hobi mengumpul hobi baru dan dalam sedang mengumpul hobi baru, hatinya Jae Won berserta kameranya telah dicuri oleh Eun Oh. Tetapi malangnya Eun Oh menghilangkan diri dan sejak itu Jae Won tidak dapat melupakan Eun Oh.
Lee Eun Oh seorang wanita biasa yang mempunyai alter ego yang dikenali sebagai Yoon Sun Ah, dan bertemu dengan Jae Won di suatu tempat yang tidak dikenali.
- Foto – Instagram
Mereka saling jatuh cinta, tetapi malangnya Eun Oh membuat keputusan untuk kembali ke bandar dan tinggalkan Jae Won.
Menarik betul drama terbaru Ji Chang Wook bersama Kim Ji Won ini, bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut apa yang terjadi seterusnya dalam hubungan percintaan antara Jae Won dan Eun Oh kenalah tonton di Netflix!