Astro dah tak relevan lagi sekarang ini, betul ke? Tapi kalau betul sudah tidak relevan, apa yang menyebabkan rangkaian siaran televisyen terbesar di Malaysia ini kini kelihatan semakin ‘mundur’?
Melihat banyak ‘bual bicara’ dikalangan netizen di pelbagai medium platform, memberi gambaran serba sedikit mengapa rangkaian siaran terkenal ini tidak lagi relevan di mata umum.
Banyak Platform Dalam Talian Yang Menarik
- Foto – Arkib Wanista
Semakin berkembang kemajuan teknologi semakin banyak peluang perniagaan di lihat berpotensi besar dalam era siber, dan platform medium siaran dalam talian juga antara prospek yang mendapat perhatian.
Dengan lambakan platform-platform siaran dalam talian seperti Netflix, Viu, Rakuten Viki, iQiyi TV, We TV dan banyak lagi telah mula menarik perhatian orang ramai.
Tawaran Servis Dan Cas Yang Lagi Bagus
- Foto – Arkib Wanista
Jika Astro mempunyai pakej-pakej tertentu yang pelanggan harus pilih untuk mendapatkan siaran yang diingini, lain pula caranya bagi platform dalam talian yang lain.
Di mana servis serta cas yang ditawarkan oleh platform seperti ini, lebih baik dan memberi manfaat unggul kepada pelanggan mereka.
Hujan Atau Tidak, Siaran Tetap Ada
Masalah yang satu ini sudah tidak asing lagi terhadap pengguna Astro, sedang asyik menonton rancangan kegemaran tiba-tiba hilang siaran dek kerana hujan turun.
Disebabkan masalah ini, ramai pengguna Astro beralih ke platform lain untuk menonton rancangan kegemaran masing-masing tanpa sebarang gangguan.
Lebih Banyak Pilihan Rancangan Menarik Dan Trending
Bukan itu saja, platform dalam talian seperti We TV, Viu, Rakuten Viki, Netflix, iQiyi TV dan platform perkhidmatan yang lain menawarkan lebih banyak pilihan rancangan yang menarik dan trending untuk ditonton berbanding di Astro.
Tonton Di Mana Saja
- Foto – Arkib Wanista
Kini lebih ramai orang gemar menonton rancangan kegemaran mereka di telefon bimbit kerana ianya jauh lebih mudah, menyenangkan dan lebih fleksibel.
Apatah lagi dengan gaya hidup masa kini yang lebih bersifat kontemporari, maka telefon bimbit merupakan best friend untuk menonton rancangan kegemaran di mana jua.
Dan kita juga, tidak perlu pulang ke rumah untuk menonton rancangan kegemaran menggunakan langganan Astro di kaca televisyen.
Apa-apapun ini hanyalah kupasan yang dicedok setelah melihat banyak kemunculan platform baru muncul, mengintip sedikit dari ‘bual bicara’ dikalangan netizen dan juga sedikit pengalaman keluarga yang menggunakan perkhidmatan dari rangkaian siaran televisyen ini.
Selamat beramal♥