Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Tak Rugi Beli, Cuba Guna Produk Glycolic Acid Yang Ini

by Sofie Azizlan
December 26, 2020
Foto - Healthline

Foto - Healthline

Share on FacebookShare on Twitter

Sambil kamu ralik lakukan rutin penjagaan wajah, cuba kamu lihat sekejap bahan-bahan di belakang salah satu produk kamu. Ada nampak label ‘Glycolic Acid‘?

Kalau ada label tersebut, kamu tahu apakah sebenarnya asid itu? Glycolic acid ini dikatakan sebagai salah satu bahan yang paling ajaib dalam penjagaan wajah yang membuatkan kulit kamu lebih cerah dan paling penting berseri!

Bagi sesetengah orang, glycolic acid ini mungkin akan merengsakan kulit kamu. Tetapi jika digunakan dalam kuantiti dan kaedah yang betul, ia dapat memberi kesan yang paling efektif pada kulit kamu.

IKLAN

Jadi sebelum itu, kamu tahu apa sebenarnya Glycolic Acid ini?

Glycolic Acid

Berasal daripada tebu, glycolic acid ini adalah alpha-hydroxy acid (AHA) iaitu sekumpulan asid buah semula jadi yang terdapat dalam makanan kamu. AHA ini membuatkan kulit kamu buang sel kulit kusam dan sel kulit mati pada lapisan teratas kulit wajah kamu.

Foto – Joanna Lam / Chick Advisor

Dalam pada masa yang sama, glycolic acid ini akan merangsang pembentukan sel baru di wajah untuk menghasilkan tekstur kulit menjadi lebih lembut, warna kulit yang lebih baik dan cerah.

Kalau dari segi molekul pula, asid ini mempunyai ukuran molekul yang paling kecil sekali daripada semua jenis asid AHA. Glycolic acid ini paling mudah didapati dalam semua produk dan asid ini sangat aktif yang membolehkan ia menembusi kulit dengan paling mudah.

Pengelupasan Kulit 

Glycolic acid ini adalah asid yang larut dalam air dan menjadi sejenis bahan yang membuatkan kulit kamu kelihatan lebih berseri. Ini kerana asid ini mengelupaskan lapisan kulit yang paling luar untuk membuang sel kulit mati.

Foto – Vanity Fair

Bagi sesetengah orang yang menggunakan scrub, ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit kamu. Tetapi tidak seperti glycolid acid, ia dapat mengelupaskan kulit dengan lebih lembut jika kamu gunakan dalam kuantiti dan cara yang betul.

Peratusan Yang Betul Untuk Digunakan

Sebelum membeli produk yang mengandungi glycolic acid, kamu perlu tahu tentang jumlah peratusan yang sesuai untuk kulit kamu.

IKLAN
Foto – Pinterest

Sekiranya tidak mendapatkan apa-apa nasihat daripada pakar dermatologi, kamu tidak boleh menggunakan asid ini melebihi 10%. Ini kerana asid semakin tinggi peratusannya, semakin dalam asid ini menembus kulit kamu.

Macam lebih efektif, tetapi sebenarnya tidak. Jika kamu menggunakan lebih daripada 10%, ia boleh buatkan kulit kamu terbakar secara kimia terutamanya apabila kamu biarkannya terlalu lama di atas permukaan kulit.

Jenis Kulit Yang Sesuai Digunakan

Sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit normal, kombinasi, berminyak dan acne-prone. Dan jika kamu mempunyai masalah kulit seperti kedutan dan hyper-pigmentation, sesuai untuk kamu gunakan asid ini dalam mengatasinya.

Foto – Hype Beast

Untuk cuaca seperti di negara kita, terdedah kepada matahari boleh tingkatkan penggantian kulit dan mengelupas secara semula jadi. Tetapi ia boleh menjadi risiko kerana kulit kamu akan menjadi sensitif terhadap cahaya matahari dan boleh diatasi dengan pemakaian sunscreen sepanjang hari.

Apabila kamu gunakan asid ini, ia akan membuang lapisan kulit yang paling atas dan luar dengan cara mengelupaskannya. Semakin kamu bertambah usia, kulit kita akan mengelupas secara perlahan.

Produk Yang Patut Dicuba

Pixi Glow Tonic [RM 70]

Foto – Pinterest

Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner [RM 44.10]

Foto – Glowie Co / Shopee

Dr. Jart Plus V7 Toner [RM 114]

Foto – Shopee / Beauty Box Korea

Mario Badescue Glycolic Acid Toner [RM 105]

Foto – Chick Advisor / Pinterest

Drunk Elephant T.L.C Framboos Glycolic Night Serum [RM 578]

Foto – Drunk Elephant / Joanna Lam

Kalau kamu mahu mencuba tetapi sedikit ragu-ragu sama ada glycolic acid ini sesuai atau tidak dengan jenis atau masalah kulit, kamu boleh dapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar dermatologi.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: apa itu glycolic acidexfoliate skinfungsi glycolicfungsi glycolic acidglycolic acidproduk glycolic acid
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan