Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Mata Boleh Buta Ke Kalau Lihat Matahari Terlalu Lama?

by Sofie Azizlan
December 27, 2020
Foto - Wonder Polis

Foto - Wonder Polis

Share on FacebookShare on Twitter

Pernah atau tidak kamu lihat matahari lama-lama dan mata menjadi seperti berpinar, pening dan seolah-olah buta?

Walaupun sebenarnya matahari itu terletak sejauh 150 juta kilometer daripada bumi, jika ia mampu memberikan kerosakan kepada kulit tanpa sebarang protection, apatah lagi mata kamu.

Jika tidak memakai sebarang protection semasa melihat matahari, mata kamu boleh rosak dan berkemungkinan boleh menjadi buta.

IKLAN

Sebab itulah orang-orang tua sering memberitahu untuk tidak melihat secara langsung kepada matahari kerana ia boleh mendatangkan beberapa kesan.

Lihat Matahari Terlalu Lama 

Apabila kamu melihat matahari terlalu lama, hanya dalam beberapa saat sahaja mata kamu boleh mengalami kerosakan.

Sinaran ultraviolet (UV) akan memasuki mata secara langsung di mana cahayanya akan fokus kepada lens mata dan retina yang terletak di belakang mata kamu.

Foto – Metro

Kalau kamu mahu tahu, retina ini adalah satu tisu yang sangat sensitif yang melapisi keseluruhan permukaan dalaman mata. Setelah diserap ke retina, sinaran UV ini akan membentukan radikal bebas.

Radikal bebas ini akan mengoksidasikan tisu-tisu di sekitar mata dan memusnahkan rod dan photoreceptor di retina. Kerosakan ini dipanggil sebagai solar atau photic retinopathy.

Simptom Kerosakan Mata

Dikatakan tidak semua orang akan mengalami rasa sakit mata semasa melihat matahari secara langsung. Tetapi dalam kebanyakkan situasi, kamu boleh merasai simptom-simptom ini dalam masa 12 jam.

Foto – Retina Image Bank

Simptom solar retinopathy ini boleh terjadi pada sebelah mata sahaja tetapi untuk sesetengah orang ia boleh berlaku pada kedua-dua belah mata.

Untuk kes photic retinopathy yang biasa sahaja, kamu boleh mengalami simptom seperti:

IKLAN
  • Mata menjadi berair
  • Tidak selesa melihat cahaya yang terang
  • Sakit mata dan kepala

Manakala kes photic retinopathy yang serius pula, kamu berkemungkinan mengalami:

  • Penglihatan menjadi kabur
  • Color vision semakin menurun
  • Sukar untuk melihat bentuk
  • Mempunyai satu atau beberapa titik buta di tengah penglihatan
  • Kerosakan mata yang kekal atau buta

Kesan Lihat Matahari 

Solar Retinopathy

Keadaan ini seperti kamu mengalami sunburn pada macula iaitu bahagian yang paling nipis dalam retina iaitu mengawal penglihatan yang tajam dan paling tengah pada bahagian.

Foto – Skytech Lasers

Bagi mereka yang mengalaminya akan menyebabkan pusat penglihatan kamu berubah menjadi bintik kelabu atau hitam sehingga kamu sukar untuk fokus seperti membaca atau melihat persekitaran.

Ganguan Visual 

Setiap individu tidak mempunyai kesakitan yang sama, tetapi kesan yang utama adalah gangguan penglihatan. Jika mata kamu melihat semuanya gelap atau tiada warna, ini berkemungkinan mata kamu mengalami kerosakan retina.

Foto – Healthline

Afterimage juga boleh berlaku apabila kamu melihat sesuatu, kemudian kamu melihat tempat lain dan outline gambar tersebut masih berlegar-legar dalam penglihatan kamu.

Untuk keadaan yang lebih serius, kamu mungkin boleh mengalami titik buta dalam mata serta kehilangan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua belah mata.

Susah Untuk Tahu Mata Rosak Atau Tidak 

Foto – Wikipedia

Tanda-tanda kerosakan boleh mengambil masa berjam-jam atau beberapa hari untuk kamu mengalaminya. Jadi sedikit rumit untuk tahu sama ada mata kamu telah rosak dalam tempoh masa yang singkat atau tidak.

Apa Yang Perlu Dilakukan 

Rawatan Kerosakan Mata 

Tiada rawatan khas untuk merawat solar retinopathy. Jadi kamu perlu tunggu dari semasa ke semasa atau dari masa sebulan sehingga setahun untuk pulih sepenuhnya.

Foto – Plant Based News

Bagi sesetengah orang, mereka mungkin tidak bernasib baik untuk memulihkan penglihatan sepenuhnya. Kamu boleh merawat kerosakan mata dengan menambahkan antioksidan dengan beberapa makanan.

Perlindungan Setiap Hari 

Kamu boleh mengatasi kerosakan mata dengan memakai cermin mata hitam yang melindungi daripada sinaran UVA dan UVB serta topi yang lebar.

Foto – Getty Images

Kanak-kanak sangat berisiko dalam mendapat solar retinopathy, jadi kamu patut syorkan kepada mereka untuk memakai cermin mata hitam yang mempunyai pelindung matahari 100% dan topi untuk untuk melindungi mata dan juga kulit ketika berada di luar rumah.

Kamu perlu tahu, jika kulit kamu boleh mengalami kerosakan akibat sinaran UV, tidak semestinya mata kamu tidak boleh menjadi rosak akibatnya. Jadi sebelum mata rosak, kamu perlu lindunginya dengan sebaik mungkin.

Selamat beramal!

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: bahaya cahaya mataharicahaya mataharijaga mata daripada mataharimata butamata buta kerana mataharimataharisinaran ultraviolet
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan