Wednesday, April 14, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Elok Ke Tak Kalau Makan Kentang Setiap Hari?

by Malisa Aina
December 28, 2020
Foto - Farm

Foto - Farm

28
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

“Saya suka sangat kentang dan makan hampir setiap hari.”

Tapi terfikir juga agaknya apa yang berlaku kalau setiap hari makan kentang? Elok ke tak untuk kesihatan? Apa yang berlaku pada diri?

Kerana teknik penyediaan kentang yang stereotaip, selalunya digoreng, sedikit sebanyak orang menganggapnya sebagai makanan tidak sihat.

Jangan Takut Makan Kentang Setiap Hari

Makan separuh kentang sehari boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat dan tidak meningkatkan risiko cardiometabolic – kemungkinan menghidap diabetes, penyakit jantung atau strok.

Kerap Makan Kentang Bikin Punggung Makin Besar

December 12, 2019

Resepi Lempeng Kentang Ala Korea Guna Dua Bahan Je

October 18, 2019

Selagi kentang dikukus atau dibakar, dan disediakan tanpa menambahkan terlalu banyak garam atau lemak tepu, menurut kajian pakar pemakanan The Pennsylvania State University.

Nutrien dalam kentang

Foto – Healthline

Kentang kaya dengan nutrien selain hanya karbohidrat saja. Kulit kentang kaya dengan kalium dan isinya mengandungi unsur magnesium, zat besi, zink, natrium dan kalsium. Ini juga sangat kaya dengan vitamin C dan serat yang baik untuk kesihatan kulit dan usus.

Kekuatan tulang

Kehadiran kalsium,  magnesium dan zink dalam kentang membantu membina struktur dan kekuatan tulang. Zink dan zat besi juga bertanggungjawab untuk pematangan kolagen dalam badan. Jumlah fosforus yang sedikit dan kalsium memastikan mineralisasi tulang yang betul.

Kentang zero kolesterol

IKLAN

Foto – Cook

Kentang sama sekali tidak mengandungi kolesterol. Proses memasak yang menambahkan kolesterol seperti menggoreng. Tahap vitamin B6, vitamin C, serat dan kalium dan tanpa kolesterol promote kesihatan jantung yang baik. Serat diketahui dapat menurunkan kolesterol jahat dan menjaga jantung yang sihat.

Pengawalan darah

Untuk mengekalkan tahap tekanan darah yang sihat di dalam badan, penting untuk mengambil lebih sedikit kuantiti natrium dalam makanan anda. Pengambilan kalium membantu dalam saluran darah, mewujudkan vasodilation. 

Nutrien lain seperti kalsium dan magnesium juga diketahui dapat menurunkan tekanan darah badan secara semula jadi.

Kentang Pilihan Diet Atlet

Tahukah, kentang sebagai sajian harian berkhasiat dan menjadi sumber tenaga dalam memperkasakan mereka yang aktif terutama atlet.

Foto – American Heart

Jurulatih Kecergasan, Kimberly Yap, berkata kentang menjadi pilihan atlet yang menggantikannya dengan pengambilan karbohidrat lain sebagai sumber tenaga utama. Kentang dipilih sebagai makanan terbaik bertenaga tinggi dalam menu diet atlit terutama bagi acara lasak.

Kadang-Kadang Tak Elok Kalau

Kadang kala, makan kentang sebenarnya boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Terutama jika digoreng atau disajikan dengan penambahan lemak seperti keju.

Foto – Cheese

Orang yang menghidap diabetes harus berhati-hati dengan kentang, banyak jenis kentang mempunyai indeks glisemik yang sangat tinggi.

Jadi, kesimpulannya kentang elok dimakan setiap hari tapi dengan teknik penyediaan yang betul, sama ada dikukus atau dibakar.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1, 2, 3, 4

Tags: apa berlaku makan kentang setiap harikentangkhasiat kentangmakan kentangmakan kentang setiap harinutrien kentangpotato
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

7 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Ibu Hamil Di Bulan Ramadan

Selalu Tengok Orang Korea Minum ‘Red’ Ginseng, Ini Manfaat Kita Tak Tahu

Berubah 360° Dengan Pembedahan Plastik, Beza Sangat Muka Seo Ye Ji Yang Dulu!

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.