• Latest
Menjadi Orang Ketiga Dalam Hubungan, Baca Kisah Prince Charles Dan Camilla Parker Bowles

Menjadi Orang Ketiga Dalam Hubungan, Baca Kisah Prince Charles Dan Camilla Parker Bowles

December 28, 2020
6 Benda Best Berlaku Sempena Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina

6 Benda Best Berlaku Sempena Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina

January 27, 2021
Awas Pesakit Batu Karang Tak Boleh Makan Sembarangan, Ini Yang Kena Elak

Awas Pesakit Batu Karang Tak Boleh Makan Sembarangan, Ini Yang Kena Elak

January 27, 2021
Hanya Berjalan Kaki, Tak Sangka Pula Ini Kebaikannya

Hanya Berjalan Kaki, Tak Sangka Pula Ini Kebaikannya

January 27, 2021
Penat Sepanjang Masa, Cergaskan Diri Dengan 5 Helah Genius

Penat Sepanjang Masa, Cergaskan Diri Dengan 5 Helah Genius

January 27, 2021
Macho Dan Stailo Koleksi Kaca Mata David Beckham Tahun 2021 Ini

Macho Dan Stailo Koleksi Kaca Mata David Beckham Tahun 2021 Ini

January 27, 2021
Asyik Ditegur Menggaru, 10 Produk Eczema Bagus Disyorkan Pakar Dermatologi

Asyik Ditegur Menggaru, 10 Produk Eczema Bagus Disyorkan Pakar Dermatologi

January 27, 2021
Kamu Bukan Keseorangan! Jika Alami Mental Breakdown, Lakukan Ini

Kamu Bukan Keseorangan! Jika Alami Mental Breakdown, Lakukan Ini

January 27, 2021
Tampil Couple Look Dengan Yang Tersayang Menyarung Koleksi Vans Valentine

Tampil Couple Look Dengan Yang Tersayang Menyarung Koleksi Vans Valentine

January 27, 2021
Daging Harimau Menangis Rupanya Dari Bahagian Brisket Lembu, Patutlah Sedap!

Daging Harimau Menangis Rupanya Dari Bahagian Brisket Lembu, Patutlah Sedap!

January 27, 2021
Rugi Tak Ambil Tahu Cara Beli Dan Melabur Emas Sekarang!

Rugi Tak Ambil Tahu Cara Beli Dan Melabur Emas Sekarang!

January 26, 2021
Masuk Tahun Baru Pun Masih Single? Ini Mungkin Penyebabnya

Masuk Tahun Baru Pun Masih Single? Ini Mungkin Penyebabnya

January 26, 2021
Pasangan Yang Berbeza Itu Lebih Serasi, Ini Kata Pakar

Pasangan Yang Berbeza Itu Lebih Serasi, Ini Kata Pakar

January 26, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Menjadi Orang Ketiga Dalam Hubungan, Baca Kisah Prince Charles Dan Camilla Parker Bowles

Sofie Azizlan by Sofie Azizlan
December 28, 2020
Menjadi Orang Ketiga Dalam Hubungan, Baca Kisah Prince Charles Dan Camilla Parker Bowles

Foto - Town & Country Magazine / Biography

6
SHARES
63
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Menjadi kontroversi dari dahulu sehingga sekarang, hubungan Prince Charles dan pasangannya, Camilla Parker Bowles mendapat tentangan daripada seluruh dunia termasuklah keluarganya sendiri.

Camilla tidak mendapat ‘restu’ daripada Queen Elizabeth II dan hampir keseluruhan rakyat Britain kerana dia telah menjadi orang ketiga dalam hubungan Prince Charles dan Princess Diana.

Dilabel sebagai ‘wicked woman‘ oleh Queen Elizabeth II, Camilla dan Prince Charles akhirnya bersama setelah mengharungi beberapa cabaran dalam hubungan mereka.

Buat kamu yang ingin mengetahui hubungan Camilla dan Prince Charles dengan lebih lanjut, teruskan membaca.

1971

Di sebuah pertandingan polo, buat pertama kalinya Prince Charles bertemu dengan Camilla Parker Bowles melalui rakan mereka iaitu Lucia Santa Cruz.

Foto – Yahoo News Malaysia / Marie Claire

Pasangan ini kemudiannya memulakan hubungan mereka tetapi telah berpisah sebelum Prince Charles mula berkhidmat untuk Royal Navy selama lapan bulan. Setelah pulang daripada berkhidmat, beliau mendapat tahu Camilla telah bertunang dengan Andrew Parker Bowles.

1973

Buat pengetahuan kamu, Andrew Parker Bowles pernah mempunyai hubungan dengan adik perempuan Prince Charles iaitu Princess Anne.

Foto – Diana Legacy

Ketika perkahwinan Camilla dan Andrew berlangsung, Prince Charles dikatakan tidak hadir. Menerusi perkahwinan itu, Camilla dan Andrew mempunyai dua orang anak iaitu Tom dan Laura.

1977

Setelah dikenalkan dengan beberapa orang wanita untuk dikahwinkan, Prince Charles telah bertemu dengan Diana Spencer ketika mempunyai hubungan dengan kakaknya, Sarah.

Foto – Pinterest

Pada ketika itu, Prince Charles dan Diana telah berkenalan semasa berada di sebuah ladang. Situasi ini membuatkan mereka menjadi lebih rapat ketika Prince Charles datang untuk menetap di rumah mereka untuk keluar berburu.

1980

Setelah berhubungan, Prince Charles telah membawa Diana bertemu dengan teman rapatnya iaitu Camilla dan Andrew. Prince Charles dan Camilla pada ketika itu tidak mempunyai hubungan yang istimewa dikatakan telah ‘setuju’ dengan pilihan Prince Charles.

Foto – Getty Images

Menerusi sebuah rakaman, Princess of Wales (Diana Spencer) telah mengatakan dirinya dianggap sebagai ancaman, “Saya telah diperkenalkan dalam circle mereka tetapi saya dianggap sebagai sebuah ancaman, walaupun saya hanya seorang gadis biasa dan sangat muda”.

1981

Setelah mengumumkan Prince Charles dan Diana bakal berkahwin, Diana mengatakan dia telah mendapat tahu tunangnya telah membuat sebuah gelang khas untuk Camilla.

Foto – Pinterest

Dalam biografi Diana: In Her Own Words, Diana mengatakan dia mencari kelibat Camilla semasa hari perkahwinannya. Dan dia melihat Camilla berada di situ melihat perkahwinan mereka.

1986

Menerusi wawancara bersama Princess Diana, dia mengatakan Prince Charles telah mempunyai hubungan istimewa dengan Camilla.

“Ada tiga orang dalam perkahwinan ini. Ianya agak sesak,” Princess Diana

Tetapi Prince Charles mengatakan dirinya seorang setia kepada Princess Diana sehingga perkahwinannya mereka putus. Dalam pada masa yang sama, beliau mengatakan Camilla hanyalah teman rapatnya untuk jangka masa yang lama walaupun beliau mempunyai ramai teman rapat yang lain.

1989

Di sebuah pesta, Princess Diana telah berhadapan dengan Camilla mengenai hubungan mereka.

“Walaupun saya takut kepadanya, tetapi saya tahu apa yang berlaku di antara Charles dan Camilla. Dan saya mahu dia tahu yang saya telah tahu tentang itu,” ujar Princess Diana.

Foto – Pinterest

“Kamu memiliki semuanya. Semua lelaki mahukan kamu dan kamu juga mempunyai dua anak lelaki, jadi apa lagi yang kamu mahu?”, ujar Camilla.

Melihat kepada apa yang dipersoalkan oleh Camilla, Princess Diana mengatakan dia menghalang dengan keras hubungan itu dan jangan berpura-pura seperti ianya tidak berlaku.

1993

Sebuah rakaman perbualan peribadi di antara Prince Charles dan Camilla telah diketahui oleh seluruh dunia.

Foto – Pinterest

Kesan daripada ‘pembocoran’ perbualan peribadi itu. pada Januari 1995, Camilla telah bercerai dengan Andrew manakala setahun kemudian Prince Charles telah bercerai dengan Princess Diana.

[Perbualan Peribadi Prince Charles Dan Camilla]

1997 / 1998

Semasa berusia 36 tahun, Princess Diana telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di Paris. Kematiannya itu telah melibatkan pasangan iaitu Dodi Fayed, seorang usahawan dan Henri Paul, seorang pemandu.

Foto – Reader Digest

Setelah kematian Princess Diana, Prince Charles telah memperkenalkan Camilla kepada anaknya Prince William dan kemudiannya Prince Harry. Tetapi pertemuan itu tidak dihiraukan oleh anaknya berikutan dengan kematian Princess Diana.

2000

Setelah beberapa kali menolak untuk bertemu dengan Camilla, akhirnya Queen Elizabeth bersetuju.

Foto – Shutter Stock

Pertemuan pertama itu berlaku ketika Queen Elizabeth menghadiri sebuah majlis hari jadi Raja Greece di kediaman Prince Charles yang terletak di Highrove. Pertemuan mereka itu dikatakan telah ‘mencapai persetujuan’ tentang hubungan Prince Charles dan Camilla.

2005

Pada tahun tersebut, pasangan itu telah mengumumkan pertunangan mereka apabila Prince Charles telah melamarnya dengan sebuah cincin milik ibu Queen Elizabeth.

Foto – Pinterest

Dalam pada tahun yang sama, pasangan tersebut telah berkahwin dalam sebuah upacara sivil. Dihadiri oleh anak-anak Prince William dan Camilla tetapi Queen Elizabeth dan Prince Philip tidak menghadiri majlis tersebut.

2010

Selepas perkahwinan mereka, ramai yang mempersoalkan tentang gelaran Camilla setelah Prince Charles menjadi raja. Disebabkan Camilla menjadi ‘punca’ kepada perkahwinan Prince Charles dan Princess Diana berakhir, dia akan menerima gelaran Princess Consort berbanding dengan Queen.

Foto – Pinterest

Pihak istana juga telah mengatakan gelaran itu tidak akan berubah walaupun Prince Charles menjadi raja.

2016 / 2017

Hampir usia 70 tahun, Camilla telah mengatakan hubungannya dengan Prince Charles sangat mengerikan melalui sebuah wawancara.

Foto – Parade

“Sangat mengerikan apabila mengingati kisah lalu. Pada waktu itu, saya tidak mahu membuat musuh dan ia bukanlah masa yang sesuai untuk kami.

Terima kasih kepada keluarga saya, tanpa mereka saya tidak dapat bertahan dan melalui semua perkara ini,” ujar Camilla.

2020

Disebabkan oleh pandemik, pasangan diraja ini telah kuarantin di kediaman mereka iaitu Queen’s Balmoral. Melihat kepada keadaan Prince Charles yang mempunyai simptom-simptom COVID-19, pasangan ini telah sembuh dengan kadar yang cepat.

Foto – Jersey Evening Post

Sempena memperingati ulang tahun perkahwinan yang ke-15, Prince Charles dan Camilla telah memuat naik gambar mereka di luar Birkhall bersama-sama dengan haiwan peliharaan mereka.

Walaupun hubungan ini mendapat tentangan pada permulaannya dan meninggalkan kesan yang mendalam pada Princess Diana, mereka telah berjaya mengharunginya dan kekal bersama dalam cabaran hubungan mereka.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: camilla parker bowleshubungan prince charles camilla parker bowleshubungan sulit prince charlesPrince Charlesprince charles dan camilla parker bowlesprincess diana
Share2Tweet2Send

ARTIKEL BERKAITAN

Masuk Tahun Baru Pun Masih Single? Ini Mungkin Penyebabnya
Cinta & Perhubungan

Masuk Tahun Baru Pun Masih Single? Ini Mungkin Penyebabnya

January 26, 2021
Pasangan Yang Berbeza Itu Lebih Serasi, Ini Kata Pakar
Cinta & Perhubungan

Pasangan Yang Berbeza Itu Lebih Serasi, Ini Kata Pakar

January 26, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan