Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Lelaki China Amal Kung Fu ‘Iron Crotch’ Untuk Kuatkan Zakar

by Mas Idayu
December 28, 2020
Foto - YouTube

Foto - YouTube

Share on FacebookShare on Twitter

Guna kung fu untuk kuatkan zakar, biar betul?

Sebuah kampung yang terletak di Juntun, Wilayah Henan, China, seorang guru kung fu berusia 65 tahun mengamalkan kung fu ‘Iron Crotch’ bagi menguatkan zakar dan dalaman badan.

Wang Liutai mengamalkan kung fu ini semasa usianya masih muda lagi, dan sehingga kini dirinya masih lagi mengamalkan kung fu ‘Iron Crotch’ dan berharap kung fu ini tidak pupus serta terus diamalkan oleh generasi baru.

IKLAN

Kung Fu ‘Iron Crotch’

Kung fu yang dikenali sebagai ‘Iron Crotch’ ini, menggunakan batang kayu yang digantung dengan jumlah berat batang sebanyak 40 kilogram.

Manakala panjang batang kayu pula lebih kurang dua meter, dan terdapat piring besi pada kedua-dua hujung batang kayu tersebut.

Batang tersebut dihayunkan pada bahagian zakar pengamal praktis kung fu, perlu difahami setiap hayunan batang kayu adalah berat dan mereka yang mengamalkan kung fu ini sahaja mempunyai daya tahan yang luar biasa.

Guna Teknik Pernafasan Qigong Elak Cedera

Foto – YouTube

Dalam video YouTube yang dipaparkan oleh South China Morning Sea, Wang Liutai menyatakan setiap pengamal kung fu ‘Iron Crotch’ menggunakan teknik pernafasan qigong bagi mengelakkan berlaku kecederaan pada zakar dan bahagian dalaman badan.

Apabila menggunakan teknik pernafasan qigong yang betul, zakar tidak akan cedera dan kesuburan zakar juga tidak terjejas.

Kung Fu Berusia Lebih 300 Tahun

Foto – The Star

Siapa sangka kung fu ‘Iron Crotch’ ini sebenarnya berusia lebih 300 tahun dan telah diamalkan oleh penduduk kampung di wilayah Henan ini.

Akademi Seni Mempertahankan Diri Juntun yang berada di wilayah Henan ini, bukan saja mengajar anak murid mereka kung fu zakar kebal ini saja.

IKLAN
Foto – YouTube

Sebaliknya, banyak lagi teknik pertahanan dan kaedah untuk kebalkan fizikal diajar oleh guru kungfu akademik tersebut, seperti teknik kebalkan dada, teknik kebalkan leher, teknik kebalkan kepala dan banyak lagi teknik kekebalan yang lain diajar pada anak murid akademik tersebut.

Apa-apapun antara banyak-banyak teknik yang diamalkan, teknik kung fu zakar kebal atau ‘Iron Crotch’ yang paling menarik perhatian ramai.

Bukan sembarang orang yang boleh mengamalkan kung fu unik seperti ini, salah cara memang tiada jalan undurnya.

Rujukan

Tags: Cara Unik Kuatkan ZakarIron CrotchKung FuKung Fu Iron CrotchLelaki China Amal Kung Fu Iron CrotchTeknik Kuatkan ZakarTeknik Orang China
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan