Wednesday, April 14, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Wanita Sering Alami 5 Masalah Rambut Ini, Begini Cara Tangani

by Mas Idayu
December 29, 2020
Foto - Orissa Post

Foto - Orissa Post

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Masalah rambut selalu menghantui wanita dari usia muda hinggalah menginjak ke usia tua, bukan tidak cuba rawat dengan menggunakan produk rambut tetapi ianya tidak memberikan kesan yang baik.

Dan kalau berkesan pun, ianya hanya sementara kemudian masalah rambut tersebut akan kembali lagi. Jadi apa yang perlu dilakukan?

Jangan panik, Wanista akan kongsikan bagaimana untuk kamu tangani masalah rambut dengan cara yang betul. Berikut merupakan masalah rambut yang sering dialami wanita dan cara menanganinya.

Betul Ke Kalau Check Kulit Kepala Boleh Tahu Tentang Kesihatan Diri?

November 24, 2020

Cuci Rambut Setiap Hari, Ini Sebabnya Kenapa Anda Tidak Boleh Buat Begitu

October 23, 2020

Masalah Rambut Bercabang

Masalah rambut bercabang merupakan masalah yang sering dibelenggu oleh wanita, mana-mana pasti akan berasa tertekan tatkala melihat hujung rambut bercabang dua atau tiga.

Tangani: Untuk mengatasi masalah rambut bercabang seperti ini apa yang perlu dilakukan adalah dengan memotong hujung rambut yang bercabang tersebut, kemudian kamu perlu rajin trim rambut setiap dua bulan sekali.

Masalah Warna Rosak

Foto – Arkib Wanista

Kerap mewarnakan rambut akan membuatkan rambut mengalami kerosakan warna pada rambut, apatah lagi produk rambut yang digunakan mempunyai kandungan kimia yang tinggi hingga menjejaskan pigmentasi warna rambut.

Tangani: Penting untuk kamu memilih produk rambut yang sesuai untuk rambut berwarna, dan dapatkan khidmat rawatan rambut deep conditioning dari salon bagi menjaga warna rambut.

IKLAN

Masalah Kerosakan Serat Rambut

Foto – Inspirational Feed

Rambut sakit muncul kerana serat rambut tidak sihat lalu menyebabkan berlakunya masalah rambut yang lain seperti rambut kusam, tidak berseri, mudah gugur dan sebagainya.

Tangani: Untuk menangani masalah ini, apa yang perlu kamu lakukan adalah rajin-rajinlah mengekalkan kelembapan pada rambut.

Selain itu, kamu juga boleh menggunakan shampoo dan conditioner rambut dengan fungsi melembapkan rambut untuk kegunaan harian.

Masalah Rambut Yang Berpunca Dari Haba

Foto – Total Beauty

Yang dimaksudkan masalah rambut berpunca dari haba ini adalah penggunaan hairdryer bagi mengeringkan rambut, haba yang dikeluarkan oleh alat pengering rambut ini boleh merosakkan rambut.

Tangani: Apa yang boleh dilakukan adalah pilih had haba yang bersesuaian iaitu tidak terlalu panas bagi mengeringkan rambut, dan kurangkan penggunaan alat pengering rambut untuk mengelakkan masalah rambut rosak.

Masalah Rambut Nipis Atau Gugur

Foto – Skin Kraft

Masalah yang satu ini sudah cukup sinonim dalam kehidupan wanita, sampaikan dah tak tahu nak buat apa lagi bagi mengekang masalah ini dari terus berlaku.

Tangani: Bagi yang mengalami masalah seperti ini kamu perlu rajin membuat rawatan rambut di salon, produk rawatan rambut digunakan boleh menyihatkan akar dan pertumbuhan rambut.

Selain itu, penggunaan produk kesihatan rambut juga perlu rajin digunakan agar harus sentiasa tumbuh sihat dan kuat.

Diharap dengan perkongsian kali ini, sedikit sebanyak dapat membantu kamu mengatasi masalah rambut. Selamat beramal♥

Rujukan

Tags: Cara Tangani Rambut RosakKenapa Rambut Rosakmasalah rambutMasalah Rambut WanitaPunca Rambut Rosakrambut rosak
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

7 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Ibu Hamil Di Bulan Ramadan

Selalu Tengok Orang Korea Minum ‘Red’ Ginseng, Ini Manfaat Kita Tak Tahu

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.