Biasa apabila duduk di rumah, apa yang kamu akan lakukan jika tiada apa nak buat?
Setiap orang mempunyai hobi masing-masing bukan, tetapi apabila duduk di rumah hobi apa yang kamu lakukan?
Mungkinkah hobi kamu sama dengan 12 zodiak ini, kalau nak tahu apa hobi indoor 12 zodiak ketahui semuanya di bawah.
#1 Taurus Homemade Candy
- Foto – Arkib Wanista
Sang taurus sangat sukakan manisan dan sanggup belajar bagaimana nak menghasilkan manisan gula-gula untuk penuhi keinginan diri.
Jadi tidak hairanlah sang taurus banyak menghabiskan masa di dapur, kalau tak ada tugasan lain yang harus dilakukan.
#2 Aries Sibuk Berkaraoke
- Foto – Arkib Wanista
Bagi sang aries pula, tiada apa yang lebih menyeronokkan dengan menghabiskan masa melayan lagu-lagu kegemaran dengan berkaraoke di rumah.
#3 Cancer Lagi Suka Mengait
- Foto – Better Homes
Warga cancer lebih suka dan selesa menghabiskan masa terluang di rumah dengan mengait, kombinasi benang kait yang berwarna-warni membuatkan sang cancer menghasilkan produk yang cantik dan kreatif.
#4 Gemini Aktifkan Diri Dengan Menari
- Foto – Good Housekeeping
Tiada apa yang lagi menarik selain menari bagi sang gemini, menggerakkan badan mengikut irama dan rentak lagu membuatkan warga gemini lebih senang menghabiskan masa terluang dengan menari jika tiada apa nak buat.
#5 Tangan Virgo Untuk Hasilkan Lilin
- Foto – Arkib Wanista
Sang virgo lebih gemar hasilkan kerja-kerja yang artistik, dan menghasilkan lilin di rumah adalah salah satu hobi mereka. Lilin yang dihasilkan warga virgo ini sangat cantik dan menarik.
#6 Main Mekap Kepakaran Leo
- Foto – Mac Cosmetics
Bagi Leo pula, mereka lebih gemar mengasah kemahiran dengan bertatarias dan mekap. Asalkan ada masa terluang di rumah warga leo akan menghabiskan masa di depan meja mekap!
#7 Scorpio Santai Bermain Alat Muzik Keyboard
- Foto – Sweet Water
Sang scorpio menghabiskan masa dengan bermain alat muzik keyboard di rumah, alunan muzik yang dihasilkan membuatkan warga scorpio berada dalam dunia sendiri.
#8 Libra Habiskan Masa Dengan Menjahit
- Foto – Simple Most
Tiada apa yang lagi bagus selain menghabiskan masa buat perkara bermanfaat seperti menjahit, warga libra gemar menghasilkan pakaian dan produk lain dengan kemahiran jahitan yang dimiliki.
#9 Capricorn Sangat Suka Hasilkan Roti Sendiri
- Foto – Arkib Wanista
Satu lagi zodiak yang gemar ke dapur adalah capricorn, capricorn sangat suka hasilkan roti buatan sendiri dan jangan terkejut melihat roti yang dihasilkan warga ini gebu-gebu belaka!
#10 Sagittarius Belajar Bahasa Asing
- Foto – The Irish Times
Bagi sang sagittarius pula mereka lebih gemar menghabiskan masa dengan mempelajari bahasa-bahasa baru, bahasa yang unik membuatkan warga sagittarius memperolehi ilmu baharu.
#11 Pieces Baca Kad Tarot
- Foto – Arkib Wanista
Manakala bagi warga pieces pula, mereka lebih suka meluangkan masa dengan membaca kad tarot dan menelah maksud kad tarot yang dipilih.
#12 Aquarius Tunjuk Bakat Hasilkan Seni Digital
- Foto – Kutztown University
Tiada yang lebih menarik bagi warga aquarius yang mahir menggunakan teknologi komputer, dengan menghasilkan karya seni digital jika tiada apa nak buat di rumah.
Melihat hobi-hobi indoor yang dilakukan oleh 12 zodiak ini, menunjukan bahawa banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah jika tiada apa nak di buat.
Jadi kamu miliki hobi yang mana satu?