“Best sangat kalau sepanjang hari hanya terbaring di atas katil dan tidak buat apa-apa tetapi tidur sahaja sampai puas!”
Cuba kamu lihat sesiapa sahaja yang mempunyai peluang untuk tidur, pasti mereka akan tidur sepanjang hari atau sehingga puas.
Selepas bangun daripada tidur yang lama, pasti kamu berasa bertenaga dan fresh. Tetapi, tidur berlebihan sebenarnya tidak bagus untuk kamu dan juga kesihatan.
Hairan bukan, sepatutnya tidur lama patut berikan pelbagai manfaat tetapi kenapa sebaliknya? Untuk pengetahuan kamu, tidur terlalu lama boleh mendatang beberapa masalah kesihatan yang kamu sendiri tidak tahu.
Kenapa Boleh Tidur Berlebihan?
Tidur berlebihan membawa maksud yang berbeza untuk setiap orang. Secara umumnya, ia adalah kesan daripada keletihan atau tidak cukup tidur untuk beberapa hari.
Tetapi ada juga beberapa keadaan seperti tahap kesihatan membuatkan seseorang individu itu tidur secara berlebihan atau keinginan untuk tidur terlalu lama.
Bagi individu yang menderita hyperinsomnia, tidur berlebihan ini adalah disebabkan oleh gangguan perubatan. Situasi ini membuatkan seorang individu itu mengalami rasa mengantuk yang melampau dan menyebabkan dia mengalami kegelisahan.
Selain itu, obstructive sleep apnea, iaitu gangguan yang menyebabkan seorang individu terhenti nafasnya ketika tidur. Situasi ini membuat kitaran tidur yang normal terganggu dan menyebabkan individu tersebut memerlukan tidur yang berlebihan.
Kesan Tidur Berlebihan
Bagi mereka yang sering tidur berlebihan kerana keinginan, kamu perlu tahu tidur berlebihan ini memberikan beberapa kesan kepada kesihatan kamu seperti:
#1 Berat Badan
Memang betul jika kamu tidak mempunyai tidur yang cukup boleh membuatkan berat badan menjadi berlebihan. Tetapi ada perkaitan juga di antara tidur berlebihan boleh menjadi punca kepada obesiti.
Ini kerana mereka yang gemar tidur berlebihan akan menghabiskan masa di tempat tidur dan mempunyai masa yang singkat untuk bergerak dan menjadi aktif. Apabila situasi ini terjadi, jumlah kalori dalam badan akan menjadi lambat dibakar.
#2 Kemurungan
Salah satu gejala kemurungan adalah seorang individu akan tidur berlebihan. Satu kajian menunjukkan tidur berlebihan dapat meningkatkan tahap kemurungan seseorang.
Apabila tidur, seseorang itu tidak boleh cope dengan kemurungan yang dihadapi dan boleh mengurangkan aktiviti fizikal.
Apabila seorang individu yang menghidapi kemurungan kurang melakukan aktiviti fizikal, badannya akan mengurangkan kadar neurotransmitters dopamine dan serotonin serta endorphins. Situasi ini akan merangsang dirinya untuk berasa lebih tertekan dan low self-esteem.
#3 Hilang Fokus
Pelik bukan, apabila tidur berlebihan sepatutnya kamu akan menjadi fresh dan fokus tetapi lain yang jadinya.
Tidur berlebihan boleh membuatkan kamu menjadi tidak fokus dan membuatkan otak kamu menjadi cepat ‘tua’ sebanyak 2 tahun. SItuasi ini akan menyukarkan kamu untuk melakukan kerja atau tugasan dalam seharian.
#4 Kencing Manis
Waktu tidur untuk individu yang normal adalah sebanyak 8 jam. Tetapi bagi mereka yang tidur berlebihan, mereka berisiko menghidap penyakit diabetes yang meningkat sebanyak 14% untuk setiap jam selepas 8 jam yang diperlukan.
Bukan sahaja minum atau makan makanan manis boleh menghidapi diabetes. Tetapi ketika kamu tidur berlebihan juga, kadar gula dalam darah boleh meningkat dan menyebabkan kamu menghidap diabetes jenis 2.
#5 Kematian Awal
Menakutkan tetapi situasi ini benar-benar akan terjadi. Kajian menunjukkan individu yang tidur berlebihan mempunyai risiko dan cenderung untuk mati sebelum waktunya.
Apabila tidur berlebihan daripada jangka masa yang sepatutnya, kamu cenderung dan berisiko dalam menghidapi beberapa penyakit seperti strok, kegagalan jantung dan beberapa masalah kardiovaskular yang menjadi punca kepada kematian awal.
Walaupun tidur sememangnya dapat merehatkan badan kamu daripada keletihan dan rutin seharian, tetapi tidur yang berlebihan atau berkurangan dapat memberi kesan kepada badan dan kesihatan.
Jadi, tidur secara berpada-pada dan amalkan gaya hidup yang sihat!