Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

‘Love Language’, Apa Yang Kamu Tahu Tentangnya?

by Sofie Azizlan
December 30, 2020
Foto - Shot Stash

Foto - Shot Stash

31
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bukan boleh ‘main bedal’ sahaja kalau bercinta. Setiap perhubungan mempunyai pemahaman yang berbeza tentang bahasa cinta mereka sendiri.

Kalau kamu mahu tahu, bahasa cinta ini mempunyai 5 jenis bahasa. Dan diikutkan bahasa ini mewakili cara kamu mengekspresi dan menerima cinta dalam perhubungan.

Jika kamu melihat sebuah perhubungan itu ‘goyang’, pasti pasangan tersebut mempunyai masalah komunikasi dan tidak faham dengan bahasa cinta masing-masing.

Jadi untuk mengekalkan hubungan kamu dan memahami apa yang dimaksudkan oleh pasangan, apa yang kamu tahu tentang bahasa cinta?

Bahasa 1: Word Of Affirmation 

“Hari ini sayang nampak cantik sangat dengan baju ini.”

Bagi diri kamu sendiri, apabila pasangan sering berikan kata-kata pujian, sokongan dan menggalakkan, apa yang kamu rasa? Pasti perasaan itu sangat menyeronokkan dan memberi semangat.

Foto – Harmony

Jika word of affirmation ini merupakan bahasa pasangan, kamu perlu pandai menggunakan bahasa ini untuk menunjukkan kamu sentiasa caring dan menyokongnya tidak kira waktu dan situasi.

Tidak perlu rumit, kamu hanya perlu ikhlas ketika mengatakan pujian atau apa-apa perkara yang membuatkan kamu bangga dengan dirinya. Si dia pasti rasa dihargai dan makin sayang pada kamu!

Bahasa 2: Masa Yang Berkualiti 

Siapa sahaja yang tidak mahu luangkan masa bersama pasangan sepanjang hari. Tidak perlu lakukan apa-apa selain meluangkan masa bercakap tentang diri kamu dan si dia.

Foto – Her World

Bagi pasangan yang mempunyai bahasa cinta yang ini, mereka pasti lebih menghargai pasangan kerana sering mereka mencari masa untuk meluangkan masa bersama-sama tanpa sebarang gangguan.

Kamu boleh tahu si dia makin jatuh cinta apabila sering memberikan perhatian, lakukan eye contact dan sering mengutamakan kamu dalam segala hal.

Jadi untuk luangkan masa bersama-sama, penulis cadangkan kamu untuk rancang dinner date yang istimewa di rumah untuk lebih romantik!

IKLAN

Bahasa 3: Respons dan Tindakan 

“Actions speak louder than words”

Tidak perlu disuruh dan lakukan dengan keinginan sendiri, tiada siapa yang tidak mahu pasangan sebegitu, betulkan?

Foto – Pinterest

Pasangan yang mempunyai bahasa cinta seperti ini, mereka lebih suka bertindak sendiri tanpa perlu disuruh atau diberitahu oleh pasangan untuk menunjukkan rasa cinta dan ambil berat terhadap hubungan mereka.

Bagi mereka, kata-kata itu boleh diungkapkan setiap masa, tetapi affection dan tindakan menunjukkan mereka lebih menghargai kehadiran pasangan. One in a million, susah untuk temui pasangan seperti ini.

Bahasa 4: Pemberian Atau Hadiah 

Tidak semestinya jika kamu lihat seseorang memberikan hadiah kepada pasangan, bererti mereka mempunyai pasangan yang materialistik.

Foto – Pinterest

Situasi ini dianggap sebagai ‘simbol cinta visual’, iaitu bahasa cinta yang tidak melambangkan pasangan materialistik, tetapi maksud di sebalik pemberian tersebut.

Pemilihan, jenis dan maksud di sebalik hadiah membuatkan individu tersebut rasa lebih dihargai apabila melihat reaksi pasangan yang ikhlas menerima dan gembira akan hadiah yang diberi.

Bahasa 5: Sentuhan Fizikal 

Bagi pasangan yang mempunyai bahasa cinta ini, mereka bukan sahaja ingin merasai kehadiran dan cinta bukan sahaja dari segi emosi tetapi fizikal juga.

Cuba bayangkan jika kamu dan si dia sering berpegangan tangan jika keluar rumah dan secara tiba-tiba tidak lakukannya, pasti si dia berasa pelik dan menganggap kamu tidak sukakannya.

Foto – Freepik

Kemesraan dan sentuhan fizikal di antara pasangan boleh dikatakan paling berkesan dan sering dilakukan. Ini kerana sentuhan fizikal berfungsi untuk menjadi penyambung kepada emosi dan kestabilan hubungan.

Walaupun setiap orang berbeza, tetapi mereka yang mempunyai bahasa cinta ini hanya akan merasakan kasih sayang dan dihargai oleh pasangan ketika bersentuhan, tidak kiralah sama ada dipeluk, dicium atau diusap.

Sekarang kamu sudah tahu tentang jenis-jenis bahasa cinta ini. Jadi yang mana satu melambangkan kamu dan pasangan?

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: 5 bahasa cinta5 love languageapa itu bahasa cintaapa itu love languagebahasa cintalove language
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.