• Latest
Makin Ramai Orang Muda Kena Slipped Disc, Cuba Rawat Macam Ini

Makin Ramai Orang Muda Kena Slipped Disc, Cuba Rawat Macam Ini

December 30, 2020
Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

January 25, 2021
Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

January 25, 2021
5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

January 25, 2021
Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

January 25, 2021
Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

January 25, 2021
Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

January 25, 2021
Cara Sihat Untuk Kulit Cerah Berseri Dalam Empat Minggu Dengan Cetaphil!

Cara Sihat Untuk Kulit Cerah Berseri Dalam Empat Minggu Dengan Cetaphil!

January 25, 2021
Cantik Sangat Fesyen Moon Ga-Young Dalam True Beauty!

Cantik Sangat Fesyen Moon Ga-Young Dalam True Beauty!

January 25, 2021
Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut

Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut

January 25, 2021
Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

January 24, 2021
Bagus Amal ‘Cat Therapy’ Bukan Setakat Hilang Anxiety, 7 Kebaikan Dapat

Bagus Amal ‘Cat Therapy’ Bukan Setakat Hilang Anxiety, 7 Kebaikan Dapat

January 24, 2021
10 Jenis Mesej Yang Tak Boleh Dihantar Pada Bekas Kekasih

10 Jenis Mesej Yang Tak Boleh Dihantar Pada Bekas Kekasih

January 24, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Makin Ramai Orang Muda Kena Slipped Disc, Cuba Rawat Macam Ini

Sofie Azizlan by Sofie Azizlan
December 30, 2020
Makin Ramai Orang Muda Kena Slipped Disc, Cuba Rawat Macam Ini

Foto - Virginia Spine Institute

16
SHARES
162
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

“Prap!” Tengah angkat barang berat, terus rasa meletup dan sakit pada bahagian pinggang dan belakang.

Herniated disc atau dikenali sebagai slipped disc boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tetapi situasi ini sering terjadi dalam golongan mereka yang berusia daripada 20 tahun sehingga 50 tahun.

Dan paling tinggi jumlah mereka yang menghidapi slipped disc ini adalah golongan muda. Kenapa ramai golongan muda boleh menghidapi slipped disc?

Jika kamu mahu tahu, slipped disc ini boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor dan bukan sahaja hanya terjadi kerana mengangkat barang berat.

Apa Sebenarnya Slipped Disc?

Pertama sekali kamu perlu tahu adalah setiap individu mempunyai 24 set tulang yang dipanggil sebagai vertebra. Setiap tulang ini dilindungi dengan cakera (disc).

Selain melindungi, fungsi cakera ini adalah untuk menyerap segala kejutan daripada setiap aktiviti harian kita seperti berjalan, mengangkat barang mahupun melompat.

Foto – CHI St. Luke’s Health

Untuk setiap cakera, ia mempunyai dua bahagian iaitu bahagian dalam iaitu Nucleus Pulposus (lembut seperti agar-agar) dan bahagian luar iaitu Annulus Fibrosus (berbentuk cincin yang keras).

Slipped disc ini terjadi apabila nucleus pulposus terkeluar dan mula menekan bahagian annulus fibrosus. Tekanan di bahagian annulus fibrosus ini yang menyebabkan seseorang individu menghidapi sakit pada bahagian belakang.

Apabila tekanan makin meningkat, annulus fibrosus akan menjadi lebih membengkak dan menyebabkan saraf tunjang turut ditekan dan dihimpit. Kesannya, individu yang menghidapi situasi ini akan menjadi lenguh, kebas dan rasa tidak selesa.

Simptom 

Slipped disc ini boleh terjadi di mana-mana bahagian di tulang belakang kamu iaitu dari leher sehingga punggung. Tetapi pada kebiasaannya, slipped disc ini terjadi pada kawasan punggung.

Foto – Leigh Brain and Spine

Pada ruangan tulang belakang, ia mempunyai rangkaian saraf dan saluran darah yang rumit. Apabila kamu mengalami slipped disc, ia akan memberi tekanan yang tinggi pada saraf dan otot di sekitarnya.

Bagi setiap individu, kesakitan dan simptom yang dialami mungkin berbeza dan antaranya adalah:

  • Sakit dan kebas di separuh bahagian badan
  • Sakit melampau pada bahagian lengan atau kaki
  • Sakit pada waktu malam atau ketika bergerak dalam keadaan yang tertentu
  • Sakit selepas berdiri atau duduk terlalu lama
  • Sakit atau tiada refleksi pada bahagian kaki
  • Rasa otot lemah yang tidak boleh dijelaskan

Penyebab 

Untuk seseorang itu menghidapi slipped disc ini, ada beberapa keadaan yang menjadi penyebab kepada situasi ini berlaku.

Usia 

Setiap cakera mengandungi cecair untuk menjadikan tulang belakang kita fleksibel. Semakin usia meningkat, cakera kamu akan mula mengalami kerosakan atau menjadi bengkak sehingga menyebabkan annulus fibrosus terkoyak.

Foto – Mobile Health Data

Apabila makin meningkat usia, cecair dalam cakera akan berkurangan dan menjadikannya semakin kecut. Apabila situasi ini berlaku, jarak di antara vertebra akan menjadi lebih rapat dan cenderung menjadikan seseorang itu menghidapi slipped disc.

Berat Badan 

Jika kamu mempunyai berat badan yang berlebihan, risiko untuk mengalami slipped disc adalah tinggi. Situasi ini terjadi kerana cakera bekerja dengan keras untuk menampung keseluruhan berat badan.

Foto – Medical Economics

Apabila cakera bekerja keras, ia akan memberikan tekanan pada bahagian bawah badan kamu iaitu punggung. Bukan sahaja cakera kena bekerja keras untuk menampung berat badan, malah tulang badan turut memerlukan ‘extra work’.

Aktiviti Atau Kerja 

Foto – Spine Universe

Jika melakukan kerja atau aktiviti yang melibatkan berat, ini adalah bahaya kepada kamu. Tidak menggunakan teknik mengangkat atau menampung berat dengan betul, cakera kamu boleh ‘tergelincir’ dengan mudah.

Cara Merawat 

Walaupun ada rawatan tertentu bagi mereka yang mempunyai slipped disc, semuanya bergantung kepada tahap kerosakan dan keparahan.

Ubat-Ubatan

Ubat-ubatan ini diberikan kepada mereka yang mempunyai tahap kecederaan yang ringan. Fungsi ubat ini adalah untuk mengawal kesakitan, keradangan, kekejangan otot terutamanya ketika tidur.

Foto – Get Healthy Stay Healthy

Ubat yang diberikan melibatkan steroid, ubat tahan sakit dan ubat penenang otot untuk mengawal tahap kecederaan dan mengurangkan keradangan pada pesakit.

Terapi Tulang Belakang Khusus

Foto – Virginia Spine Institute

Terapi ini bertujuan untuk bantu pesakit daripada keradangan dan berasa kurang kesakitan ketika bergerak atau melakukan pekerjaan. Melalui terapi ini, pesakit akan melakukan latihan yang berfokuskan kepada kekuatan tulang belakang, koordinasi dan pergerakan.

Suntikan Epidural Steroid

Suntikan ini diberikan setelah ubat dan terapi tidak membantu dan tidak memberikan kesan kepada mereka yang hadapi slipped disc. Suntikan ini mengandungi kortison yang disuntik ke saluran tulang belakang.

Foto – Lancaster NeuroScience & Spine Associates

Fungsinya adalah menjadi ubat anti-radang yang kuat untuk meredakan kesakitan yang disebabkan oleh akar saraf yang menjengkelkan. Bagi mereka yang mendapat suntikan ini, ia hanya berfungsi dalam jangka masa yang pendek.

Pembedahan 

Jika kecederaan semakin parah, kamu akan disyorkan untuk melakukan pembedahan. Ketika pembedahan, doktor akan membuang cakera yang menonjol dan rosak sahaja.

Foto – Advance Spine Surgery

Untuk menyambungkan semula tulang, doktor akan menggunakan perkakasan logam yang diletakkan di terbabit untuk berikan kestabilan pada tulang.

Walaupun pesakit telah menjalani pembedahan, tetapi tidak bermakna dia tidak mempunyai risiko untuk menghidapi slipped disc.

Jika kamu mengalami simptom seperti slipped disc, jangan lambat untuk dapatkan rawatan kerana ia boleh mengganggu rutin harian dan menjadi lebih parah.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: apa itu slipped disccara rawat slipped discherniated discorang muda kena slipped discpunca slipped discsimptom slipped discslipped disc
Share6Tweet4Send

ARTIKEL BERKAITAN

Bagus Amal ‘Cat Therapy’ Bukan Setakat Hilang Anxiety, 7 Kebaikan Dapat
Kesihatan

Bagus Amal ‘Cat Therapy’ Bukan Setakat Hilang Anxiety, 7 Kebaikan Dapat

January 24, 2021
Kenapa Scalling Gigi Penting Dan Perlu Dibuat 6 Bulan Sekali?
Kesihatan

Kenapa Scalling Gigi Penting Dan Perlu Dibuat 6 Bulan Sekali?

January 20, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan